Oleh pada 28 Jan 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Program berkonsepkan pertandingan nyanyian misteri, The Masked Singer Malaysia menemui penonton untuk musim yang kedua.

 

Kali ini, seramai 14 orang selebriti popular tanah air datang dari pelbagai lapangan seni, menyembunyikan identiti diri menerusi kostum unik dan menarik yang direka khas.

Peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada kalangan penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti televisyen, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan banyak lagi.

Hanya vokal yang menjadi pertaruhan, sementara identiti mereka kekal misteri sehinggalah perjuangan mempersembahkan bakat nyanyian dihentikan di segmen penyingkiran atau di malam konsert final kelak.

Tidak sekadar itu, edisi kedua ini meletakkan sembilan orang figura berpengaruh dalam industri bagi mengisi kerusi juri tetap.

Mereka yang mengambil peranan ialah Datuk Aznil Haji Nawawi, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Zizan Razak, Amy Mastura, Raja Azura, Michael Ang, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak. Manakala tugasan pengacaraan digalas hos tidak asing, Datuk AC Mizal.

Program Tha Masked Singer Malaysia bersiaran di saluran Astro Warna (CH 107) mulai 28 Januari 2022, juga dimuatkan di aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk tontonan online.

Mengisi slot tayangan pada setiap hari Jumaat, pukul 9 malam.

Imbas kembali, musim pertama menobatkan penyanyi hebat, Aina Abdul sebagai juara, dalam kostum Bunga Raya.

Rancangan ini juga melakar sejarah tersendiri apabila diangkat sebagai pemenang bagi kategori Best TV Format Adaptation (non-scripted) di anugerah Content Asia Awards 2021.

Butiran mengenai konsep, format penjurian dan info penuh rancangan, baca artikel: Info Penuh Program The Masked Singer Malaysia 2022 Musim 2

Identiti Peserta Dan Keputusan The Masked Singer Malaysia 2022 (Musim 2)

Orkid

the masked singer malaysia 332

Finalis Akhir (Tempat Ketiga)

Identiti - Liza Hanim (Penyanyi)

     

Mat Penyu

the masked singer 174

Tersingkir Episod / Minggu 6

Identiti - Zul Huzaimy (Pelakon)

   

Pepatung

the masked singer malaysia 2022 85

Tersingkir Episod / Minggu 3

Identiti - Datin Seri Maria Farida (Pelakon)

Bujang Senang

the masked singer malaysia season 2 423   

Tersingkir Episod / Minggu 8

Identiti - Sabhi Saddi (Penyanyi)

Burung Hantu

masked singer malaysia 2 759

Finalis Akhir (Tempat Keempat)

Identiti - Hannah Delisha (Pelakon)

    

Ratu Semut

masked singer malaysia 2022 220

Finalis Akhir (Tempat Kelima)

Identiti - Ara Johari (Penyanyi)

     

Seladang

the masked singer malaysia 2 588

Finalis Akhir (Naib Juara / Tempat Kedua)

Identiti - Amir Masdi (Penyanyi)

Rambutan

masked singer malaysia season 2 72

Finalis Akhir (Juara)

Identiti - Shila Amzah (Penyanyi)

     

The Tarik Kaw

mask singer malaysia 628

Tersingkir Episod / Minggu 4

Identiti - Sazali Samad (Atlet Bina Badan)

    

Aiskrim Roti

identity masked singer malaysia

Tersingkir Episod / Minggu 5

Identiti - Iman Troye (Penyanyi)

   

Harum Manis

pemenang masked singer malaysia 131

Tersingkir Episod / Minggu 1

Identiti - Shah Reza (Ray, Deejay Radio Era)

Periuk Kera

the masked singer malaysia episode 549

Tersingkir Episod / Minggu 7

Identiti - Reshmonu (Penyanyi)

Si Merak

king of masked singer

Tersingkir Episod / Minggu 9

Identiti - Sherry Ibrahim (Pelakon)

   

Nanas

masked singer

Tersingkir Episod / Minggu 2

Identiti - Keifli Othman (Pelumba Negara)

      

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

     

Markah Episod / Minggu 1

1. Bujang Senang (Yank - Wali Band) - 91%

2. Si Merak (Let’s Get Loud - J.Lo) - 87.67%

3. Aiskrim Roti (Isabella - Search) - 85.67%

4. Periuk Kera (Jangan Marah Baby Sayang - Unknown Band) - 85.22%

5. Mat Penyu (Gemuruh - Faizal Tahir) - 84.44%

6. Rambutan (Kurik Kundi - Datuk Siti) - 84.44%

7. Seladang (Kembali Merindu -Slam) - 82.22%

8. Burung Hantu (Rindu & Secangkir Madu Merah - Amelina, Sheeda) - 81.22%

9. Orkid (Kuca-Kuca - Lia Aziz) - 75.22%

10. Ratu Semut (Dikir Puteri - Noraniza Idris) - 72.67%

11. Teh Tarik Kaw (Kenangan Bersamamu - Lefthanded) - 63.78%

12. Pepatung (Teman Tapi Mesra - Ratu) - 62.22%

13. Nanas (Itik Gembo Gembo - A to Z) - 60.78%

14. Harum Manis (Oh La La - KRU) - 59.67%

Carta Kedudukan Episod / Minggu 2

1. Rambutan (Impikan - Dolla)

2. Burung Hantu (Sakit - Zynakal ft Yonnyboii)

3. Ratu Semut (Zombie - The Cranberries)

4. Bujang Senang (Amalina - Santesh)

5. Seladang (Dancing Queen - Abba)

6. Aiskrim Roti (Malam Pesta Muda Mudi - Saloma)

7. Mat Penyu (1,2,3,4 - Aris Ariwatan)

8. Periuk Kera (Kelentang Kelentong - Hael Husaini)

9. Orkid (Peronda Jaket Biru - Wings)

10. Si Merak (Temberang - Ayda Jebat)

11. Teh Tarik Kaw (Keindahan Pantai - M Shariff)

12. Pepatung (Perawan Atau Janda - Cita Citata)

13. Nanas (Dekat Padamu - Yusry KRU)

   

Carta Kedudukan Episod / Minggu 3

1. Burung Hantu (Haa Tepok - MeerFly ft. MK K-Clique & Kidd Santhe)

2. Rambutan (Levitating - Dua Lipa ft. DaBaby)

3. Bujang Senang (Satu Peluang - Andi Bernadee)

4. Aiskrim Roti (Kamelia - Sweet Charity)

5. Periuk Kera (Stay - Justin Bieber & The Kid LAROI)

6. Mat Penyu (Siti Bilang Cuti - Danial Zaini)

7. Si Merak (Tak Tercapai Akalmu - Elyana)

8. Seladang (Kau Pun Sama - Syamel)

9. Ratu Semut (Hey Ladies - Rossa)

10. Orkid (Canggung - Wany Hasrita)

11. The Tarik Kaw (Zalikha - Floor 88)

12. Pepatung (Layar Impian - Ella)

Carta Kedudukan Episod / Minggu 4

1. Burung Hantu (Standing In The Eyes Of The World - Ella)

2. Bujang Senang (Peluang Kedua - Nabila Razali)

3. Rambutan (Teman - Iman Troye)

4. Si Merak (Cobalah Untuk Setia - Kris Dayanti)

5. Seladang (24k Magic - Bruno Mars)

6. Periuk Kera (Hang Pi Mana - Khalifah Band)

7. Aiskrim Roti (Senggol Senggolan, Cubit Cubitan - Mas Idayu)

8. Ratu Semut (Intan Payung - Bunga Ft. Noraniza Idris)

9. Orkid (Dynamite - BTS)

10. Mat Penyu (Ada - Dato' M Nasir)

11. Teh Tarik Kaw (Hati Emas - Kembara) 

   

Carta Kedudukan Episod / Minggu 5

1. Orkid (Semalam - Aina Abdul)

2. Rambutan (Kasihnya Laila - Jinbara)

3. Seladang (Bangun - Aman RA)

4. Burung Hantu (Bad Romance - Lady Gaga)

5. Mat Penyu (Arjuna - Dewa 19)

6. Bujang Senang (Lemas - Ruffedge)

7. Si Merak (GIG - Kumpulan Elite)

8. Periuk Kera (Kisah Antara Kita - One Avenue Band)

9. Ratu Semut (Chikadun - Floor 88)

10. Aiskrim Roti (Assalamualaikum - Faizal Tahir)

   

Carta Kedudukan Episod / Minggu 6

1. Rambutan (Curiga - Ning Baizura)

2. Burung Hantu (Beribu Sesalan - 3 Suara)

3. Seladang (Ku Tak Akan Bersuara - Nike Ardilla)

4. Periuk Kera (Hijau - Zainal Abidin)

5. Si Merak (Menaruh Harapan - Zaiton Sameon)

6. Orkid (Goyang Inul - Inul Daratista)

7. Bujang Senang (Ghazal Untuk Rabiah - Jamal Abdillah ft M Nasir)

8. Ratu Semut (Nang - Iman Troye)

9. Mat Penyu (Karam - Zabarjad)

Carta Kedudukan Episod / Minggu 7

1. Orkid (Easy On Me - Adele)

2. Rambutan (Jangan Kau Mimpi - Siti Sarah)

3. Ratu Semut (Bang Bang - Ariana Grande, Jessie J, Nicki Minaj)

4. Burung Hantu (Set Fire To The Rain - Adele)

5. Seladang (Ragaman - Faizal Tahir)

6. Bujang Senang (Mewangi - Akim & The Majistret)

7. Si Merak (Kalau Mencari Teman - Ziana Zain)

8. Periuk Kera (Tanya Sama Itu Hud Hud - Dato M. Nasir)

     

Carta Kedudukan Episod / Minggu 8

1. Seladang (Jangan Khianati Aku - Azlan & The Typewriter)

2. Orkid (Nakal - Gigi)

3. Burung Hantu (Sandiwara - Xpose)

4. Rambutan (Revolusi - Bunkface)

5. Si Merak (Sweet Child O' Mine - Guns N' Roses)

6. Ratu Semut (Anggapanmu - Ziana Zain)

7. Bujang Senang (Bukan Cinta Biasa - Afgan)

Carta Kedudukan Episod / Minggu 9 (Separuh Akhir / Semi Final)

1. Rambutan (Belum Siap Kehilangan - Stevan Pasaribu)

2. Seladang (Aku Rindu Sayang Kamu - Black Hanifah)

3. Orkid (Sampai Bila - Misha Omar)

4. Burung Hantu (Hanya Satu - Datuk Nora)

5. Ratu Semut (Tak Ada Logika - Agnes Monica)

6. Si Merak (Cinta Dalam Hati - Ungu)

   

Carta Kedudukan Episod / Minggu 10 - Final / Akhir

1. Rambutan - Hurt (Christina Aguilera) & Bujang Senang (Wings)

2. Seladang - Madah Berhelah (Ziana Zain) & Stereotype (Akim & The Majistret)

3. Orkid - Pudar (Indah Ruhaila) & Rolling In The Deep (Adele)

4. Burung Hantu - Fantasia Bulan Madu (Search) & Bukan Cinta Biasa (Datuk Seri Siti Nurhaliza) + Bring Me To Life (Evanescence)

5. Ratu Semut - Karena Ku Sanggup (Agnes Monica) & Seragam Hitam (Kristal)

   

Baca: Keputusan, Kedudukan Dan Senarai Lagu Mingguan Peserta The Masked Singer Malaysia 2022 / 2023 Musim 3

Baca: Terjawab! Ini Senarai Identiti Peserta The Masked Singer Malaysia 2022 / 2023 Musim 3

Baca: Identiti Peserta Dan Senarai Keputusan Pemenang The Masked Singer Malaysia 2020 Musim 1

       

Kredit video: LIVE Gempak Live+ | The Masked Singer Malaysia Season 2 | - Episode 1

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)