Kredit foto: Instagram Black Hanifah

   

Black Hanifah merupakan seorang penyanyi Malaysia yang menempa populariti selepas penyertaan dalam pertandingan realiti, Mentor musim ketiga.

Bakatnya digilap oleh Ratu Dangdut, Mas Idayu dalam rancangan yang menobatkannya sebagai juara itu.

Beliau kini dikenali sebagai penyanyi yang memperjuangkan genre muzik pop, rock dan balada.

    

Biodata

1. Pemilik nama penuh Hanifah bin Md Hanafiah. Dikenali sebagai Black, Black Mentor dan Black Hanifah.

2. Kelahiran Kuala Lumpur pada 21 Disember 1987. Kini berusia 32 tahun.

3. Merupakan penyanyi dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.

4. Bakatnya dicungkil daripada program realiti, Mentor musim ketiga (2009) yang menobatkannya sebagai juara. Ketika itu, beliau menjadi protege kepada penyanyi dangdut, Mas Idayu.

5. Single pertamanya yang berjudul Aku Rindu Sayang Kamu berjaya menempatkan diri di Anugerah Juara Lagu 24 yang berlangsung pada Januari 2010. Tidak hanya itu, beliau merangkul trofi anugerah Vokal Terbaik di pentas berprestij berkenaan.

6. Beliau yang sudah merakamkan dua buah album studio berjudul Obsesi pada 2011 dan Black (2016), pernah mempopularkan deretan lagu-lagu hits seperti Aku Rindu Sayang Kamu, Sofea Jane, Teman Pengganti, Kuasa Cinta (duet bersama Noraniza Idris), Takkan Terpisah, Mana Mungkin dan Leraikan.

7. Selain bergelar penyanyi solo, beliau pernah memegang peranan sebagai vokalis sementara kumpulan Meet Uncle Hussain menerusi single 'Drama King'.

8. Pernah membuat kemunculan di layar perak menerusi filem Longkai, membawa watak sebagai 'Ketum' pada tahun 2013.

9. Pemegang trofi Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009.

10. Menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya, Naquia Yasirah Mohd. Khairi dan sehingga kini hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.

    

Foto

black hanifah ig 531

black hanifah berasal dari 460

anak black hanifah

isteri black hanifah

black hanifah

Kredit foto: Instagram Black Hanifah

    

Sumber:

1. Wikipedia Black Hanifah

2. Kemenangan Black Berjaya Tukar Persepsi Imej Dangdut Mas Idayu?

3. Rindu Dayyana Nama Anak Kedua Black Hanifah

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)