Perang propaganda telah menjadi antara aspek penting untuk sesebuah negara meluaskan pengaruh, seiring dengan zaman informasi yang semakin mudah dan cepat berkembang.

Sesiapa yang mengawal media akan mengawal mengawal mesej propaganda. Itulah yang telah lama disedari masyarakat dari negara Israel dalam melindungi kepentingan mereka. Menguasai mesej yang akan disebar kepada pengetahuan umum memerlukan perancangan yang teliti dan kerjasama banyak pihak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Oleh kerana itulah di kalangan masyarakat Israel, mereka mewujudkan sebuah budaya yang dinamakan sebagai hasbara, yang dijadikan garis panduan bagi mereka merangka imej Israel di mata dunia seterusnya memudahkan hanya mesej yang positif sampai kepada kita.

Apa itu hasbara?

bagaimana israel memanipulasi pelajar untuk tujuan

Hasbara adalah rangka gerak kerja strategi komunikasi yang dibina tokoh di Israel dalam menjelaskan setiap tindakan masyarakat mereka, biarpun tindakan tersebut dibenarkan atau tidak khusus hanya untuk kebaikan Israel sebagai sebuah negara.

Istilah ini secara kasar bermaksud "menerangkan" dalam bahasa Ibrani, menjadi satu bentuk diplomasi awam tidak rasmi yang bertujuan memudahkan komunikasi secara langsung dengan warganegara negara lain.

Warga Israel dididik untuk berani menyampaikan maklumat seterusnya mempengaruhi orang luar, agar menyokong atau bertoleransi dalam menerima langkah yang diambil kerajaan Israel.

Bermula sebagai sebuah idea gerak kerja

hedzl pengasas hasbara

Sebelum istilah hasbara diperkenalkan sebagai rujukan, tokoh Zionis awal seperti Theodor Herzl menggunakan istilah propaganda dalam merungkai kaedah gerak kerja mereka.

Namun selepas terjadi perubahan makna pada istilah tersebut yang memberikannya lebih kuat konotasi negatif, Nahum Sokolow seorang tokoh gerakan Zionis dan juga ahli bahasa mencadangkan label 'hasbara' diamalkan.

Dibawah label tersebut, gerak kerja propaganda Israel mula direkabentuk agar bersifat lebih lembut sesuai dengan maknanya yang bermaksud menerang atau mencerahkan sesuatu yang perlu diceritakan.

Dengan label itulah propaganda disebarkan kepada dunia barat bahawa Israel harus dilindungi, kerana mereka juga pendokong sistem demokratik sama seperti negara barat lain serta terdedah kepada ancaman jiran yang berbeza ideologi.

Matlamat bermulanya gerak kerja hasbara jelas adalah untuk mengangkat imej Israel sebagai sebuah negara yang moden, progresif dan demokratik serta mengutamakan keamanan dan keselamatan di rantau mereka terletak.

Idea yang ditukar menjadi organisasi

hasbara kuasa diplomasi lembut israel

Walaupun hasbara ini bermula sebagai konsep yang tidak rasmi, keberkesanannya dalam mencanang propaganda pro-Israel ke serata dunia lama-kelamaan turut mendapat sokongan kerajaan Israel sendiri secara rasmi.

Ekoran kebimbangan gagal menangani persepsi negatif berkenaan negara itu khususnya di kalangan pelajar universiti, Kementerian Luar Israel dengan kerjasama institusi pendidikan Aish HaTorah di Jerusalem memulakan Hasbara Fellowships yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat.

Mensasarkan golongan pelajar peringkat tertiari, Hasbara Fellowships memainkan peranan mengenalpasti individu yang berpotensi untuk menjadi penyebar propaganda Israel di Amerika Syarikat.

hasbara fellowships high sasar pelajar sekolah

Pelatih berpotensi kemudiannya akan dipilih, dibawa ke Israel untuk menjalani program latihan seterusnya kembali ke serata Amerika Syarikat untuk memulakan tugasan mereka sebagai 'penerang' yang akan menjernihkan situasi, setiap kali berlaku tindakan kerajaan Israel yang mungkin kurang disenangi.

Dianggarkan terdapat lebih 2,000 ejen pelajar Hasbara Fellowships ditempatkan di universiti dan kolej di Amerika Syarikat serta Australia, yang akan menjadi barisan pertahanan pertama Israel setiap kali mereka perlu bertindak.

Berlindung sebagai sebuah gerakan aktivis pelajar, Hasbara Fellowships bijak memainkan peranan mengatur protes, tunjuk perasaan, demonstrasi dan sesi penerangan bagi memastikan orang ramai dapat melihat setiap isu berkait Israel, daripada perspektif Israel juga.

Wujudkah badan pro-Israel lain di seluruh dunia?

hasbara forum anjuran

Selain Hasbara Fellowships, ada banyak badan lain yang secara rasmi turut sama memperjuangkan konsep hasbara di serata dunia, seperti Israel on Campus Coalition serta Internet Haganah.

Israel on Campus Coalition atau ICC memainkan peranan lebih aktif menggunakan tenaga pelajar dan orang ramai, untuk menjadi aktivis pro-Israel khususnya dalam menyebarkan propaganda menentang gerakan Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) yang condong ke arah Palestin.

Sementara Internet Haganah atau 'Pasukan Pertahanan Internet' adalah gerakan perang siber pro-Israel yang dibangunkan khusus untuk menangani propaganda pro-Muslim di internet.

Internet Haganah yang disertai oleh individu-individu warga Israel dan pro-Israel yang tidak dikenali, menggunakan kepakaran mereka dalam bidang teknologi untuk menghenti dan menutup apa saja aktiviti berkait individu atau badan pro-Palestin.

Beberapa badan lain seperti StandWithUs dan The American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) juga memainkan peranan masing-masing dalam mendokong doktrian hasbara yang telah dijadikan garis panduan Israel, sejak sebelum mereka merampas Palestin sehinggalah ke hari ini.

Apa yang kami sampaikan di sini, walaupun bermula sebagai sebuah konsep atau idea, hasbara akhirnya menjadi semangat yang berjaya menyatukan pergerakan Zionis sehingga ke tahap lebih tinggi. Untuk menangani musuh sebegini nyata sukar, kerana mereka bukan saja tersusun organisasinya bahkan mempunyai satu prinsip yang dikongsi bersama.

Kita di Malaysia boleh terus menjadikan usaha boikot memboikot barangan pro-Israel sebagai usaha kita, tetapi keberkesanannya berapa lama kesannya? Apa konsep yang menyatukan gerakan anti Zionis kita di Malaysia?




Hakcipta iluminasi.com (2017)