Oleh pada 05 Mar 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Menyambut kedatangan bulan Ramadan, slot hujung minggu di Astro Ria akan menayangkan drama 'Imam Instant Ustazah Scammer' melewati kaca televisyen anda setiap Ahad, jam 9 malam bermula 5 Mac 2023. Drama ini akan menampilkan lakonan Mira Filzah dan Hun Haqeem yang akan menghidupkan watak Ustazah Effa dan Imam Ashraf.

   

pelakon imam instant ustazah scammer

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Sinopsis

Imam Ashraf dan Ustazah Effa bertemu di Kampung Ramadan untuk menyelesaikan masalah penduduk kampung yang memerlukan kerjasama mereka. Namun, mereka tidak menyedari bahawa hati mereka telah saling jatuh cinta antara satu sama lain, tanpa mengetahui identiti sebenar masing-masing.

   

'Imam Instant Ustazah Scammer' berkisar tentang Effa, seorang wanita yang berpura-pura menjadi ustazah bagi menutupi aktiviti penipuannya. Effa berpindah ke Kampung Ramadan untuk mengelak dari ahlong dan kemudian bertemu dengan Imam Asyraf, seorang pempengaruh media sosial yang viral kerana suaranya yang merdu semasa mengaji.

Atas permintaan Tok Jamlus, Imam Asyraf diamanahkan untuk menjadi "imam segera" sepanjang tarawikh pada Ramadan untuk memimpin solat dan menyemarakkan suasana di bulan suci tersebut.

Bagaimanapun, Asyraf tidak terlalu gemar dengan gelaran imam yang diberikan kepadanya dan memohon supaya orang ramai tidak memanggilnya begitu, kerana dia hanya seorang yang gemar membaca Al-Quran.

Dalam pada itu, setelah Effa tiba di Kampung Ramadan, barulah dia mengetahui tentang keadaan yang pelik di kampung tersebut. Kehadirannya juga menimbulkan syak wasangka daripada Asyraf terhadap niat sebenarnya.

   

sinopsis imam instant ustazah scammer

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

   

Pelakon

Hun Haqeem dan Mira Filzah telah berpasangan untuk membintangi naskhah drama ini yang mana kerjasama mereka sebelumnya dalam muzik video Dato Sri Siti Nurhaliza yang berjudul Siapa Tak Mahu.

Penampilan mereka dalam siri ini turut diperkukuhkan lagi dengan kehadiran pelakon Mierul Aiman, Qasrina Karim, Yasmin Hani, Yassin Yahya, Azza Elite, Usop Wilcha, TJ Isa, Mak Jah dan Fendi Seman.

Watak Pelakon

Mira Filzah sebagai Ustazah Effa

Hun Haqeem sebagai Imam Ashraf

Mierul Aiman sebagai Ronaldo

Qasrina Karim sebagai Siti Siakap

Yasmin Hani sebagai Zubaidah

Yassin Yahya sebagai Arof

Usop Wilcha sebagai Tok Jamlus

Azza Elite sebagai Saleha

Mak Jah sebagai Mak Jah

TJ Isa sebagai Bidin

Fendi Seman sebagai Tok Man

   

drama imam instant ustazah scammer

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Skrip naskhah ditulis oleh Amar Amir dan diberikan khidmat pengarahan kepada sutradara Hadith Omar. Ia diproduksi oleh syarikat penerbitan yang tidak asing dalam industri pembikinan drama TV, iaitu Zeel Production Sdn Bhd.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Nuha Bahrin, Naufal Azrin - CASABLANCA (Official Music Video)

   

Tajuk: Casablanca

Penyanyi: Nuha Bahrin, Naufal Azrin

Komposer: Daqmie, Wan Saleh

Penulis lirik: Daqmie, Abdulkarim Al Ali

      

imam instant ustazah scammer episod

Imam Instant Ustazah Scammer, sebuah drama yang bukan adaptasi dari novel, akan memulakan tayangan perdana episod 1 pada 5 Mac 2023. Kredit foto: Instagram Bambam Studios

   

Waktu Siaran

Imam Instant Ustazah Scammer, siri yang terdiri daripada sembilan episod ini akan ditayangkan mulai 5 Mac 2023 pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam. Anda dapat menikmati rancangan ini melalui saluran Astro Ria (104) atau mengaksesnya secara dalam talian (online) melalui aplikasi Astro Go dan On Demand untuk kemudahan menonton yang lebih fleksibel.

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)