biodata aiman hakim ridza pelakon drama aku cinta dia 1

Biodata

Nama penuh: Aiman Hakim bin Ridza Abdoh

Nama popular: Aiman Hakim Ridza

Tarikh lahir: 17 Januari 1989

Umur: 29 tahun

Kelahiran: Johor Bahru, Johor, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, model, duta produk, penyanyi dan bekas pemain bola sepak amatur

Media sosial: Instagram @aimanhakimridza

Fakta Menarik

1. Anak ketiga daripada empat adik-beradik.

2. Berketurunan campuran Melayu dan Arab. Bapanya berbangsa Melayu, manakala ibunya daripada Arab.

3. Mendapat pendidikan di Sekolah Rendah SS 17 Subang Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama dan kemudian menyambung pengajian di Kolej Sunway atau kini dikenali sebagai Universiti Sunway. Ketika itu beliau mengikuti jurusan perakaunan untuk memperoleh tempat dalam Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) di pusat pengajian tersebut.

4. Seawal karier, beliau menyara kehidupan sebagai seorang model yang mana pernah membuat kemunculan dalam iklan-iklan produk seperti McDonalds, Celcom, Brylcreem dan Milo.

5. Sebelum bergelar pelakon, beliau yang meminati sukan bola sepak, pernah memegang tanggungjawab sebagai kapten pasukan, malah menjadi wakil negeri Selangor untuk penyertaan dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah Malaysia yang berlangsung pada 2001 di mana ketika itu usianya 12 tahun.

6. Beliau juga kerapkali menyertai Youth World Cup Under 17 (FIFA) di Tokyo sebagai wakil negara pada tahun 2004 dan 2005. Tidak hanya itu, beliau aktif dalam pelbagai perlawanan bola sepak kategori bawah 17 tahun, juga sebagai wakil negara yang mana berlangsung di beberapa lokasi seperti Bangkok, Jakarta dan Hong Kong.

7. Selaku penyanyi, Aiman bermula daripada tahun 2011 menerusi rancangan realiti, Mentor musim kelima. Ketika itu, dia yang berada di bawah naungan penyanyi Rahim Maarof hanya dapat bertahan sehingga ke pusingan keempat.

8. Antara drama popular dibintanginya seperti Vanila Coklat, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Diandra, Projek Memikat Suami, Isteri Separuh Masa, Urusan Hati Cik Drama Queen, Girlfriend Aku Dari Neraka, Amira Rose, Pengantin 100 Hari dan Aku Cinta Dia.

9. Juga terlibat di layar perak dalam filem Kimchi Untuk Awak sebagai teraju utama. Menerusi teater, beliau membintangi pementasan Bidasari, Kalung Oh Kalung dan Y Sebuah Muzikal.

10. Pencapaian dalam bidang seni, Aiman pernah merangkul trofi Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26, EH! Top 20 untuk EH! Magazine dan Barisan Pelakon Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015.

11. Pernah berhubungan cinta dengan aktres Fathia Latiff di mana pendedahan itu dibuatnya kepada pihak media pada Februari 2014, namun mereka akhirnya putus pada Disember 2015.

12. Terkini, beliau didakwa sedang berkawan rapat dengan aktres Zahirah Macwilson.

Foto

biodata aiman hakim ridza pelakon drama aku cinta dia 2

biodata aiman hakim ridza pelakon drama aku cinta dia 3

biodata aiman hakim ridza pelakon drama aku cinta dia 4

biodata aiman hakim ridza pelakon drama aku cinta dia 5

biodata aiman hakim ridza pelakon drama aku cinta dia 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. BH Online

4. Instagram Aiman Hakim Ridza




Hakcipta iluminasi.com (2017)