Oleh pada 13 Feb 2021 kategori

Kredit foto: Instagram TV2 RTM

Drama bersiri 'A.I In Love' merupakan sebuah drama pendek Malaysia 2021 lakonan utama Dini Schatzmann dan Janna Nick.

Ke udara di saluran TV2 bermula 6 Februari, dan TV1 mulai 7 Februari 2021.

a i in love rtm

Kredit foto: Instagram Radio Televisyen Malaysia

Sinopsis

Kerana kecaman teruk, Audria, seorang ‘Sosial Media Influencer’ mengalami kemurungan, lalu memutuskan untuk mengurungkan diri di rumah tanpa perhubungan dengan dunia luar.

Iskandar, seorang Jurutera Programmer muda, sering menjadi mangsa buli sejak zaman kanak-kanaknya sehinggalah ke zaman kerja.

Melalui projek Prototaip ‘T-Smartglass’ yang dibangunkan syarikat tempat kerjanya, Iskandar berjaya menjejak kembali Audria, kekasih ‘cinta monyetnya’ suatu masa dahulu.

   

Hubungan cinta mereka kembali terjalin, malah Audria mula bersemangat mendepani dunia selepas didorong oleh kata-kata semangat Iskandar.

Dalam masa sama, Audria telah menyalah tafsir hubungan antara Iskandar dan Dania.

Percintaan mereka turut diuji apabila mereka mendapat tahu bapa Audria, Tuan Borhan dan Jamilah (rakan ‘reunion’ ITM yang sering berkongsi masalah) juga memasang niat untuk berumah tangga.

a i in love drama

Kredit foto: Instagram Janna Nick

Pelakon

Diterajui Dini Schatzmann dan Janna Nick.

Juga dibarisi Lia Natalia, Sham Visa, Emelda Rosemila, Ivan Tai, Keith Foo, Hana Mohamed dan Sahee Shamsudin.

Baca: Biodata Dini Schatzmann

Baca: Biodata Janna Nick

Baca: Biodata Lia Natalia

Baca: Biodata Sham Visa

   

sinopsis a i in love

Kredit foto: Instagram Mind Order Management (MY)

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sentuhan pengarah Nor Ashikin Zainal terbitan Unit Drama TV (RTM).

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: NUiM - Aura [Official Lyric Video]

   

Tajuk: Aura

Penyanyi: NUiM

Komposer: Shauqi Ashad, Deera Lee

Penulis lirik: Deera Lee

   

a i in love episod

Kredit foto: Instagram Janna Nick

   

Waktu Siaran

Siaran selama empat episod mulai 6 Februari 2021, setiap Sabtu, jam 8.30 malam di saluran TV2.

Siaran ulangan pada setiap Ahad, pukul 11.05 pagi di TV1 mulai 7 Februari 2021.

   

Setiap episod berdurasi 30 minit.

Kredit video: 6 FEB 2021 – SPM - DRAMA : A.I IN LOVE

Sumber:

1. Unit Drama TV RTM Terbit Drama Pendek Rantaian, “A.I In Love”

2. Unit Drama TV RTM




Hakcipta iluminasi.com (2017)