Kredit foto: Instagram Shiqin Kamal

    

Nur Ashiqin binti Mohd Kamal atau nama popularnya, Shiqin Kamal merupakan seorang pelakon yang mula mewarnai dunia hiburan sejak tahun 2010.

Terkini, beliau bakal menjayakan watak dalam drama bersiri terbaharu arahan Shahrulezad Mohameddin berjudul Dendam Cinta Arissa.

Dendam Cinta Arissa yang akan mengisi slot Drama Vaganza di Astro Ria, turut dibintangi Atikah Suhaime, Hisyam Hamid, Fezrul Khan, Aidil Aziz, Puteri Hanan, Ruzana Ibrahim, Arash Mohd, Noryati Taib dan Dilla Ahmad.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Nur Ashiqin binti Mohd Kamal.
  • Menggunakan nama komersial Shiqin Kamal.
  • Berumur 29 tahun (2020).
  • Kelahiran Kuala Lumpur pada 25 November 1991.
  • Berkelulusan Sarjana Muda Sains Aktuari daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Bergiat dalam dunia seni sebagai seorang pelakon yang mula aktif sejak tahun 2010.
  • Antara drama dibintanginya termasuk Melarik Awan, Cinta Si Wedding Planner, Sein Dan Luna, Jodoh-Jodoh Annisa, Ajari Playboy Itu dan Dendam Cinta Arissa.
  • Tidak ketinggalan telefilem Ada Hantu Malam Raya dan Hanya Namamu, selain filem Lagenda Budak Setan, Dilarang Masuk, Uncle Usin, Leftwings, Tanda Putera, Abang Long Fadil dan banyak lagi.

    

Fakta Menarik

  • Cukup sinonim dengan peranan watak antagonis.
  • Mengidamkan watak lasak bak filem lakonan Angelina Jolie.
  • Pernah menghilangkan diri daripada radar dunia hiburan selama empat tahun kerana memberi fokus terhadap pengajiannya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Sains Aktuari.
  • Aktif dalam sukan tinju yang diminati sejak dahulu.

    

Foto

shiqin kamal

instagram shiqin kamal

wikipedia shiqin kamal

sinopsis dendam cinta arissa

shiqin kamal kahwin

shiqin kamal kacukan

Kredit foto: Instagram Shiqin Kamal

    

Sumber:

1. Shiqin penuhi impian ibu

2. Akur jadi jahat - Shiqin Kamal

3. Shiqin utama pelajaran

4. Wikipedia Shiqin Kamal

5. Shiqin Kamal geli dituduh lesbian

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)