Illuminati merujuk kepada Illuminati Bavaria, sebuah masyarakat rahsia era Pencerahan, yang merupakan nama yang diberikan kepada beberapa kumpulan yang dianggap berkomplot dan mengawal hal ehwal dunia melalui pelbagai cara.

Mereka dikenali sebagai kumpulan yang memasukkan orang-orang mereka ke dalam agensi kerajaan dan syarikat-syarikat untuk mendapatkan kuasa dan pengaruh politik yang akhirnya akan membolehkan mereka menubuhkan satu perintah dunia baru.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kumpulan ini dipercayai terdiri daripada ahli politik dan intelektual berpengaruh. Ia dianggap salah satu teori konspirasi yang paling banyak diketahui di dunia.

selebriti yang kononnya dibunuh illuminati

Pengorbanan Illuminati adalah yang paling biasa dalam kalangan teori-teori Illuminati yang telah muncul sejak beberapa dekad yang lalu.

Malah, terdapat dakwaan dan teori konspirasi bahawa beberapa orang yang sangat penting di seluruh dunia dibunuh oleh Illuminati, termasuklah selebriti.

iluminasi.com kongsikan 10 selebriti yang didakwa telah dibunuh oleh Illuminati.

1. Marilyn Monroe

marilyn monroe didakwa dibunuh illuminati

Marilyn Monroe adalah seorang model, penyanyi, dan pelakon Amerika yang sangat terkenal satu ketika dulu.

Dia adalah mangsa penggunaan dadah dan alkohol, dipercayai telah meninggal dunia akibat terlebih dos barbiturat (ubat penenang sistem saraf pusat).

Walaupun kematiannya dilabel sebagai bunuh diri, beberapa ahli teori konspirasi percaya bahawa dia telah diracuni oleh ahli Illuminati.

Marilyn didakwa mempunyai hubungan rahsia dengan lelaki yang berkuasa; yang boleh menjadi sebahagian daripada Illuminati.

Ketakutan terhadap Monroe yang mempunyai akses kepada semua informasi yang mungkin didedahkan oleh ahli-ahli iluminati ketika situasi tertentu sudah tentu membimbangkan pihak atasan Iluminati.

Dan ini dikatakan mungkin menjadi penyebab kepada mengapa Marilyn diperangkap oleh mereka.

2. Jimi Hendrix 

jimi hendrix

Jimi Hendrix yang dianggap sebagai salah seorang gitaris yang paling lagenda sepanjang zaman meninggal dunia pada 18 September 1970, di usia 27 tahun.

Dengan ini, dia menyertai kelab pemuzik yang meninggal dunia pada usia yang sama iaitu 27 tahun yang mana dikatakan kerja Illuminati.

Rupa-rupanya, menurut dakwaan dan khabar angin, pengurus Jimi (Mike Jeffrey) telah mengatur segala rancangan tersebut.

Menurut James Wright (lelaki yang bekerja untuk Mike Jeffrey), Mike pernah mengaku kepadanya tentang mengsabotaj Jimi Hendrix dalam kemalangan pesawat untuk menerima tuntutan insurans.

Menurut laporan perubatan, Jimi Hendrix tewas akibat adanya ubat penahan sakit yang kuat dan jumlah wain merah yang tinggi dalam tubuhnya.

Doktor yang cuba menghidupkan semula Jimi berkata bahawa kematian gitaris legenda adalah "munasabah".

3. Elvis Presley

elvis presley didakwa dibunuh illuminati

Elvis Presley, yang biasanya dikenali sebagai Raja "Rock and Roll" meninggal pada 16 Ogos 1977. Belia mempunyai berjuta-juta peminat dan adalah jelas bahawa tahap pengaruhnya membuatkan ahli iluminati tak senang duduk.

Elvis menentang idea "kuasa" dan sering meluahkannya di dalam lagunya dan bercakap secara terbuka. Jalan yang dipilih Illuminati untuk menjatuhkan Elvis Presley adalah dengan memberikan dos ubat yang konsisten dan progresif.

Tony Brown, pemain piano untuk Elvis melihat bahawa kesihatan Presley semakin merosot dalam tempoh dua tahun terakhir dalam hidupnya.

Terdapat juga dakwaan bahawa rombongannya (mafia Memphis) mempunyai peranan dalam pengambilan ubat-ubatan yang akhirnya membawa kepada infarksi miokardium (serangan jantung) dan akhirnya meninggal dunia.

4. Kurt Cobain

kurt cobain 521

Kurt adalah penyanyi dan gitar utama band rock Nirvana. Kurt tergolong dalam kumpulan orang yang telah berjaya mempengaruhi dunia pada tahap yang lebih sukar untuk diukur.

Beliau sentiasa berjaya membuatkan penonton "gila" dengan muzik dan persembahan cemerlangnya. Ahli teori konspirasi percaya bahawa Illuminati mahu mengawal Kurt yang akhirnya akan mempengaruhi berjuta-juta orang secara tidak langsung.

Kurt dilihatkan sebagai seorang yang sangat tidak sukakan kemahsyuran dan dipercayai telah menolak tawaran Illuminati.

Illuminati sentiasa menjadi organisasi yang sangat takutkan mereka yang mempunyai pengaruh dan kemasyhuran.

Kematian Kurt dilabelkan sebagai bunuh diri dan tidak ada penyiasatan lanjut walaupun terdapat bukti menunjukkan bahawa beliau sebenarnya tidak membunuh diri.

Kata-kata terakhir Kurt dalam catatan bunuh dirinya ialah "Saya tidak mempunyai semangat lagi, dan ingatlah, lebih baik untuk dibakar daripada memudar."

Sehingga kini, masih ada orang yang mahu membahaskan bagaimana sebenarnya cara Kurt mati.

5. John Lennon

john lennon

Penyanyi utama ini The Beatles perlu diperkenalkan lagi. Penyanyi yang suka memberontak dan aktivis kedamaian ini dan memulakan band Beatles bersama Paul McCartney, George Harrison, dan Stuart Sutcliffe.

Terdapat satu teori aneh bahawa band Beatles dihasilkan oleh Illuminati untuk mengawal belia generasi itu dengan membawa mereka ke arah dadah dan menyebarkan sikap negatif tentang institusi keluarga dan pendidikan formal.

John Lennon telah dibunuh oleh Mark David Chapman, yang mana dikatakan berada di bawah kawalan minda Illuminati.

John Lennon adalah seorang yang sangat lantang terhadap ancaman kuasa dan orang-orang yang melaksanakannya. Beliau sentiasa berada di bawah pengawasan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Perkhidmatan Imigresen dan Naturalisasi (INS).

6. Bruce Lee, Actor

bruce lee 289

Bruce Lee bukan sekadar artis bela diri yang bertukar menjadi pelakon, tetapi seorang ahli falsafah dari segi dalaman. Bruce Lee mempunyai bakat menakjubkan dan kebolehan luar biasa yang digelar sebagai "superhuman".

Sebelum meninggal dunia disebabkan oleh sebab misteri, beliau sering bercakap berkenaan dirinya ditinjau oleh syaitan.

Bruce Lee adalah sorang yang sangat berpengaruh dan ini dianggap sebagai satu ancaman kepada Illuminati. Rupa-rupanya, menurut khabar angin, beliau telah diracun oleh sorang wanita (bekerja untuk Iluminati) dengan dadah yang sangat kuat membuatkan Bruce Lee meninggal dunia.

Perkara ini sebenarnya boleh dipertimbangkan memandangkan kehebatan minda dan fizikal beliau yang hebat. Laporan rasmi menyebut bahawa penyebab kematian sebagai kemalangan, tetapi keadaannya masih sangat kabur.

Laporan bedah siasat Bruce Lee menyatakan penyebabnya sebagai "kematian oleh kesilapan". Beliau meninggal di usia yang sangat muda, iaitu 32 tahun.

7. Michael Jackson

michael jackson 752

Digelar sebagai raja Pop, Michael Jackson, didakwa telah dibunuh oleh ahli Illuminati beberapa hari sebelum melakukan konsert.

Michael dikatakan merupakan sebahagian daripada Illuminati dan situasi menjadi tegang antara MJ dan organisasi tersbeut ketika dia mula bercakap terhadap mereka selepas menyedari kuasa yang mampu diperoleh Iluminati dengan cuba untuk mengawal segala-galanya dalam industri muzik.

Michael telah mendakwa beberapa kali bahawa kumpulan itu telah cuba memfitnahnya dengan menyebarkan khabar angin tentang dirinya sebagai seorang yang aneh dan melakukan perkara tak bermoral terhadap kanak-kanak.

Malah anaknya mendakwa Illuminati bertanggungjawab ke atas kematian ayahnya. Malah, ahli keluarga MJ juga pernah bersuara mengenai konspirasi ini.

Dalam laporan akhir kematian, penyebab Michael meninggal dunia diisytiharkan sebagai serangan jantung/pembunuhan.

Rujukan:

1. Esquire

2. Gizmodo

3. Youtube




Hakcipta iluminasi.com (2017)