Kredit foto: The Malay Mail Online

Nama Azizulhasni Awang, atlet negara dalam sukan lumba basikal sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Apatah lagi setelah menjadi juara dunia acara Keirin dan mendapat jolokan 'Pocket Rocketman'.

Baru-baru ini menerusi akaun Instagramnya, beliau telah berkongsi beberapa keping foto bersama penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza.

hadiah istimewa azizulhasni awang kepada datuk siti nurhaliza 2

Kredit foto: Instagram Azizul Awang

Menerusi kapsyennya, dia melahirkan rasa gembira kerana dapat bersua muka dengan Siti. Malah dalam pertemuan tersebut Azizul sempat menghadiahkan cenderahati istimewa iaitu sarung tangan miliknya kepada Siti. 

Menurut Azizul, mereka berdua sebenarnya sedang dalam perancangan untuk mengadakan aktiviti berbasikal bersama peminat. 

Kepada yang mengikuti perkembangan Datuk Siti, anda pasti tahu Siti kini sedang ligat dalam hobi berbasikalnya bersama suami dan rakan-rakan. Maka tak hairanlah Azizul dan Siti mempunyai perancangan tersebut kerana rupanya mereka juga berkongsi minat yang sama. 

Azizul turut berharap Siti dan suaminya dapat menjadi contoh terbaik kepada masyarakat Malaysia agar sentiasa bersukan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. 

hadiah istimewa azizulhasni awang kepada datuk siti nurhaliza 3

hadiah istimewa azizulhasni awang kepada datuk siti nurhaliza 4

hadiah istimewa azizulhasni awang kepada datuk siti nurhaliza 5

Kredit foto: Instagram Azizul Awang 




Hakcipta iluminasi.com (2017)