Penyanyi Hafiz Hamidun dan usahawan kosmetik, Joy Revfa telah selamat bernikah pada pukul 3.20 petang pada 1 Mei baru-baru ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Untuk pengetahuan, Hafiz dan Joy telah bertunang pada 22 Mac lalu setelah mengenali satu sama lain selama cuma 44 hari.

Menurut Hafiz, dia mula terpikat dengan Joy selepas melihat ibu tunggal itu menolak kereta sorong anaknya, Arryan Firdaus sambil membawa barangan.

Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC itu juga bercadang untuk membawa Joy menunaikan umrah pada bulan Ramadan ini serta berbulan madu ke beberapa buah negara.

majlis pernikahan hafiz hamidun dan joy revfa 1

majlis pernikahan hafiz hamidun dan joy revfa 2

majlis pernikahan hafiz hamidun dan joy revfa 3

majlis pernikahan hafiz hamidun dan joy revfa 4

majlis pernikahan hafiz hamidun dan joy revfa 5

majlis pernikahan hafiz hamidun dan joy revfa 6

Kredit foto: instagram.com/aiphotographyyy, instagram.com/MangoTouch, instagram.com/hafizhamidun & instagram.com/joyrevfa

Sumber: ramenpedas.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)