Oleh pada 07 Oct 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Fieya Julia

   

Kerana gangguan mistik berterusan sejak penyertaannya dalam pertandingan realiti, Big Stage musim kedua, penyanyi remaja Fieya Julia nekad memilih rawatan perubatan alternatif untuk memulihkan diri.

Pemilik nama penuh Nur Syafiyah Sejali, 19, itu berkata, pengalaman pertamanya melihat makhlus halus adalah pada hari konsert pertama di mana entiti itu kelihatan mencangkung dan memerhatinya.

Penyanyi lagu Perasaanku ini akui berasa lemah semangat dan pandangannya sejak itu semakin terbuka kepada kewujudan makhluk-makhluk aneh.

"Saya tidak pernah alami masalah ini sebelum ini. Saya pelik gangguan itu berlaku ketika saya menyertai pertandingan Big Stage musim kedua.

"Sebelum ini, saya sihat. Sekarang selepas tamat saingan di Big Stage, Alhamdulillah, saya semakin pulih. Cuma semangat saya lemah," katanya kepada portal Kosmo.

Beliau membuat kenyataan selepas menghadiri Konsert Akhir Big Stage 2019 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

Dalam pada itu, Fieya akui tindakannya mendapatkan rawatan turut dipengaruhi oleh cakap-cakap orang sekeliling yang beranggapan ia mempunyai kaitan dengan perbuatan sihir.

   

fieya julia 373

Kredit foto: Instagram Fieya Julia

   

"Saya tidak mahu menuduh. Oleh itu, saya mahu pergi mendapatkan rawatan dan kepastian," katanya.

Terdahulu, Fieya menamatkan perjuangannya di program realiti tersebut selepas menerima pungutan mata terendah di konsert separuh akhir minggu lalu.

Dalam perkembangan lain, beliau baru sahaja melahirkan dua single baharu berjudul Seperti Ini dan Jangan Gila.

   

Sumber berita: Kerap Diganggu Makhluk Halus, Fieya Pilih Rawatan Perubatan Alternatif

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)