Oleh pada 21 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Beautifulnara

Angkara foto memeluk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, aktres Izara Aishah menerima habuan apabila diserang netizen.

Gambar yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu itu mengundang reaksi negatif orang ramai yang menyifatkan ia sebagai keterlaluan.

Rentetan itu, pelakon Kau Yang Satu ini berkongsi pencerahan selain memaklumkan dirinya telahpun memohon maaf kepada Dr Mahathir dan keluarga selepas gambar berkenaan menimbulkan kontroversi.

Kata isteri kepada anak tiri penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Muhammad Adib Khalid ini, dirinya hilang sedar kerana terlalu teruja bertemu pemimpin negara dikagumi ramai itu.

foto bersama tun m dikecam ini kenyataan izara aishah 2

Kredit foto: Instagram Izara Aishah

"Seperti kebanyakan rakyat, saya kagum setiap kali melihat YAB Tun Dr Mahathir. Beberapa hari lalu juga tiada bezanya," katanya dalam kenyataan di Instagram. 

Sekalipun kesal dengan isu yang telah berlaku, Izara mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas ketidakprihatinannya berkongsi momen peribadi ketika menyertai kunjungan keluarga suami menjenguk Tun M.

"Saya kesal ada segelintir individu memberi respon negatif terhadap posting itu. Kepada YAB Tun dan keluarga, saya meminta maaf kerana bersikap terlampau ekspresif," katanya.

Segelintir netizen turut berpendapat kononnya beliau bersikap 'plastik' kerana dilihat turut bermesra dengan isteri Tun M, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.




Hakcipta iluminasi.com (2017)