Sejak sekian lamanya, manusia sudah menjadikan sesetengah spesis haiwan seperti kucing, anjing dan arnab sebagai haiwan peliharaan. Haiwan-haiwan ini dijaga dengan rapi bagai menatang minyak yang penuh.

Segala kelengkapan dan keperluan haiwan disediakan. Malah, pemilik kucing dan anjing misalnya, sudah maklum akan keperluan untuk memberikan vaksin, memberi ubat kutu serta memandulkan binatang peliharaan mereka (jika perlu). Dalam erti kata lain, binatang peliharaan dipeliharaan dijaga umpama ahli keluarga sendiri.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Hubungan rapat antara manusia dan haiwan ini menyebabkan manusia semakin peka akan kesihatan dan cara penjagaan haiwan itu sendiri. Sama seperti manusia  haiwan peliharaan memerlukan penjagaan kesihatan mental.

Haiwan , sama ada mereka mamalia atau sebaliknya, boleh mengalami pelbagai penyakit mental sama seperti manusia lain. Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 7 antara penyakit mental yang turut dialami oleh sesetengah haiwan.

1. Depresi

kucing menghadapi masalah depresi kemurungan

Depresi bukan hanya dialami oleh manusia, tetapi juga haiwan terutamanya tikus, mungkin kerana haiwan ini sering dijadikan bahan ujikaji di makmal. Segelintir haiwan di zoo mungkin menunjukkan tanda-tanda seperti keletihan, tingkah laku yang kompulsif, gangguan selera makan, kekurangan minat seksual dan mencederakan diri sendiri.

Bagi haiwan seperti anjing, doktor veterinar biasanya akan memberikan ubat antidepresi. Bagi haiwan lain, cara mengubatinya adalah dengan mengubah persekitaran tempat tinggal dan interaksi dengan keadaan sekeliling mereka yang mungkin menyebabkan depresi.

2. Gangguan tidur

kucing bermasalah untuk tidur

Kedua-dua kucing dan anjing boleh mengalami beberapa gangguan tidur yang berbeza. "Narcolepsy" boleh menyebabkan haiwan tidur nyenyak dalam tempoh yang terlalu lama, "apnea" boleh memusnahkan kualiti tidur dan masalah saluran pernafasan dan "REM" boleh menyebabkan anjing bangun dan berlari ke dinding dalam tidur mereka.

Rawatan terhadap masalah gangguan tidur berbeza-beza. Narcolepsy tidak dapat diubati tetapi boleh diurus. Apnea tidur mungkin memerlukan pembedahan untuk memperbaiki saluran udara yang terhalang. Melatonin, akupunktur, dan ubat-ubatan herba boleh membantu dengan insomnia, tetapi doktor veterinar kadang-kadang akan menetapkan diet khas yang tinggi dalam asid lemak omega-3 dan antioksidan.

3. Alzheimer’s

haiwan penyakit nyanyuk

Alzheimer’s atau bahasa mudahnya nyanyuk mungkin biasa didengari terutamanya bagi manusia yang sudah berumur. Haiwan yang berumur bukan sahaja akan menjadi lemah secara fizikal, tetapi juga menghidapi sindrom disfungsi kognitif atau CDS (cognitive dysfunction syndrome), sejenis demensia yang khusus kepada kucing dan anjing dan yang mirip dengan Alzheimer pada manusia.

Apa yang luar biasa mengenai CDS dalam kucing dan anjing adalah bahawa penyakit seperti Alzheimer ini tidak muncul dalam banyak haiwan. Rawatan untuk CDS tertumpu kepada usaha memperlahankan perkembanganya melalui diet dan senaman.

4. Obsessive-compulsive disorder (OCD)

haiwan anjing mengalami penyakit mental ocd

OCD boleh digambarkan sebagai obsesi melampau terhadap sesuatu perkara sehingga menyebabkan perkara buruk. Contohnya, kucing yang terlalu gemar menjilat bulu mereka untuk membersihkannya sehingga bulu-bulunya mengalami keguguran. Anjing dan kucing adalah antara haiwan yang berisiko mempunyai OCD.

Menariknya, melalui kajian yang dibuat didapati sesetengah baka anjing mempunyai risiko lebih tinggi untuk mempunyai OCD. Baka Dobermans misalnya, 28% daripada anjing ini mempunyai OCD. Rawatan untuk haiwan yang mempunyai OCD adalah seperti kebanyakan rawatan kesihatan mental. Doktor biasanya akan melihat dengan teliti terhadap kelakuan dan persekitaran terjadinya OCD tersebut untuk mencadangkan rawatan selanjutnya.

5. Austisma

kucing haiwan menghadapi masalah autisme autistik

Austism dalam kalangan manusia merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi malah boleh dikatakan masyarakat juga semakin peka terhadap golongan ini. Haiwan juga berisiko mempunyai autism dan antara haiwan yang berisiko adalah anjing dari baka Bull Terriers.

Baka ini dikenali dengan tingkah laku yang aneh, termasuk obses mengejar ekor, mengunyah dan aktif bermain. Nicholas Dodman, seorang veterinar di Tufts University, telah mengkaji kanak-kanak autisma bersama Bull Terriers untuk melihat sekiranya terdapat persamaan antara kedua.

Dua bahan kimia dalam darah yang dikaitkan dengan autisma, neurotensin dan hormon pelepas kortikotropin telah diuji di kalangan kanak-kanak autisme, Bull Terriers dan kumpulan kawalan. Bahan kimia ini didapati lebih tinggi di kedua-dua kanak-kanak dan anjing. Penyelidik seperti Dodman berharap penyelidikan mengenai autisma pada anjing boleh membantu memberikan gambaran mengenai autisma pada manusia.

6. Pica

kucing suka gigit baju kusyen sofa langsir

Sesetengah pemilik anjing dan kucing mungkin mengalami saat mengerikan apabila haiwan mereka melakukan sesuatu yang "gila" seperti mengoyakkan sofa, makan kertas dan sebagainya. Apabila haiwan memakan sesuatu yang bukan makanan, ia dipanggil Pica.

Pica boleh menyebabkan pelbagai kesulitan kecil kepada gangguan yang mengancam nyawa. Apabila pica disebabkan oleh kekurangan nutrisi atau masalah pergigian, ia agak mudah untuk dirawat. Walau bagaimanapun, pica sering disebabkan kebimbangan atau kebimbangan disisihkan. Apabila ini berlaku, ia boleh menjadi lebih sukar untuk dirawat, tetapi meluangkan lebih banyak masa dan bermain dengannya kadang-kadang dapat menyelesaikannya.

7. Trichotillomania

kucing jilat bulu berlebihan

Trichotillomania atau singkatannya Trich, adalah gangguan kompulsif yang menyebabkan pesakit menjilat bulu mereka tanpa kawalan dan sebab-sebab bukan kosmetik (bukan untuk tujuan membersihkannya). Untuk haiwan, jilatan pada bulu mereka secara berlebihan ini selalunya merupakan tindak balas kepada tekanan.

Bagi kebanyakan orang, membantu haiwan yang mempunyai trich adalah dengan menyesuaikan persekitarannya, meluangkan masa bersamanya dan berharap ia akan pulih dengan sendirinya.

Kredit:

  1. Science Focus
  2. PetMD
  3. Texas A&M University
  4. National Geographic 
  5. American Animal Hospital Association



Hakcipta iluminasi.com (2017)