Kredit foto: Instagram Nabil Ahmad

   

Artis serba boleh.. itulah label paling sesuai untuk menggambarkan anak seni bernama Ahmad Nabil bin Ahmad atau nama komersialnya, Nabil Ahmad.

Bermula sebagai seorang pelawak, dia kemudian perlahan-lahan meneroka beberapa cabang seni lain, dengan sehingga kini haluan kariernya lebih terarah kepada bidang pengacaraan.

Jom berkenalan lebih rapat dengan hos yang kini dikenali menerusi rancangan bual bicara hiburan siaran Astro, Meletop.

   

Biodata

1. Pemilik nama penuh, Ahmad Nabil bin Ahmad.

2. Lahir di sebuah perkampungan di Mambau, Negeri Sembilan pada 26 September 1983.

3. Berusia 36 tahun.

4. Anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik.

5. Bapanya merupakan seorang pemandu lori, manakala ibunya seorang guru tadika bahasa Inggeris.

6. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selepas tamat persekolahan, beliau menyara kehidupan sebagai penghantar surat atau 'Mat Despatch' untuk Pos Malaysia bagi cawangan Negeri Sembilan.

7. Berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2008 sebagai pengacara, pelawak, penyanyi, pelakon dan pengarah.

8. Bakatnya dicungkil daripada pertandingan Raja Lawak musim kedua di mana dia telah diangkat sebagai juara dalam rancangan pencarian bakat komedi berkenaan.

9. Antara drama dibintanginya seperti Kuih Goyang Shafiq, Sonata Labu Labi The Series, Geng Bas Sekolah, Mak Lang Datang Kompang Bergendang, Goyang Shafiq... Jom Pi Cuti dan Cakap Melayulah.

10. Termasuk telefilem Sonata Labu Labi, Kuih Goyang Seha, Asmara Pontianak K-POP, Uncle Grandpa, Strawberry Karipap Sesat Kat Paris, Bila Kau Datang dan banyak lagi.

11. Pembabitannya di layar perak, antaranya menerusi filem Sifu & Tongga, Lu Pikirlah Sendiri De Movie, Bujang Terlajak, Uncle Usin, Romeo Kota dan Bo-Peng.

12. Dalam bidang pengacaraan, beberapa program kendaliannya seperti MeleTOP, Anugerah Industri Muzik ke-20, Anugerah MeleTOP Era, Anugerah Planet Muzik 2014, Festival Filem Malaysia ke-27 dan Gegar Vaganza.

13. Sebagai pengarah, setakat ini beliau sudah menggarap dua buah telefilem iaitu The Hantus dan Gostan.

14. Juga terbabit dalam bidang seni suara menerusi lagu-lagu seperti Lagu Untuk Bos, Dulu Aku Jutawan, Papa Kedana, Ok Lah! (ft Tegar) dan Pening.

15. Pemegang trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008, Tempat Ketiga Maharaja Lawak Mega 2014, Hos MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2018, Pengacara Hiburan Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2018 dan banyak lagi.

16. Pada sekitar 2009, beliau pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon Irma Hasmie. Beliau bagaimanapun akhirnya menamatkan zaman bujang pada 30 September 2011 dengan Nazirah Ayub yang juga merupakan bekas pramugari AirAsia. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata berjantina perempuan iaitu Nayla Mikayla (kelahiran 2012), Leyla Medyna (lahir 2015) dan Mishall Imani (lahir 2019).

   

Foto

nabil ahmad instagram

nabil ahmad anak

nabil ahmad nazirah ayub

umur nabil ahmad

latar belakang nabil ahmad

Kredit foto: Instagram Nabil Ahmad

      

Video

Kredit video: Youtube Zayan My

    

Sumber:

1. Wikipedia Nabil Ahmad

2. Nabil (Raja Lawak) Sah Bergelar Suami Kepada Nazirah

3. Nabil Ahmad Timang Cahaya Mata Perempuan Ketiga

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)