Negeri Selangor merupakan medan panas pertembungan politik di negara kita, berikutan kedudukannya sebagai negeri paling maju dan mewah di Malaysia. 

Persengketaan politik yang boleh wujud melibatkan ahli-ahli politik dan parti kadangkala mampu membuatkan kita lupa, di sebalik semua sengketa yang ada; Selangor sebenarnya mempunyai undang-undang sendiri yang eksklusif pelaksanaannya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tahukah anda beberapa undang-undang unik di negeri Selangor yang memang termaktub ada? Berikut adalah lima yang kami rasa menarik untuk dikongsikan kepada anda.

1. Definisi 'Orang Tua-Tua'

undang undang selangor yang anda tak tahu ada

Tahukah anda di negeri Selangor, semua lelaki dewasa mempunyai definisi sendiri? 

Negeri Selangor mengamalkan pengenalan istilah 'orang tua-tua' untuk digunapakai ke atas semua lelaki Melayu Selangor dengan beberapa syarat. Lelaki itu mestilah lelaki (of course la!), beragama Islam mengikut mazhab Shafie, berusia tidak kurang daripada 35 tahun, diakui anak kelahiran negeri Selangor yang sah taraf dan wajib membaca serta menulis dalam Bahasa Melayu.

Penulis bukan 'orang tua-tua' Selangor kerana lahir di negeri berbeza. Anda pula bagaimana?

2. Pemangku Raja tidak semestinya berdarah raja

sultan selangor undang undang tubuh negeri

Dalam undang-undang tubuh negeri Selangor, sudah tersedia satu dasar yang akan digunapakai sekiranya Sultan Selangor yang sah tidak mencapai tahap kedewasaan minima yang ditetapkan.

Seorang Sultan Selangor hanya boleh dilantik sekiranya dia sudah mencapai usia 21 tahun mengikut kalendar Hijrah. Mesti ramai yang tahu fakta ni kan? 

Seandainya Sultan Selangor yang sah sebagai pewaris belum mencapai usia yang ditetapkan, seorang Pemangku Raja boleh dilantik dari kalangan orang biasa, asalkan dia dilahirkan di Selangor dan menganut agama Islam.

3. Elaun seumur hidup Sultan yang melepaskan takhta

istana alam shah selangor

Bukan semua individu mahu menjadi ketua negeri, begitulah juga dengan Sultan.

Dalam situasi di mana seseorang Sultan Selangor yang sah berhasrat mahu melepaskan takhta, baginda boleh menarik diri dengan mengemukakan dokumen yang dinamakan Surat Cara.

Setelah surat itu diterima, (bekas) Sultan Selangor itu dianggap sudah melepaskan dirinya daripada semua jenis hak dan tuntutan yang ada pada Baginda ke atas negeri Selangor. 

Sekiranya seorang Sultan Selangor melepaskan kuasa, Baginda masih berhak mendapat elaun seumur hidup tetapi jumlahnya hanya dihadkan kepada 1/4 daripada jumlah penuh yang sepatutnya Baginda perolehi. 

4. Hanya individu Melayu dan Islam boleh menjadi Menteri Besar

azmin ali menteri besar selangor

Oleh kerana rapatnya Islam sebagai agama dan Melayu sebagai identiti masyarakat Selangor, ketua kepada badan eksekutif kerajaan negeri Selangor atau lebih kita kenali sebagai Menteri Besar juga harus memegang identiti ini. 

Kuasa untuk melantik Menteri Besar pula jatuh sepenuhnya kepada budi bicara Sultan Selangor, di mana Baginda diberikan pilihan untuk memilih Menteri Besar berpandukan kepada undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor atau mengenepikan peruntukan yang ada, bagi membolehkan Menteri Besar yang Baginda rasakan sesuai dilantik.

5. Kedudukan istimewa orang Melayu dalam sistem sosial Selangor

pengundi selangor pilihanraya

Salah satu isu yang sering dibangkitkan dalam konteks politik, adalah berkenaan isu kelebihan atau keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu. Kami jelaskan topik ini hanya untuk merujuk kepada negeri Selangor saja ya!

Di Selangor, memang wujud beberapa perkara melibatkan pentadbiran kerajaan negeri yang mengiktiraf kedudukan orang Melayu. Sultan Selangor mempunyai hak untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu. Ini antara tanggungjawab Baginda.

Kerajaan negeri Selangor juga menurut undang-undang perlembagaan negeri itu sendiri, akan memastikan wujud rizab bagi orang Melayu untuk berkhidmat dalam jawatan perkhidmatan awam, menyediakan rizab biasiswa, danasiswa, latihan dan kemudahan khusus untuk rakyat Selangor berbangsa Melayu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)