Oleh pada 17 Sep 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Kampung People 2 merupakan drama bersiri televisyen Malaysia 2020 arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin dan Wan Alauddin Wan Zainuddin, menampilkan lakonan Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana, Hun Haqeem dan Kamarul Eqifshah.

Drama ini bersiaran di Slot Lestary TV3 bermula 17 September bagi menggantikan siri Pink Smile.

    

pelakon kampung people 2

Kredit foto: Instagram Rashidi Ishak

    

Sinopsis

Keluarga Razif dan Mona muncul kembali dengan pelbagai adegan yang lebih lucu dan menghiburkan!

Mengisahkan tentang keluarga Razif yang kembali dengan kehidupan asal mereka di bandar selepas Tuan Suhaimy dipenjarakan dan Cengkih Manis dibubarkan.

Namun Razif mula tertekan apabila menyedari kos kehidupan yang tinggi terpaksa ditanggungnya sebagai ketua keluarga.

Laila yang rindukan Jaafar pula berjaya meyakinkan bapanya untuk membawa mereka kembali ke kehidupan di kampung.

Namun Laila dan Jaafar terpaksa memperdayakan Yummy dan Mona kononnya mereka masih diburu Cengkih Manis hingga perlu berhijrah ke kampung.

Yummy dan Mona bagaimanapun dapat menghidu penipuan mereka.

   

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Kampung People Musim 3

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Kampung People Musim 1

   

kampung people 2 episod

Kredit foto: Instagram Elly Mazlein

    

Pelakon

Gandingan Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Riena Diana, Hun Haqeem dan Kamarul Eqifshah.

Antara lain menampilkan Adibah Noor, Fizz Fairuz, Namron, Haziq Fadhullah, Haeriyanto Hassan, Razak Ahmad, Shah Kimin dan Kismah Johar.

   

Baca: Biodata Elly Mazlein

Baca: Biodata Riena Diana

Baca: Biodata Hun Haqeem

Baca: Biodata Fizz Fairuz

    

kampung people 561

Kredit foto: Instagram Elly Mazlein

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya daripada syarikat penerbitan KL Motion Pictures, hasil garapan sutradara Wan Hasliza Wan Zainuddin dan Wan Alauddin Wan Zainuddin.

    

drama kampung people 2

Kredit foto: Instagram Elly Mazlein

    

kampung people 2

Kredit foto: Instagram Rashidi Ishak

     

Waktu Siaran

Tayangan 13 episod mulai 17 September 2020, siaran slot Lestary, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di TV3.

   

Kredit video: Di Sebalik Tabir Kampung People 2

    

Kredit video: HIGHLIGHT: Episod 1 | Kampung People 2 (2020)

   

Sumber:

1. Kampung People kembali

2. Instagram Drama Sangat

3. Di Sebalik Tabir Kampung People 2

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)