Oleh pada 27 Mar 2017 kategori

Sekarang musim cuaca yang tidak menentu, kadang hujan dan kadang panas terik yang menyebabkan ramai yang ditimpa demam selsema dan batuk. Jika demam selsema dan batuk berlaku kepada bayi anda mungkin menjadi kerisauan kepada ibubapa kerana kebiasaannya doktor tidak memberi ubat kepada bayi yang berusia 6 bulan kebawah. Ibubapa juga disarankan boleh mencuba kaedah tradisional ini untuk hilangkan kahak dan batuk bayi.

hingus bayi

Disini terdapat satu perkongsian yang menarik dari dinding facebook Puan Shikin Jiaz berkenaan dengan petua untuk menghilangkan kahak bayi. Petua ini sangat berguna untuk ibubapa di luar sana yang mempunyai anak kecil. 

Assalamualaikum,


Salam jumaat.,Pagi ini tergerak hati nak cuba petua yang sedang viral ini iaitu daun sireh untuk hilangkan batuk dan kahak yang di kongsi dari puan Farhain Azmi
Kebetulan adik ipar bagi daun sirih semalam. Malam tadi Eijaz start batuk-batuk,hidung macam ada hingus tapi tak keluar pun hingus tu, sapu minyak asmak dah okay boleh tidur.
Pagi ni nampak tak selesa lagi hidung Eijaz nampak masih tersumbat,jadi ibu amik daun sirih layur atas api lilin letakkan balm kemudian letak kat dada Eijaz.
Kemudian tak lama tu, Eijaz bersin. Haaaa, keluar cendol hijau. Nampak kelegaannya di situ.
Alhamdulillah.


petua hilangkan batuk dan kahak

Petua yang dikongsikan adalah seperti berikut :


1. Ambil dua helai daun sirih dan layurkan pada api. (boleh guna api lilin/dapur)

2. Sehelai daun sirih untuk diletakkan di bahagian dada bayi dan sehelai lagi dibelakang badan bayi.

3. Selepas selesai layur letakkan bam/vicks pada daun sirih tersebut

4. Letakkan daun sirih dibahagian dada dan belakang bayi

5. Lihat hasilnya dan selamat mencuba. 


tags : , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)