Teori konspirasi berkenaan pandemik Covid-19 memang disebar secara berleluasa.

Bermula daripada dakwaan penggunaan tiang isyarat 5G mampu mempengaruhi tahap jangkitan, sehinggalah dakwaan wujud mikrocip dalam vaksin - kesemuanya cuba membawa logik yang tampak logik tetapi boleh disangkal dengan fakta.

Namun satu dakwaan konspirasi tentang virus penyebab Covid-19 tampak belum reda, berkait dengan dakwaan virus tersebut sebenarnya terlepas dari makmal di Wuhan, China.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Wujudkah asas kepada dakwaan tersebut? Berikut adalah lima tokoh berstatus pakar perubatan yang cuba membincangkan dakwaan tersebut, tetapi berdepan kesukaran dalam berkongsikan pandangan mereka.

1. Prof. Angus Dalgleish dan Dr. Birger Sorensen

dalgleish sorensen covid 19 makmal lab

Kami sudah menulis panjang lebar berkenaan dakwaan dua orang pakar perubatan dari Britain dan Norway ini, berkait tuduhan mereka bahawa mereka menemui bukti berlakunya perubahan tidak semula jadi pada sampel virus yang mereka terima.

Keduanya terlibat sejak awal dalam pembangunan vaksin bagi tujuan pencegahan virus SARS-CoV-2, mengeluarkan amaran tentang kemampuan virus tersebut yang agak luar biasa serta mampu mengurangkan keberkesanan vaksin dalam jangka masa panjang.

Semua dakwaan mereka yang didokumenkan, disanggah sebahagian besar pakar perubatan yang mendakwa pendapat tersebut terlalu berpaksikan kepada teori konspirasi.

2. Dr. Jesse Bloom

dr jessee bloom lab

Sekumpulan saintis diketuai oleh Dr. Jesse Bloom dari Bloom Lab, Fred Hutchinson Cancer Research Center mengetuai inisiatif mengeluarkan kenyataan mendesak siasatan punca datangnya virus SAS-CoV-2 dilakukan semula secara lebih telus.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 14 Mei 2021 menerusi jurnal perubatan Science, kumpulan diketuai Dr. Bloom merasakan berlakunya ketidak adilan terhadap laporan yang dikeluarkan WHO semasa menyiasat makmal virologi di China - sejak awal sudah menidakkan kemungkinan berlakunya kebocoran.

Kumpulan penyelidik itu mendesak agar punca pandemik ini perlulah diambil kira semua aspek hipotesisnya, termasuklah andaian berlaku kebocoran makmal atau kesilapan manusia berdasarkan data-data yang ada tanpa sewenang-wenangnya menidakkan sebarang bentuk kemungkinan seperti sebelum ini.

3. Pendedahan jangkitan lebih awal di China yang didiamkan

makmal virologi wuhan

Dalam satu pendedahan mengejutkan yang hanya berlaku pada 23 Mei 2021, Wall Street Journal mengeluarkan laporan yang mendakwa terdapat bukti risikan menunjukkan 3 orang petugas di Institut Virologi Wuhan, telah pun dijangkiti simptom mirip Covid-19 seawal bulan November tahun 2019.

Hasil maklumat inilah sebenarnya yang menjadi hujah bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam mendakwa sejak mula China sebenarnya telah menyembunyikan apa yang berlaku bagi melindungi kesilapan di makmal tersebut.

Pendedahan ini mendapat reaksi keras China dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan Kementerian Luar China, mmenuduh Amerika Syarikat sengaja mengulangi topik basi untuk membentuk persepsi masyarakat dunia 

4. Dr. Anthony Fauci

anthony fauci covid teori ciptaan makmal

Salah seorang tokoh paling kerap disebut semasa pandemik Covid-19 adalah Dr. Anthony Fauci, jurucakap rasmi bidang perubatan kerajaan Amerika Syarikat dalam menangani masalah pandemik.

Dalam satu sesi temubual maya bersama agensi media Politifact pada 12 Mei 2021, Dr. Fauci diajukan soalan panas "adakah virus penyebab Covid-19 bersifat semulajadi serta telah menjalani evolusi secara sendiri?"

Jawapan yang beliau berikan tidak menjawab secara terang, namun lebih bersifat terbuka menggesa agar siasatan lebih telus dapat dilakukan bagi membolehkan kita memahami dan mengetahui apakah punca sebenar virus tersebut.

Jawapan ini sedikit berbeza dengan pandangan beliau sebelum ini, yang nyata  berpegang kemungkinan virus tersebut bukan bersifat semulajadi adalah rendah.

Hasil daripada pandangan tersebut, pihak media mula melakukan permohonan mahkamah bagi mendapatkan salinan emel akaun rasmi kerajaan yang digunakan Dr. Fauci.

Kebenaran ini mendedahkan bagaimana dia sebenarnya telah pun mempertimbangkan hipotesis tersebut sejak mula tetapi memilih untuk tidak mengumumkannya, atas faktor peribadi.

5. Dr. Li Meng-Yan

dr li meng yan china covid lab leak

Jika anda bukan salah seorang yang mengikuti perkembangan teori konspirasi berkait Covid-19, nama Dr. Li-Meng Yan mungkin asing bagi anda.

Beliau adalah antara individu yang terawal secara berani menerbitkan jurnal-jurnal penyelidikan berdasarkan kajian sendiri yang mendakwa virus penyebab Covid-19 mempunyai sifat-sifat bukan virus semulajadi.

Dalam erti kata lain, sejak mula beliau menyimpulkan bahawa virus tersebut ciptaan makmal. LLaporanyang diterbitkannya bagaimanapun disanggah sebagai tidak berasas oleh majoriti penyelidik di China.

Ekoran tindakan berani matinya, Dr. Li mula diburu sehingga terpaksa hidup dalam persembunyian di negaranya sendiri sebelum berjaya melarikan diri ke Amerika Syarikat.

Dalam laporan yang ditulis beliau, beliau mendakwa virus asal SARS-CoV-2 datang daripada haiwan kelawar diambil daripada kawasan Zoushan di China, diubahsuai di Institut Virologi Wuhan oleh pakar di situ.

Menyifatkan virus tersebut sebagai senjata bio yang sangat berbahaya, kini Dr. Li terpaksa berhadapan dengan serangan siber setiap hari serta terpaksa memutuskan hubungan dengan keluarga beliau yang ditinggalkan di China bagi menjamin keselamatan mereka yang ditinggalkan.

6. Dr. Robert Redfield

robert redfield lab wuhan leak covid

Pada bulan Mac tahun 2021, dalam satu temuramah bersama CNN, bekas pengarah jabatan kesihatan Amerika Syarikat CDC, Dr. Robert Redfield tanpa berselindung menyebut berdasarkan kepada sampel virus yang telah dilihatnya; hanya perubahan dalam makmal mampu melahirkan virus sebegitu rupa bukan kuasa alam.

Beliau menyebut berdasarkan pengalamannya menangani virus, tahap efisien yang ditampakkan SARS-CoV-2 dalam menjangkiti manusia adalah sesuatu yang sangat luar biasa boleh berlaku.

Menurut beliau apabila sesuatu virus itu telah pun mempunyai kemampuan untuk menyerang manusia - virus tersebut perlu menjalani proses mutasi dan evolusi yang mengambil masa panjang sebelum mampu mencapai kadar yang dapat kita saksikan sekarang dengan jangkitan Covid-19.

Walaupun menyatakan semua yang disebut adalah pandangan beliau semata-mata, Dr. Redfield turut menafikan wujudnya kemungkinan virus itu berpindah dari kelawar ke manusia seperti yang didakwa kerajaan China disebabkan oleh kadar jangkitannya yang terlalu hebat.

Apa yang sangat mengelirukan beliau sendiri ketika ini, dalam kenyataan bulan Jun 2021 selepas temuramah tersebut - dia telahpun menerima ugutan bunuh bukan dari kumpulan samseng atau ahli politik, sebaliknya dari kumpulan saintis sendiri yang kurang senang dengan pandangan diutarakan beliau.

Dr. Redfield menyifatkan adalah sesuatu yang sangat aneh sekumpulan saintis sanggup menidakkan hipotesis, fakta dan data yang ada hanya untuk mempertahankan kerajaan China daripada terus dituduh sepatutnya bertanggungjawab mencipta pandemik yang sedang berleluasa.




Hakcipta iluminasi.com (2017)