Seperti mana yang kita sedia maklum, mendiang Datuk Magendran M. Munisamy merupakan rakyat Malaysia pertama yang berjaya sampai ke puncak Gunung Everest. Kumpulannya memulakan pendakian dari bahagian Selatan. Beliau tiba di puncak Everest pada 23 Mei 1997, jam 11:55 pagi waktu tempatan.

Beliau diikuti oleh N. Mohanada yang sampai di puncak beberapa minit kemudian pada pukul 12:10 malam. Kedua-dua pendaki gunung ini merupakan sebahagian daripada "Projek 97-Malaysia Everest" pertama yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Pendakian Gunung Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kedua-dua M. Magendran dan N. Mohanadas dianugerahkan gelaran "Datuk" oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pada tahun 2010 untuk pencapaian pendakian Everest ini. Kedua-dua individu ini juga dianugerahkan gelaran "Datuk" dari pihak Persekutuan oleh YDP Agong Malaysia pada Jun 2011.

Kejayaan rakyat Malaysia ini sesuatu yang membanggakan kerana ia membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga mampu untuk sampai ke puncak tertinggi dunia ini. Kami bukanlah ingin menulis panjang lebar mengenai kejayaan 2 individu ini. Namun, pernahkah anda tertanya-tanya, berapakah kos untuk mendaki Gunung Everest?

Waktu dan laluan pendakian

laluan pendakian everest

Sebilangan besar pendaki gunung akan mendaki ke puncak tertinggi di dunia ini pada bulan Mei. Terdapat jangka masa yang singkat, biasanya selepas 15 Mei ketika suhu lebih panas dan angin di kawasan tinggi yang dikenali sebagai aliran jet telah berkurangan dari kawasan pergunungan tersebut.

Ini adalah masa dalam setiap tahun apabila pendaki mempunyai peluang tertinggi untuk sampai ke puncak. Tempoh masa pendakian ini juga tepat sebelum musim tengkujuh. Pendaki biasanya berusaha untuk mengelakkan dari mengunjungi wilayah Everest ketika musim hujan kerana keadaan tersebut akan membuat jalur pendakian menjadi licin dan berbahaya.

Gunung Everest terletak tepat di sempadan antara Nepal dan Tibet. Terdapat banyak kemungkinan laluan tetapi kebanyakan pendaki Everest biasanya memilih antara dua - laluan selatan di Nepal dan laluan utara di Tibet. Pendaki yang menggunakan laluan dari selatan akan mengambil penerbangan ke ibu negara Nepal Kathmandu, kemudian terbang ke Lukla di mana pendaki mula mendaki ke Everest base camp (EBC).

Sebilangan besar syarikat yang menyediakan servis pendakian ini beroperasi di Nepal, kerana pendakian di Tibet dikatakan lebih mahal dan lebih terkawal dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Bayaran permit untuk puncak adalah $11,000 bagi setiap pendaki untuk musim pra-monsun di sebelah selatan Everest dan sedikit lebih murah di Tibet dengan harga sekitar $8000. Ini adalah caj tetap yang dikenakan kerajaan dan mereka juga mengenakan kos upah pegawai khas yang tugasnya adalah memantau ekspedisi dan memastikan peraturan dipatuhi dan setiap orang mempunyai permit pendakian.

Kos pendakian

peralatan mendaki everest

Menurut seorang pendaki yang pernah sampai ke puncak, Alan Arnette, harga purata yang dibayar pada tahun 2017 adalah sekitar $45,000. Julat harga untuk pendakian standard dengan segala jenis bantuan bermula dari $28,000 hingga $85,000. Sekiranya pendaki mahukan trip pendakian khas sepenuhnya, kosnya boleh mencecah lebih dari $115,000.

Biasanya, kos ini termasuklah pengangkutan dari Kathmandu atau Lhasa, makanan, khemah perkhemahan, sokongan Sherpa dan tangki oksigen tambahan. Namun, harga ini sangat fleksibel kerana terdapat beberapa pilihan yang boleh dibuat oleh pendaki antaranya jenis makanan, penunjuk jalan sama ada dari Barat atau Sherpa tempatan dan banyak lagi faktor lain.

Sementara itu, bagi mereka yang mengambil risiko yang ekstrim (tiada penunjuk arah, tiada tangki oksigen dan sebagainya) dapat mengurangkan kosnya dengan harga di bawah $20,000. Ekspedisi yang hanya melibatkan kos logistik sahaja akan lebih murah tetapi anda perlu lebih berdikari sewaktu pendakian.

Kebiasaannya pendaki akan menggunakan khidmat penunjuk jalan atau "guide" dan kosnya juga tidak murah. Bagi yang memilih untuk menggunakan perkhimatan guide dari orang luar, kosnya lebih mahal berbanding menggunakan perkhidmatan guide dari orang tempatan sendiri.

Syarikat luar vs syarikat tempatan

trip mendaki everest 455

Menggunakan perkhidmatan syarikat tempatan akan lebih murah kerana kos permit guide dari luar harus dimasukkan sekali, ditambah dengan gaji dan kos perjalanan mereka. Syarikat Barat boleh dikatakan mempunyai kos overhed yang lebih tinggi di negara mereka.

Sebilangan besar pendaki menggunakan oksigen dalam botol tetapi bagi sebilangan kecil yang tidak, itu adalah satu penjimatan. Sebotol oksigen berharga sekitar $465 dan kebanyakan pendaki menggunakan sehingga tujuh botol untuk satu-satu ekspedisi. Botol oksigen dianggap satu keperluan memandangkan peratusan oksigen yang rendah di puncak gunung.

Untuk pendakian dari bahagian selatan, harga dengan syarikat yang menggunakan khidmat guide Barat boleh mencapai $90,000 untuk perjalanan biasa dan jumlah ini didorong oleh nilai reputasi, perkhidmatan tambahan (contohnya nisbah Sherpa yang lebih tinggi kepada pendaki) dan kemudahan yang lebih maju di base camp dan camp 2.

pendakian everest

Sebagai perbandingan sebuah syarikat Nepal yang menawarkan ekspedisi daripada laluan di sebelah selatan mungkin mengenakan bayaran sebanyak $35,000. Perbezaan yang cukup banyak. Di sisi utara pula harga untuk perjalanan dengan guide dari Barat masih lebih tinggi pada $45,000 - $60,000 sementara perjalanan dengan guide tempatan masih berada pada harga $30,000.00.

Perbezaan kos antara syarikat luar dan tempat ini telah menimbulkan kebimbangan mengenai tahap pembayaran upah untuk Sherpa dan standard keselamatan, serta masalah mengenai latihan profesional untuk guide tempatan yang merangkumi kursus berbahasa Inggeris.

Namun, ianya tidak sepatutnya menjadi kebimbangan kerana upah dan faedah Sherpa telah dipersetujui secara universal dengan standard keselamatan lebih tinggi sekarang. Semua syaarikat pengendali juga diminta untuk memberikan perlindungan nyawa, perubatan dan helikopter untuk semua kakitangan sekarang.

Kredit:

  1. Adveture Alternative
  2. The Manual



Hakcipta iluminasi.com (2017)