Kredit foto: Instagram Harris Alif

    

Siapa Harris Alif? Nor Harris Alif Nor Rashidi atau nama popularnya, Harris Alif merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan model Malaysia.

Beliau mula dikenali selepas merangkul kemenangan utama dalam pertandingan nyanyian, Idola Kecil musim ketiga.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Nor Harris Alif bin Nor Rashidi.
  • Menggunakan nama pentas, Harris Alif.
  • Berumur 21 tahun.
  • Kelahiran Pulau Pinang pada 2 September 1999.
  • Kediamannya terletak di Kuala Lumpur
  • Bertapak dalam dunia hiburan sejak tahun 2009 sebagai seorang pelakon, penyanyi, pengacara, usahawan dan model.
  • Bakatnya dicungkil daripada rancangan pencarian bakat cilik, Idola Kecil musim 3 (2010) yang menobatkannya sebagai juara.
  • Antara lain, beliau turut memenangi Bintang Kecil 2009 dan meraih tempat ketiga dalam Idola Kecil Ultra 2015.
  • Kerjaya lakonannya bermula menerusi siri Kelab Idola yang disiarkan di TV9 pada tahun 2010.
  • Lain-lain drama dibintanginya seperti Geng Bas Sekolah (Musim 5), Ema Emyliana, Istikharah Cinta, Bila Chacha Masuk Asrama dan Maryam Eliana, termasuk telefilem Si Kijang Merah.
  • Penglibatannya di layar lebar menerusi filem Aku, Kau dan Dia pada 2012.
  • Turut membawa peranan sebagai pengalih suara watak Kapten Kaizo untuk siri BoBoiBoy (Musim 3) dan watak Azizul dalam filem Bola Kampung The Movie 3D.
  • Pernah bergandingan dengan tiga lagi bintang kelahiran Idola Kecil yang juga rakan seperjuangannya iaitu Afieq Shazwan, Azzam Sham dan Danial Chuer dalam drama bersiri Destinasi G4 pada tahun 2015.
  • Rangkaian lagu dipopularkannya ialah Kisah Yang Terindah, Akulah Pelindungmu dan Pencinta.
  • Dalam bidang pengacaraan, beliau pernah mengelolakan beberapa program seperti Whazzup Ceria, Chichi dan Chacha, 4 Teman, Bananana Squad dan Pop Ekpress.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @harrisalif sehingga kini diikuti lebih 410,000 pengikut.

    

Baca: Biodata Pelakon Intan Ladyana, Kekasih Harris Alif

Baca: Info Penuh Majlis Nikah / Kahwin Intan Ladyana dan Harris Alif

       

Fakta Menarik

  • Memperjuangkan genre muzik Pop dan R&B.
  • Bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desaminium, Seri Kembangan, Selangor.
  • Pernah mengikuti pembelajaran di rumah atau 'home schooling' menerusi program pembelajaran sekolah antarabangsa terkenal Alice Smith School.
  • Menyimpan impian untuk berentap dalam program realiti, Big Stage dan Anugerah Juara Lagu.
  • Mengidamkan watak lakonan dewasa dan matang, sekaligus ingin melenyapkan imej kanak-kanak yang sebelum ini cukup sinonim dengannya.
  • Selaku usahawan muda, beliau pernah mengusahakan perniagaan baju sebagai rakan kongsi menerusi kolaborasi bersama Chemboja, menghasilkan jenama 'Harris Alif by Chemboja'.
  • Turut mengeluarkan jenama wangian sendiri dan pomade (minyak rambut) di bawah namanya.
  • Memegang prinsip untuk tidak bermodalkan gimik murahan semata-mata untuk melariskan single.

     

Foto

harris alif

instagram harris alif

wikipedia harris alif

lagu harris alif

keluarga harris alif

profil harris alif

harris alif terkini

harris alif idola kecil

latar belakang harris alif

Kredit foto: Instagram Harris Alif

    

Video

Kredit video: Harris Alif - Kisah Yang Terindah (Official MV)

    

Sumber:

1. Harris Alif Tampil Dengan 'Pencinta'

2. 'Saya bukan budak lagi'

3. Harris mahu watak dewasa, bukan budak lagi

4. Banyak tawaran berlakon

5. Harris ‘bersekolah’ dari rumah

6. Wangian Harris Alif

7. Wikipedia Harris Alif

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)