Oleh pada 13 Mar 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Radio Televisyen Malaysia

        

Diinspirasi daripada drama Ramadan yang pernah mencipta fenomena pada tahun 2020 iaitu Korban Kasih, slot Widuri kini menayangkan siri berjudul 'Dia Dari Syurga' - sebuah karya dramatik yang membawa semangat cinta agung dan akan memeriahkan Ramadan 2024 di TV1.

         

dia dari syurga ummi nazeera

Kredit foto: Instagram Ummi Nazeera

       

Bersamaan dengan penghasilan drama ini, turut diterbitkan sebuah novel berjudul serupa hasil karya penulis Aulia Iman. Novel ini merupakan adaptasi yang menggambarkan kisah yang sama seperti dalam penceritaan drama.

        

Sinopsis

Dia Dari Syurga mengisahkan tentang cinta dan pengorbanan seorang ibu dan anak, kesabaran, pengertian dan kasih yang tanpa batas.

Kematian suami tersayang, Abdul Kalil, dalam kemalangan jalan raya menguji ketabahan Raisha, wanita luar biasa yang menerima ujian besar dalam kehidupannya. Abdul Kalil meninggalkan pesanan agar Raisha tetap tinggal bersama keluarganya, iaitu emak dan adik-beradiknya, yang menjadikan mereka keluarga Raisha juga. Dengan sifat penyayang mentuanya, Farizah juga berharap Raisha, yang yatim piatu, kekal menetap bersama mereka.

Keadaan rumit muncul apabila Ahmad Kalil, adik-beradik kembar suaminya yang telah lama diserahkan kepada keluarga angkat, kembali dan memutuskan untuk tinggal di rumah yang sama. Kepulangan Ahmad Kalil mencetuskan ketegangan dalam keluarga, khususnya ketidakselesaan Raisha terhadap kehadirannya.

Sebelum Raisha berpeluang untuk berpindah, Farizah tiba-tiba jatuh sakit. Keadaan yang mendesak memaksa Raisha dan Ahmad Kalil untuk disatukan.

         

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Korban Kasih (Slot Widuri RTM TV1)

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!

         

sinopsis dia dari syurga

Kredit foto: Instagram Sazrin Aizul

        

Pelakon / Cast

Dua bintang terkenal, Aliff Aziz dan Ummi Nazeera, bergabung untuk membawa kisah ini kepada penonton. Menghidupkan lagi plot drama ini adalah barisan pelakon yang sering kita saksikan menghayati watak-watak dalam drama Melayu, seperti Fazlina Ahmad Daud, Nafiz Muaz, Ryun Ryry, Shahidan Izwan, Nina Smith, Sefik, Shazia Rozaini, Nada Nur Syuhada dan Kismah Johar. Juga termasuk Aish Dee, Sazrin Aizul, Emma Latah, Farah Wahida dan Nisa Rissa Isa.

        

Watak Pelakon

Aliff Aziz sebagai Ahmad Kalil

Ummi Nazeera sebagai Raisha

Fazlina Dato Ahmad Daud sebagai Farizah

Nafiz Muaz sebagai Kamil

Ryun Ryry (Elnisa Ryun) sebagai Tengku Maira

Shahidan Izwan sebagai Tengku Mazli

Nina Smith sebagai Jannah

Shazia Rozaini sebagai Razimah

Sefik sebagai Shahrizal

Nada Nur Syuhada sebagai Khadijah

Kismah Johar sebagai Datin Syuhada

Aish Dee sebagai Mira

Sazrin Aizul sebagai Zainal

Emma Latah sebagai Nek Timah

Farah Wahida sebagai Suraya

Nisa Rissa Isa sebagai Datin Maimun

          

dia dari syurga pelakon

Slot Widuri menayangkan drama terkini 'Dia Dari Syurga' sebagai gantian kepada siri 'Teguh' bermula 11 Mac 2024. Kredit foto: Instagram Ryun Ryry

         

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Adaptasi drama daripada novel 'Dia Dari Syurga' yang diterbitkan oleh produksi Mache All Star United Sdn Bhd ini menggunakan sentuhan pengarah, Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) dan nukilan skrip oleh Farhana Fauri (Natasya Farhana).

         

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Ku Dikirimkan

Penyanyi: Aqeesh Aleeya & Ahmad Syafiq

Komposer: Sharon Paul

Penulis lirik: Datuk Arisz Ab Rahman JP

        

Kredit video: Berhenti Mencinta - Amir Masdi | Muzik Video Rasmi

         

Tajuk: Berhenti Mencinta

Penyanyi: Amir Masdi

Komposer: Edry Abdul Halim

Penulis lirik: Edry Abdul Halim

        

Waktu Siaran

Drama bersiri ini mula menghiasi skrin pada 11 Mac 2024 dengan episod pertamanya. Disiarkan di slot Widuri TV1 RTM sepanjang bulan Ramadan, kecuali pada hari Jumaat, bermula jam 12.05 tengah hari. Anda juga boleh menonton ulangan setiap episod sepanjang Ramadan, kecuali pada hari Sabtu, bermula jam 6 pagi.

         

dia dari syurga episod

Kredit foto: Instagram Ummi Nazeera

         

Rancangan ini turut menjadi salah satu daripada pilihan menarik yang boleh dinikmati oleh semua penonton menerusi platform digital, RTM Klik.

         

Tajuk cerita? Dia Dari Syurga

Berapa episod? 30 episod

Setiap hari apa? Sepanjang Ramadan (Kecuali Jumaat)

Bila tayang? Pukul 12.05 tengah hari

Tonton di mana? Saluran TV1 dan platform online, RTM Klik

         

Kredit video: TARIKH 6 MAC 2024 SPM - WIDURI - DIA DARI SYURGA

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)