Kredit foto: Instagram Nik Adam Mika

    

Nik Muhammad Adam Mikael Nik Mohd Adli atau nama popularnya, Nik Adam Mika merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model kanak-kanak Malaysia.

Beliau juga merupakan anggota kumpulan duo rap, Dynamic Dynamite di bawah naungan syarikat rakaman RMW Records.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Nik Muhammad Adam Mikael bin Nik Mohd Adli.
  • Menggunakan nama komersial, Nik Adam Mika.
  • Berumur 10 tahun.
  • Kelahiran Tatau, Sarawak pada 19 Februari 2010.
  • Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.
  • Anak sulung daripada dua orang adik-beradik.
  • Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013 sebagai seorang pelakon, penyanyi dan model.
  • Membintangi drama-drama bersiri popular seperti Tentang Hati 2, Jasmine, Dia Semanis Honey, Biar Aku Jadi Penunggu , Suamiku Paling Sweet, Budak Ijat, Cinta Tiada Ganti dan Setelah Cinta Itu Pergi.
  • Turut menghiasi rangkaian telefilem, antaranya Kad Raya Dalam Kolong, Ketika Masa Terhenti, Syurga Tak Sempurna, Mimi Amah Diva, Ayah Untuk Disewa, Famili Tuan Ihsan, Dengan Beetle Kami Beraya Lagi, Wanita Terindah dan Vivi Si Perigi.
  • Kemunculannya di layar perak menerusi filem Sangkar yang diterbitkan pada tahun 2019.
  • Menjayakan iklan produk-produk ternama seperti MaxisOne Plan, Maxis Hotlink, Dutch Lady dan Darlie.
  • Pada 2019, beliau bersama adiknya, Isaac Iman menubuhkan kumpulan duo rap, Dynamic Dynamite di bawah syarikat rakaman RMW Records menerusi single sulung berjudul 'Go DD' hasil ciptaan Aziquebeats, senikata oleh Waris.
  • Akaun laman sosial Instagramnya atas nama @nikadammika sehingga kini mengumpul lebih 560,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Berperwatakan aktif dan periang.
  • Mula bergelar model yang memperagakan pakaian kanak-kanak sejak usia empat tahun.
  • Terbabit sebagai anak seni sejak umur tiga tahun.
  • Adiknya, Isaac Iman juga terlibat dalam bidang lakonan.
  • Anak kepada Nik Mohd Adli Nik Azlan (bapa), seorang pensyarah undang-undang.
  • Mendapat pendidikan secara 'home schooling'.
  • Asalnya tidak meminati lakonan, namun semakin selesa selepas acapkali beraksi di hadapan kamera.

      

Foto

nik adam mika

keluarga nik adam mika

adik nik adam mika

instagram nik adam mika

wikipedia nik adam mika

abang isaac iman

adik beradik nik adam mika

pelakon budak ijat tv3

profil nik adam mika

umur nik adam mika

nik adam mika terkini

Kredit foto: Instagram Nik Adam Mika

    

Video

Kredit video: DINAMIC DINAMITE - Go DD (Official Music Video)

     

Sumber:

1. Comel & Berbakat...Kenali Pelakon Filem Sangkar, Nik Adam Mika

2. Lincah depan kamera

3. Dari Instagram ke dunia lakonan

4. W.A.R.I.S ajar Nik Adam Mika dan Isaac Iman menari PECAHHH!!

5. “Dia tak faham lagi tentang cinta” - Bapa tidak mahu Nik Adam terkait cinta pelakon kanak-kanak Mitilda

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)