Kredit foto: Instagram @nazimothman

     

Biodata

1. Nama sebenarnya, Nushrul Alif bin Othman. Dikenali sebagai Nazim Othman.

2. Kelahiran Labuan, Malaysia pada 16 September 1984.

3. Membesar di Johor Bahru, Johor.

4. Berusia 35 tahun.

5. Kediamannya terletak di Petaling Jaya, Selangor.

6. Berketinggian 1.80 meter.

7. Asalnya merupakan pramugara yang berkhidmat di syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (atau Malaysia Airlines Berhad)

8. Bergelar pelakon, model, pengacara dan penyanyi yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.

9. Namanya melonjak naik selepas membintangi drama rantaian Dejavu Di Kinabalu, Kau Yang Terindah, Epilog Cinta Khirana dan Sangkar.

10. Lain-lain drama dibintanginya seperti Frontpage, Ponti Anak Remaja, Astana Cinta Aleesa, Akulah Balqis, Lara Aishah, Monalisa dan Terima Aku Seadanya.

11. Termasuk telefilem Penggali, Tuah Kembali, Sapu Tangan Merah, Surat Cinta, Menantu Tip Top, LollyPop, Pen Merah Pen Biru dan banyak lagi.

12. Pernah menyahut cabaran bersaing dalam pertandingan Gempak Superstar iaitu sebuah program realiti yang mencungkil bakat nyanyian di kalangan 10 pelakon popular tanah air iaitu selain dirinya ialah Ryzal Jaafar, Arja Lee, Dazrin Kamarudin, Sofi Jikan, Siti Elizad, Tasha Shilla, Raja Ilya, Izreen Azminda dan Sherry Ibrahim. Penyertaan Nazim tidak sia-sia apabila membawa kepada kemenangan di tempat kelima sewaktu peringkat akhir.

13. Mendirikan rumah tangga dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016, sebelum akhirnya mengumumkan penceraian mereka pada 17 Mei 2018.

     

Foto

biodata dan latar belakang pelakon nazim othman 2

biodata dan latar belakang pelakon nazim othman 3

biodata dan latar belakang pelakon nazim othman 4

biodata dan latar belakang pelakon nazim othman 5

biodata dan latar belakang pelakon nazim othman 6

Kredit foto: Instagram @nazimothman

     

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online

    

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)