Kredit foto: Instagram Wan Imar Izzat

    

Wan Imar Izzat merupakan penyanyi yang bernaung di bawah syarikat rakaman KRU Music.

Beliau adalah anak kedua kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid. Bapanya, Allahyarham Wan Mohammad Khair-ril Anuar Wan Ahmad meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei 2016.

    

Biodata

1. Nama sebenarnya, Wan Imar Izzat bin Wan Mohammad Khair-il Anuar.

2. Dikenali sebagai Wan Imar Izzat.

3. Berusia 29 tahun.

4. Merupakan penyanyi di bawah naungan syarikat rakaman KRU Music.

5. Mendirikan rumah tangga dengan pengacara rancangan h!Live dan Motif Viral, Shalma Ainaa pada 17 September 2016 selepas mengikat tali pertunangan pada 10 April, tahun sama.

6. Laman sosial Instagramnya atas nama @wanimarizzat sehingga kini sudah mencatatkan 23,000 pengikut.

     

Fakta Menarik

  • Adik kepada Wan Emir Astar yang dikatakan bakal melangsungkan pertunangan dengan aktres Mira Filzah.
  • Ibunya merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid, manakala bapanya, Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad juga bekas Ahli Parlimen kawasan sama (Kuala Kangsar) yang telah meninggal dunia dalam tragedi helikopter di Sarawak pada 2016.
  • Merakamkan single berjudul Pinggiran Syurga ciptaannya bersama Edry Abdul Halim di mana liriknya berkisar tentang pemergian bapa beliau dan dicipta khas bersempena dengan hari bapa.
  • Mula bergelar artis rakaman selepas diperkenalkan bapanya kepada pemilik empayar KRU, Datuk Norman.
  • Mengikuti kelas piano dan dram sejak kecil, serta mempelajari instrumen gitar ketika masih di bangku sekolah.

     

Baca: Info Penuh Majlis Kahwin Dan Nikah Mira Filzah & Wan Emir Astar

Baca: Biodata Mira Filzah

Baca: Biodata Wan Emir Astar

Baca: Giliran Wan Emir Astar Buka Mulut Kisah Perkenalan Dengan Mira Filzah

Baca: Biodata Pengacara Shalma Ainaa, Isteri Wan Imar Izzat 

Baca: Biodata Penyanyi Shalma Eliana, Adik Pengacara Shalma Ainaa

    

Foto

wan imar izzat

biodata shalma ainaa 736

wan emir astar 254

mira filzah bertunang 460

shalma aina 792

biodata wan emir astar 391

biodata datin mastura mohd yazid 634

kekasih mira filzah 506

Kredit foto: Instagram Wan Imar Izzat

    

Video

Kredit video: Pinggiran Syurga - Wan Imar (Official Music Video)

   

Sumber:

1. Bikin lagu buat arwah ayah

2. Wan Imar dedikasi lagu doa buat arwah ayah

3. 'Pinggiran Syurga' buat Papa - Wan Imar Izzat

4. Shalma Ainaa nikah anak Ahli Parlimen K Kangsar 17 September

5. Shalma Ainaa-Wan Imar Izzat selamat diijab kabul

6. Mira Filzah Bakal Bertunang Tahun Ini, Bercinta Dengan Anak Ahli Parlimen?

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)