Kredit foto: Facebook Imam Muda Syed Mohd Faris

    

Siapa Imam Muda Syed Faris? Syed Mohd Faris Syed Roslan atau nama popularnya, Imam Muda Syed Faris merupakan salah seorang bekas peserta program realiti, Imam Muda Musim Ketiga (Musim 3) yang pernah ke udara di saluran Astro Oasis pada tahun 2012.

Imam Muda 3 antara lain membariskan peserta Mohammad Azri Nami Mohd Kamal, 21 dari Johor, Fakhrulrazi Ibrahim, 25 (Pulau Pinang), Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21 (Johor), Muhammad Ramadhan Subky Abdullah, 25 (Kuala Lumpur), Abdul Jabbar Mohammed Kahar, 28 (Selangor), Omar Mohd Mokhtar, 21 (Pahang), Megat Mohd Zaid Megat Azmuddin, 26 (Perak), Mohammad Hafiz Abdul Kadir, 27 (Kuala Lumpur) dan Muhammad Nasir M Yakub Ismail, 26 (Indonesia).

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Syed Mohd Faris bin Syed Roslan.
  • Lebih mesra disapa sebagai Faris.
  • Berumur 34 tahun (2020).
  • Kelahiran Ipoh, Perak.
  • Lahir pada 20 September 1986 di Hospital Besar Ipoh.
  • Mendapat pendidikan di Darul Quran Jakim.
  • Bergiat sebagai seorang penceramah agama.
  • Mendirikan rumah tangga dengan Nur Hidayu Rosly dan hasil perkongsian hidup dianugerahkan lima orang anak iaitu Sharifah Aisyah, 12; Syed Husayn, 10; Sharifah Fatimah, 5; Syed Muawiyyah, 3; dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan.

    

Fakta Menarik

  • Pernah berkhidmat sebagai seorang guru.
  • Gemar mengisi masa lapang dengan bermain badminton dan sepak takraw, selain melayari internet.
  • Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang peramah dan senang bergaul dengan insan sekeliling.
  • Sikap gemar merapu dianggap sebagai kelemahan dirinya.
  • Menggemari juadah laksa dan rojak buah, termasuk nasi ayam, di samping Bandung dan Teh Tarik sebagai minuman kegemaran.
  • Meminati genre nasyid dan Kitaro.
  • Meletakkan Hazamin (Inteam), Azwan (Far East) dan Munif Hijjaz sebagai penyanyi diminati, selain mengagumi bakat Afdlin Shauki dan Saiful Apek sebagai pelakon pujaan.
  • 'KL Gangster' merupakan naskhah filem kesukaan.
  • Sewaktu perkahwinan dengan Nur Hidayu, isterinya itu mendakwa pernah empat kali mengalami keguguran.
  • Nur Hidayu yang berumur 33 tahun turut mendakwa Faris telah berkahwin secara senyap-senyap buat kali kedua di Songkhla, Thailand pada 18 Mac 2020, sebelum menceraikannya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei 2020 dengan talak satu.

   

Foto

imam muda faris

imam muda

syed faris

imam muda syed faris

imam muda syed

syed mohd faris

wikipedia imam muda syed faris

nur hidayu rosly

isteri imam muda syed faris

umur imam muda syed faris

Kredit foto: Facebook Imam Muda Syed Mohd Faris

   

Video

Kredit video: Imbasan Imam Muda 3 - Bersama IM Faris dan IM Naufal

   

Sumber:

1. Imam Muda

2. Finalis Imam Muda ceraikan isteri selepas nikah wanita lain [METROTV]

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)