Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Fattah Amin yang menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran (PhD) di Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur, berkongsi perkembangan tersebut kepada para pengikutnya menerusi akaun laman sosial Instagram.

Melalui sebuah kiriman, Fattah memberitahu, dia berasakan belum terlewat untuk mengembangkan pengetahuan serta menambah pengalaman sedia ada.

"Tidak terlambat untuk belajar perkara baharu, meraih lebih pengalaman dengan pengetahuan," tulis Fattah yang dikenali ramai menerusi sikap positifnya itu.

Fattah turut memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan momen dirinya sedang mengikuti kuliah pertama pada Rabu.

Ia pantas menerima reaksi balas netizen yang memuji usaha dan inisiatif diambil pelakon berusia 28 tahun ini.

fattah amin sambung belajar 2

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

"Antara artis yang memang boleh jadi contoh. Dari segi agama, perlakuan, semangat dan nilai positif dalam hidup," komen @maiyr8.

Menyanjung tinggi semangat yang menjadi inspirasi kepada umum sebagai seorang selebriti yang diperhati ramai, netizen bagaimanapun mempersoalkan kelayakan pelakon Wanita Terindah itu menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran memandangkan beliau tidak melalui peringkat tertentu.

"Ijazah kelas pertama boleh terus ambil phD. Jangan cakap kalau tak tahu okey," pengguna @_sshqlla memberi pencerahan.

Untuk info, Fattah sebelum ini adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) dari Universiti Utara Malaysia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)