Oleh pada 26 Jan 2023 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

  

Bermula hari ini (26 Januari 2023), drama adaptasi novel Bukan Lelaki Terhebat karya penulis Dilla Ahmad lakonan Adam Lee dan Sweet Qismina, bakal mengisi slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam yang turut disiarkan secara langsung di laman Tonton.

  

sinopsis bukan lelaki terhebat

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Sinopsis

Semasa berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada Datuk Shamsul Azri (Sham Vida), Jaden (Adam Lee) sering bertemu dengan kekasihnya, Ariana (Anies Hann), yang merupakan perempuan simpanan bosnya.

  

Apabila Jaden dan Ariana merancang untuk meloloskan diri dari kawalan Datuk Shamsul Azri, tindakan mereka gagal kerana dihidu oleh Datuk Shamsul Azri yang mahu membunuh Jaden.

   

Nasib menyebelahi Jaden apabila dia bertemu Tok Ayah dan Seri Dhia (Sweet Qismina), seorang gadis kampung yang datang menyelamatkannya di ladang getah dan memberi perlindungan kepadanya.

  

Dari situ Jaden dan Seri Dhia mula berkenalan dan kemudiannya jatuh cinta antara satu sama lain, dan atas janji dengan Tok Ayah untuk mengahwini gadis itu, Jaden sanggup mencalarkan kepercayaan dan maruah Seri.

  

Keadaan menjadi rumit apabila Ariana mengetahui Jaden masih hidup dan masa lalu Jaden terbongkar. Ariana dan Doktor Iqram (Halim Radzi) terus menagih cinta Jaden dan Seri, manakala Seri dalam dilema mengetahui sisi gelap seorang Jaden Haqeef dan apa yang berlaku kepada lelaki itu sebelum ini.

  

bukan lelaki terhebat episod

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Pelakon / Cast

Bukan Lelaki Terhebat mengandingkan aktor Adam Lee dan isterinya, Sweet Qismina selaku bintang utama.

  

Barisan pelakon turut dianggotai oleh Halim Radzi, Anies Hannani, Ameerul Asyraf, Harissa Adlynn, Puteri Balqis, Zarina Zainuddin, Hasnul Rahmat, Sham Visa, Neera Azizi, Zalfa Zin, Arash Mohamad, Kuna, Kak Girl, Omar Abdullah, Rashidah Jaafar, Capt Mohd Nor Bond, Rosli Rahman Adam, Saiful Wazien dan Adam John.

  

Watak Pelakon

Adam Lee sebagai Jaden Haqeef

Sweet Qismina sebagai Seri Dhia

Halim Radzi sebagai Doktor Iqram

Anies Hann sebagai Ariana

Ameerul Asyraf sebagai Andi

Puteri Balqis sebagai Zalikha

Hasnul Rahmat sebagai Haris

Harissa Adlynn sebagai Jannah

Puteri Balqis sebagai Zalikha

Zarina Zainuddin sebagai Puan Zalina

Sham Visa sebagai Datuk Shamsul Azri

Arash Mohd sebagai Tuan Amirul

Zalfa Zin sebagai Sabrina

Omar Abdullah sebagai Pak Samad

   

pelakon bukan lelaki terhebat

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama bersiri ini diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Eoon Shuhaini dengan nukilan skrip yang disempurnakan oleh Zarihah Hassan.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: SYAFEEK IKHWAN - LAFAZ [OFFICIAL LYRIC VIDEO OST BUKAN LELAKI TERHEBAT]

  

Tajuk: Lafaz

Penyanyi: Syafeek Ikhwan

Komposer: Mel Ramlan, Jipie

Penulis lirik: Mel Ramlan, Jipie

  

drama bukan lelaki terhebat

Episod 1 Bukan Lelaki Terhebat menemui penonton pada 26 Januari 2023 bagi menggantikan siri Hati Tanpa Rasa. Kredit foto: Instagram Adam Lee

  

Waktu Siaran

Ia disiarkan di saluran TV3 yang akan ditayangkan mulai 26 Januari 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di slot Samarinda sepanjang 15 episod siarannya.

  

Episod terbaru juga boleh ditonton menerusi laman penstriman dalam talian (online), iQiyi sejam selepas ia ke udara di TV3 untuk pelanggan VIP, manakala pelayar percuma boleh menonton 48 jam berikutnya.

  

Kredit video: Di Sebalik Tabir Bukan Lelaki Terhebat

  




Hakcipta iluminasi.com (2017)