Oleh pada 13 Apr 2017 kategori

google maps

Biasanya, sebelum anda keluar rumah, atau hendak menghadiri kenduri kenalan anda, anda dengan secara semulajadinya akan mengeluarkan telefon pintar anda, lalu mengaktifkan aplikasi Google Maps anda. Tujuan anda adalah untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, dan jalan mana yang akan membolehkan anda tiba dengan lebih cepat. Lebih-lebih lagi jika ianya ketika musim perayaan atau cuti sekolah. 

Google Maps boleh memberitahu anda berapa lama masa anda akan terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas dan laluan yang mana satu yang lebih cepat. Bagaimana ia boleh tahu maklumat yang sangat terperinci sebegini mengenai perancangan perjalanan harian anda?

pengiraan yang tepat 927

Jawapannya separuh menyeramkan dan separuh menarik : Google memperoleh informasi tersebut daripada anda, menurut Business Insider. Syarikat tersebut menggunakan fungsi "Servis Lokasi" pada telefon pintar Apple dan Android untuk mengesan koordinasi anda. Jika anda mengaktifkan servis lokasi ini pada Google Maps, anda akan senantiasa menghantar data masa-sebenar (real-time) di mana lokasi anda dan masa yang anda perlukan dari satu tempat ke satu tempat. 

Google menggabungkan data-data daripada semua pengguna dan menentukan kepadatan kereta di sesuatu laluan dan kelajuan mereka bergerak, atau tidak bergerak, bergantung kepada situasi anda.

share image 882

Dari masa ke masa, Google telah mengumpulkan kesemua maklumat tersebut untuk mewujudkan "traffic histories". Oleh itu, ia boleh memberitahu anda jika trafik bergerak perlahan atau laju dari biasa. Ia juga menggunakan maklumat yang dikumpulkan dari aplikasi Waze, termasuk maklumat terbaru daripada jabatan pengangkutan seluruh dunia. Itu sebabnya Google Maps boleh menentukan kemalangan-kemalangan tertentu.

Jika maklumat ini kurang menyenangkan bagi anda, anda boleh saja mematikan servis lokasi padan telefon anda. Namun begitu sekiranya semua orang mematikan servis lokasi, sistem pengiraan Google Maps ini  akan menjadi tidak berguna. Sekiranya anda ingin menyumbang kepada komuniti dan Google Maps, aktifkan servis lokasi anda. 


Rujukan : Business Insider


tags : , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)