Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kucing tidak boleh rasa benda-benda manis.

Sesetengah makanan bukan sahaja tidak memberikan apa-apa rasa kepada kucing, tetapi juga sangat berbahaya bagi kesihatan kucing.

Jadi, anda mungkin rasa anda adalah seorang tuan yang baik tetapi dalam masa yang sama anda membahayakan haiwan peliharaan anda.

Sebagai contoh, daging dan ikan mentah tidak patut diberikan kepada kucing. Ini kerana makanan-makanan ini boleh mengandungi bakteria dan parasit yang tahan terhadap antibiotik dan boleh menyebabkan penyakit yang teruk.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Malah, terdapat juga makanan makanan yang beracun kepada kucing dan mampu membunuh. iluminasi.com kongsikan 6 jenis makanan yang tak patut diberikan kepada kucing.

1. Susu dan produk tenusu

susu tidak baik untuk kucing

Ini adalah antara makanan/minuman yang paling kerap diberikan kepada kucing. Kebanyakan kucing dewasa mempunyai intoleransi terhadap laktosa.

Walaupun kucing-kucing ini mungkin menyukai rasa susu dan produk tenusu, ia tidak sepatutnya diberikan kepada haiwan ini kerana ia sangat berbahaya kepada perut.

Pengambilan tenusu oleh kucing boleh menyebabkan muntah-muntah dan cirit-birit. Sekiranya kucing anda haus, berikannya air adalah pilihan terbaik.

2. Coklat dan gula-gula

jangan berikan coklat dan gula gula kepada kucing

Terdapat 2 bahan dalam coklat yang sangat membahayakan kucing, iaitu kafein dan theobromine. Kedua-dua bahan ini mudah diserap oleh tubuh manusia, tetapi tidak bagi kucing.

Sebaik sahaja kucing memakan coklat, bahan-bahan ini menjadi toksik kepada badan dan boleh menyebabkan kegagalan hati.

Ia juga tidak disyorkan untuk memberi gula-gula kepada kucing.

Banyak gula-gula dimuatkan dengan gula yang boleh membahayakan kesihatan kucing, sama seperti bagi manusia. Juga, sesetengah gula-gula juga boleh meracuni kucing serta membuat haiwan ini tercekik.

3. Telur mentah

jangan berikan telur mentah kepada kucing

Mungkin ini jarang berlaku, tetapi tetap perlu diingatkan kerana sangat berbahaya. 

Telur mentah tidak boleh diberikan kepada kucing. Dalam keadaan mentah, telur mungkin mempunyai bakteria di dalamnya yang boleh menjejaskan usus kucing.

Selain itu, terdapat protein di dalam telur mentah yang sangat sukar untuk diserap oleh sistem badan kucing dan boleh menyebabkan kekurangan vitamin.

Sekiranya anda ingin memberi kucing anda makan telur, anda perlu masak terlebih dahulu dan adalah lebih baik untuk mencampurkan telur tersebut ke dalam makanannya. 

4. Bawang merah, bawang putih dan kucai 

kucing makan bawang

Walaupun dalam jumlah yang kecil, makanan-makanan ni boleh menjadi sangat berbahaya kepada kucing.

Memakan bawang merah, bawang putih, dan kucai boleh menyebabkan perkembangan anemia hemolitik dalam badan kucing dan membuatkan sel darah merah menjadi rapuh.

Dalam kes ini, kucing akan berasa sesak nafas, sakit perut dan kencing tidak berwarna.

5. Anggur dan kismis

jangan beri anggur dan kismis kepada kucing

Makanan ini mungkin sedap dan berkhasiat untuk manusia, namun ia memberikan kesan sebaliknya kepada kucing.

Makanan ringan yang sihat untuk manusia ini sebenarnya boleh menyebabkan masalah serius kepada haiwan ini.

Anggur dan kismis sangat toksik kepada kucing dan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang. Ini boleh berkembang kepada penyakit buah pinggang yang serius.

Sebab-sebab ke atas tindak balas ini masih belum diketahui.

6. Kekacang 

jangan berikan kekacang kepada kucing

Kacang sangat tinggi lemak dan boleh menyebabkan kenaikan berat dengan cepat bagi kucing.

Walaupun kacang mengandungi protein dan lemak yang sihat bagi manusia, kucing tidak boleh mencerna khasiat-khasia ini dengan mudah.

Tahap lemak yang tinggi juga boleh menyebabkan masalah kepada perut kucing yang boleh mengakibatkan muntah.

Rujukan:

1. Cat Time

2. Makanan Manusia Berbahaya Kepada Kucing

3. Preventive Vet




Hakcipta iluminasi.com (2017)