Jika ditanyakan, hampir mustahil untuk kita menggambarkan bau bayi yang baru lahir terutamanya kerana setiap bayi mempunyai bau yang tersendiri.

Namun jika anda memeluk dan menghidu bayi baru lahir, pastinya anda tahu apa yang dimaksudkan dengan "bau bayi". 

Bagi yang tidak tahu, apa yang dimaksudkan bukanlah bau syampu bayi atau lampin busuk, tetapi bau yang tidak dapat dijelaskan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan kemudian, bau ini hilang secara tiba-tiba tanpa anda menyedarinya.

Jadi apa sebenarnya yang dipanggil sebagai "bau bayi" ini?

Satu kajian pada tahun 2012 menemui bukti mengenai "bau orang tua", yang dijelaskan sebagai "bau badan yang dikenali yang tidak dapat dijelaskan sepenuhnya dengan penjagaan, diet, atau kebiasaan persekitaran lain".

Salah seorang penulis kajian ini mempunyai teori bahawa sesuatu bau yang mempunyai kaitan dengan kumpulan usia tertentu mungkin merupakan peninggalan evolusi yang direka untuk membantu manusia memilih pasangannya.

apa itu bau bayi baru lahir

Maka adalah tidak mustahil bahawa bayi-bayi juga mungkin memiliki bau tersendiri, namun bukanlah untuk tujuan yang sama seperti orang dewasa.

Bau bayi juga dapat memenuhi tujuan evolusi sebagai contoh untuk membantu si ibu mengenal pasti anaknya dengan lebih mudah, sama seperti bagaimana bayi-bayi dapat mengenal pasti ibu-ibu dengan cepat hanya melalui bau.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar ibu dapat mengenal bayi mereka hanya dengan bau sahaja. Malah, ia juga dikatakan membantu ikatan seorang ibu dengan bayinya.

Dalam satu kajian pada tahun 1987, para penyelidik mendapati bahawa 90% wanita dapat mengenal pasti bayi baru lahir mereka melalui bau walaupun baru bersama bayi mereka antara 10 minit hingga sejam.

Selain menjadi ciri yang memudahkan ibu bapa mengenal pasti bayi mereka, satu kajian pada tahun 2013 menunjukkan bahawa bauan seorang bayi merangsang laluan dopamin wanita di kawasan otak yang berkaitan dengan ganjaran apabila wanita diberikan baju yang mempunyai bauan seorang bayi (bukan bau bayinya sendiri).

Ini adalah laluan yang sama yang dirangsang oleh perkara seperti bau makanan yang enak atau makan makanan yang anda teringin.

bau bayi baru lahir sangat wangi 425

Hal ini adalah benar, tidak kira sama ada wanita tersebut adalah ibu kepada bayi tersebut atau tidak.

Malah, ia juga mungkin mempunyai manfaat kepada si bapa.

Satu kajian pada monyet marmoset pada tahun 2008 menunjukkan bahawa ayah yang mencium bayi baru lahir mereka menunjukkan penurunan testosterone.

Ini dikatakan dapat menjadikan bapa-bapa "lebih toleran terhadap bayinya ketika menghadapi cabaran luaran yang mungkin mengganggu perhatiannya daripada menumpukan kepada keperluan bayi dan keluarganya", menurut kajian itu.

Sebelum dilahirkan, bayi menghabiskan masa sekitar 9 bulan dalam cecair amniotik atau cecair ketuban, diliputi dalam bahan putih berkrim yang dikenali sebagai vernix caseosa.

Sesetengah saintis menghasilkan teori bahawa cecair dan bahan ini memainkan peranan dalam menghasilkan bau bayi baru lahir.

vernix caseosa cecair putih berkrim yang meliputi badan bayi baru lahir 643

Ini mungkin sebab mengapa aroma bayi yang baru lahir hilang dengan sangat cepat di mana ia hanya bertahan selama beberapa minggu.

Satu kajian tahun 2019 membandingkan bau cecair ketuban dengan bau kepala bayi yang baru lahir dan mendapati bahawa walaupun beberapa komponennya serupa, tetapi bau bayi baru lahir menampilkan lebih banyak unsur kimia dan berbeza secara individu.

Ada yang mencadangkan bahawa bau bayi baru lahir sebenarnya adalah gabungan cecair ketuban, bakteria, susu ibu, dan bahan-bahan lain yang biasanya tidak anda cari dalam aroma yang berbau manis.

Dan oleh kerana masih banyak yang kita tidak tahu tentang apa itu bau bayi baru lahir dan mengapa ia wujud, maka kita tidak mungkin dapat menghasilkan atau meniru bau ini.

Rujukan:

1. Firstcry Parenting

2. Lifestyle

3. Healthline




Hakcipta iluminasi.com (2017)