Kredit foto: Instagram Shaza Bae

    

Pengacara Shaza Bae antara yang bakal melengkapi senarai Top 12 peserta atau finalis Dewi Remaja edisi 2019.

Kejayaan merentasi saringan Top 20 meletakkan beliau sebagai antara pesaing yang akan memberikan cabaran kepada dewi remaja yang lain dalam merebut takhta juara program yang mengetengahkan personaliti remaja contoh ini.

Persaingan Top 12 bakal memulakan siarannya pada 26 Oktober 2019, setiap Sabtu, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Pemenang Dewi Remaja akan diumumkan pada episod kemuncak yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Disember.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Shaza Nuriman Mohamad Zamri.

2. Dikenali umum sebagai Shaza Bae atau Shaza.

3. Berusia 24 tahun.

4. Berasal dari Kuala Lumpur.

5. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni daripada Universiti Malaya (UM).

6. Kini memegang peranan sebagai pengacara televisyen dan wartawan yang bertugas di sebuah saluran digital.

   

Fakta Menarik

  • Wajahnya acapkali menghiasi iklan komersial.
  • Dalam diam menyimpan bakat terpendam dalam bidang lakonan.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @shazabae_ sehingga kini sudah mencatatkan lebih 21,000 pengikut.

    

Foto

shaza bae

dewi remaja 2019 199

shaza bae dewi remaja 2019

peserta dewi remaja 2019 572

finalis dewi remaja 2019 525

Kredit foto: Instagram Shaza Bae

   

Video

Kredit video: Top 12 Dewi Remaja 2019: Shaza Bae & Adriana Ghafar

   

Sumber:

1. Profil Shaza Bae

2. Peserta Underdog VS Peserta Popular, Adakah Mempengaruhi Pemilihan Top 12?

3. Kategori Pengetahuan Am Suntik Pembaharuan, Ini 12 Finalis Dewi Remaja 2019!

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)