Media di China dan Jepun telah melaporkan bahawa diktator Korea Utara Kim Jong-un telah meninggal dunia.

Manakala sumber-sumber lain mengatakan bahawa beliau terlantar di atas katil dalam keadaan vegetatif (sedar tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda kesedaran) dengan tiada harapan untuk pulih selepas kegagalan dalam pembedahan jantung.

Disebabkan oleh sifat rejim Korea Utara yang tersangat berahsia, dakwaan kematian Kim Jong-un sangat sukar untuk disahkan sebelum pengumuman rasmi negara itu dibuat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tetapi timbalan pengarah bagi saluran berita yang disokong oleh Hong Kong, yang mendakwa dirinya anak saudara kepada menteri luar China telah membuat pengumuman berkenaan.

Timbalan Pengarah Televisyen Satelit HKSTV Hong Kong, Shijian Xingzou, mengatakan bahawa 'sumber yang sangat kukuh' telah memberitahunya bahawa Kim Jong-un telah meninggal dunia.

Muat naik yang dibuat oleh Shijian dalam aplikasi sembang China iaitu Weibo telah dikongsi secara meluas di sosial media.

benarkan kim jong un mati

Laporan-laporan lain yang tidak disahkan yang dikaitkan dengan sumber pihak kanan di Beijing, mengatakan bahawa operasi memasukkan stent (alatan perubatan) mengalami kegagalan kerana pakar bedah terbabit sangat gemetar sehinggakan tangannya tidak stabil.

Menurut Reuters, akhbar mingguan Jepun iaitu Shukan Gendai melaporkan bahawa seorang doktor China yang dihantar ke Korea Utara sebagai sebahagian daripada pasukan untuk merawat Kim percaya bahawa kelewatan dalam prosedur mudah itu menyebabkan Supreme Leader itu sakit parah.

Laporan itu menyatakan bahawa China telah menghantar satu pasukan ke Korea Utara termasuk pakar perubatan umemberi nasihat mengenai pemimpin Korea Utara.

kim jong un dikhabarkan meninggal dunia 586

Lawatan oleh doktor dan pegawai China itu berlaku di ketika laporan yang bercanggah mengenai kesihatan pemimpin Korea Utara. Reuters tidak dapat menentukan apakah isyarat sebenar lawatan pasukan China ke Korea Utara dari segi kesihatan Kim Jong-un.

Khabar angin ini masih belum dapat disahkan pada ketika ini, dan media Korea Utara tidak memberikan maklumat mengenai kesihatan Kim Jong-un atau keberadaannya.

Laporan kematian Kim Jong-un mencetuskan kebimbangan perang saudara di Korea Utara dan kemungkinan tindakan ketenteraan terhadap pasukan antarabangsa seperti AS akan menyusul.

Apa yang berlaku jika Kim Jong-un mati?

kim yo jong mungkin lebih kejam dari abangnya kim jong un

Jika Kim Jong-un ini benar-benar meninggal dunia, kemungkinan bahawa adik bongsu diktator ini iaitu Kim Yo-jong, akan mengambil alih tampuk kepimpinan.

Cheong Seong-Chang, penganalisis di Sejong Institute di Korea Selatan mengatakan pergolakan sosial tidak mungkin berlaku sekiranya pemimpin itu meninggal dunia.

Beliau berkata bahawa Kim Yo-jong, sudah memiliki pengaruh yang penting dalam kerajaan dan kebanyakan anggota kepemimpinan Pyongyang mempunyai kesepakatan dengan keluarga Kim dalam mempertahankan sistem Korea Utara.

Para pakar telah memberi amaran bahawa Kim Yo-jong mungkin lebih kejam daripada abangnya sepanjang lapan tahun pemerintahan diktator itu.

Kim Jong-un sangat kejam terhadap pembangkang di Korea Utara, termasuk anggota keluarganya sendiri.

kim jong un dan kim yo jong

Penguasa negara yang paling rahsia di dunia ini juga telah melakukan ujian peluru berpandu tanpa segan-silu, memprovokasi Amerika Syarikat dan sekutunya Korea Selatan dengan menunjukkan kemampuannya untuk menghancurkan kedua-dua negara itu.

Namun kini, terdapat kebimbangan yang semakin meningkat bahawa adiknya dapat melakukan hal yang sama dengan lebih dahsyat, untuk "menunjukkan kecekalannya," lebih-lebih lagi kerana dia berkongsi minat terhadap pembangunan senjata.

Profesor Natasha Lindstaedt, seorang pakar dalam rejim totalitarian, menjelaskan bahawa jantina tidak akan menjadi penghalang bagi Kim Yo-jong untuk diterima oleh pengawal lama politik sebagai ketua diktator yang baru.

Sekiranya itu terjadi, dia bakal memperkuat pemerintahan dinasti di negara ini, yang dimulakan oleh Kim Il-sung pada tahun 1948.

Kim Yo-jong, lulusan sains komputer, adalah anak kelima dan bongsu dari mendiang Kim Jong-il.

kim yo jong adik diktator kim jong un 937

Berkongsi hubungan yang agak erat dengan abangnya, Kim juga berasal dari kehidupan mewah, sesuatu yang sangat asing bagi sebahagian besar penduduk negara itu.

Dia mendapat pendidikan di Switzerland bersama Kim Jong-un, di mana mereka mempunyai chef peribadi dan sekumpulan pengawal terlatih.

Semasa Kim Jong-un memerintah Korea Utara, Kim Yo-jong melanjutkan pelajarannya di universiti Pyongyang sebelum akhirnya bergabung dengan barisan elit pemerintah.

Kim Yo-jong menyertai dengan abangnya ketika utusan keluarga pertama mengunjungi ibu negara Korea Selatan Seoul untuk bertemu dengan Presiden AS Donald J Trump.

Dan memandangkan anak-anak Kim Jong-un terlalu muda untuk menggantikannya, Kim Yo-jong dilihatkan sebagai waris yang paling dekat untuk mewarisi takhta itu. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)