Oleh pada 25 Oct 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

Aktres dan usahawan Rozita Che Wan menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya hamil.

“Saya tak hamil, semua itu usikan saja. Kalau betul hamil, saya tak akan sembunyikan perkara yang baik,” kata Rozita menurut laporan Harian Metro.

Sebelum ini, Rozita atau mesra disapa Che Ta dikatakan hamil selepas memuat naik foto di Instagram dengan tubuh berisi.

Malah jurufoto peribadinya turut memberi bayangan yang sama dalam gurauan di media sosial itu. 

Dalam pada itu, pelakon berusia 44 tahun ini menegaskan dia tidak akan menyorok berita kehamilan sekiranya benar ia berlaku.

Che Ta akui para peminat mengharapkan berita gembira tersebut, namun hakikatnya dia belum bersedia menerima cahaya mata baru.

“Mungkin kerana badan saya sedikit berisi, ada yang ingat saya hamil. Saya lebih percaya kepada kualiti berbanding kuantiti. Buat masa ini cukuplah dengan tiga anak dulu. Saya mahu berikan yang terbaik kepada mereka termasuk pendidikan. Kalau ada anak ramai tetapi tak mampu nak membahagiakan mereka pun tak seronok juga," jelasnya.

Che Ta mendirikan rumah tangga dengan aktor Zain Saidin pada Disember 2013 dan sehingga kini dikurniakan seorang anak, Aaisyah Dhia Rana yang telahpun mencecah usia tiga tahun.

Sementara itu, perkahwinan pertamanya dianugerahkan dua zuriat lelaki iaitu Ammar Effendy, 21 dan Aniq Ezzra, 19.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)