Oleh pada 04 May 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

Pelakon Fasha Sandha berang dengan tindakan seorang pengikutnya yang melemparkan kritikan di laman Instagram beliau baru-baru ini.

Dalam kritikan itu, pengikut tersebut melahirkan rasa rimas apabila Fasha kerapkali memuat naik gambar dan video berkaitan dengan anak-anaknya. Dia beranggapan tindakan aktres itu seperti mahu menunjuk-nunjuk.

Teguran tersebut mendapat perhatian Fasha, lantas pelakon itu tampil bersuara lantang.

Ini kata Fasha:

"Ya betul. Nak tunjukkan (koleksi foto dan video tersebut) kepada anak-anak saya bila mereka dah membesar. Mereka hanya perlu klik hashtag untuk tengok balik nanti. Adakah awak ada masalah dengan itu? Jika ya, sila berhenti mengikuti akaun saya."

"Jika awak tak ada perkara yang baik untuk diperkatakan, sila diam. Tak perlu komen. Guna akal sebelum komen. Terima kasih."

dikritik suka menunjuk nunjuk fasha sandha mengamuk 2

Kredit foto: Beritamemey & Instagram Fasha Sandha 

Kenyataan Fasha mendapat sokongan daripada rata-rata pengikutnya. 

Mengikut pandangan netizen, Fasha mempunyai hak untuk memuat naik sebarang bentuk foto dan video mengikut kehendaknya memandangkan beliau empunya akaun laman sosial tersebut. 

Bagaimanapun selepas menerima banyak kecaman, pengikut tersebut akhirnya memadam komen berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)