Oleh pada 13 Sep 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Khas buat peminat drama TV3, slot popular Slot Akasia akan menampilkan drama adaptasi novel baru karya Anna Milia, Sekali Lagi Cinta Kembali.

Mengikuti siri 'Ku Punya Hati', saksikan drama bersiri hebat ini yang mula menemui penonton pada 13 September 2022 yang menampilkan pelakon terkemuka seperti Aniq Suhair, Siti Khadijah Halim, Zaki Azeman dan Syamim Farid.

sekali lagi cinta kembali episod

Kredit foto: Instagram A Aida Production Sdn Bhd

Sinopsis

Hayyat (Aniq Suhair), seorang duda dan arkitek muda, menutup pintu hatinya untuk wanita selepas kegagalan perkahwinannya, apatah lagi melihat rumah tangga abangnya, Zafran (Zaki Azeman) dengan Amberlyn (Izzendra) yang sering kucar-kacir.

Kehidupan Hayyat sebelum ini di perantauan penuh dengan dosa. Kini dia membawa watak tegas dan sukar didekati.

Apa yang berlaku kepada rumah tangganya terus menjadi rahsia besar dalam keluarganya.

Namun akhirnya hati yang keras itu terbuka apabila dia menyaksikan ketulusan dan keikhlasan hati Aira (Siti Khadijah Halim), gadis manis berusia 20-an yang juga graduan dalam bidang kaunseling dan bekerja sebagai pembantu di Pusat Terapi Nadi Insan.

Tetapi Aira seorang yang bertindak melulu mengikut perasaan. Ucapannya mendahului akal!

Apabila Aira menggantikan Doktor Halina sebagai ahli terapi selama dua jam, pelanggan Doktor Halina, Zafran dan Amberlyn memutuskan untuk bercerai.

Isu curang sememangnya amat sensitif bagi Aira kerana dia mempunyai pengalaman yang menyakitkan.

Kehidupannya sahaja sudah cukup rumit. Dia pernah lari diri dari rumah apabila mendapat tahu kekasihya, Imran (Ellyas Abdullah) berkahwin dengan Hana (Shatirah Amanda), adiknya sendiri.

Baca: Biodata Nina KSC, Pelakon Drama Berepisod Sekali Lagi Cinta Kembali

Baca: Biodata : 10 Fakta Pelakon Siti Khadijah Halim Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Tanpa Cintamu (Slot Samarinda TV3)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Adakah Engkau Menungguku (Slot Lestary TV3)

sekali lagi cinta kembali sinopsis

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Pelakon / Cast

Kisah ini disokong oleh Aniq Suhair yang mengemudi watak utama sebagai Hayyat dan Siti Khadijah Halim sebagai Aira.

Watak-watak lain didukung oleh Zaki Azeman, Syamim Farid, Siti Hariesa, Ellyas Abdullah, Shatirah Amanda, Izzendra, Nina KSC, Kuza, Raja Azmi, Fazlina Ahmad Daud dan Kismah Johar.

Watak Pelakon

Aniq Suhair sebagai Hayyat

Siti Khadijah Halim sebagai Aira

Zaki Azeman sebagai Zafran

Syamim Farid sebagai Heliza

Ellyas Abdullah sebagai Imran

Siti Hariesa sebagai Amirah

Shatirah Amanda sebagai Hana

Izzendra sebagai Amberlyn

Nina KSC sebagai Tasha

Kuza sebagai Rozita

Raja Azmi sebagai Badariah

Fazlina Ahmad Daud sebagai Aida

Kismah Johar sebagai Neksom

pelakon sekali lagi cinta kembali

Kredit foto: Instagram Aniq Suhair

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Hasil sentuhan pengarah Riza Baharudin di bawah penerbitan A. Aida Production Sdn Bhd dan skrip oleh Rehal Nuharis.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: HARIZ FAYAHET - KU CUBA [OFFICIAL MUSIC VIDEO OST SEKALI LAGI CINTA KEMBALI]

Tajuk: Ku Cuba

Penyanyi: Hariz Fayahet

Komposer: Sharon Paul

Penulis lirik: Dato A Aida

novel sekali lagi cinta kembali

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

Waktu Siaran

Mengisi slot Akasia di saluran TV3 setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 petang bermula hari ini, 13 September 2022.

Penonton yang terlepas siri 28 episod itu boleh tontonnya menerusi perkhidmatan penstriman online, iQiyi. Pelanggan VIP Ekspres boleh menstrim episod baharu satu jam selepas ia ditayangkan pada skrin TV, manakala setiap episod disiarkan secara percuma 48 jam kemudian.

Kredit video: Sekali Lagi Cinta Kembali Episod 1 Pada 13 September, Setiap Isnin - Jumaat, 7 malam hanya di TV3




Hakcipta iluminasi.com (2017)