GPS (Global Positioning System) merupakan rangkaian satelit di angkasa yang menyediakan maklumat lokasi dan waktu secara tepat kepada penerima GPS di bumi.

Uniknya, walaupun dibangunkan dengan menggunakan teknologi yang maju serta memerlukan penyelenggaraan yang sudah pastilah tinggi kosnya, GPS adalah perkhidmatan percuma.

Pernahkah anda tertanya kenapa sistem kemudahan sebegini rupa, mampu disediakan kepada mana-mana pengguna di bumi tanpa sebarang bayaran, berbeza dengan banyak tawaran perkhidmatan lain yang ada?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut penjelasan mengapa GPS adalah percuma.

1. GPS dibangunkan menggunakan dana awam

rakyat amerika membiayai gps

GPS dibiayai dan diselia oleh kerajaan Amerika Syarikat, khususnya Angkatan Udara Amerika Syarikat sebagai sebuah perkhidmatan awam.

Pembangunan dan penyeliaan satelit GPS serta stesen kawalan yang terletak di darat, memerlukan pelaburan dana awam yang besar, menyebabkan kemudahan yang telah berjaya dibangunkan dianggap harus dibuka untuk kegunaan umum.

2. Melindungi keselamatan tentera dan orang awam

politik pengaruh geo strategik

Pada awalnya tujuan sebenar GPS dibangunkan adalah untuk pengaplikasian ketenteraan, sebagai sistem sokongan kepada sistem navigasi dan penentuan sasaran.

Bagaimanapun selepas kerajaan Amerika Syarikat menyedari potensi GPS untuk kegunaan awam, mereka membuat keputusan untuk menyediakan sistem GPS untuk umum bagi menyokong keselamatan, perdagangan, dan pelbagai aplikasi di peringkat sivil.

3. Menjalin kerjasama antarabangsa

sistem komunikasi satelit

Walaupun Amerika Syarikat mengendalikan sistem GPS, perkhidmatan ini tersedia untuk digunakan di seluruh dunia.

Kerajaan Amerika Syarikat menggunakan sistem milik mereka ini sebagai salah satu senjata ampuh geopolitik, menggalakkan kerjasama dan kesepakatan di peringkat antarabangsa, dalam menekan secara halus agar perkhidmatan GPS dikekal secara global.

4. Memberi manfaat ekonomi

kewangan belanjawan amerika syarikat

Membuka sistem GPS secara percuma sebenarnya memberikan manfaat ekonomi yang besar kepada negara pengendalinya.

GPS telah membantu menyumbang kepada revolusi pelbagai industri, khususnya dalam bidang pengangkutan, logistik, penerbangan, dan pertanian dengan menyediakan maklumat kedudukan, navigasi, dan waktu yang tepat.

Industri-industri yang dinamakan akhirnya mempunyai kebergantungan kepada teknologi GPS untuk dikekalkan aksesnya, selain keperluan meningkatkan kecekapan, keselamatan, dan produktiviti.

5. Memperkembangkan pengaruh strategik

hubungan serantau amerika syarikat kepentingan gps

Dengan membuka GPS sebagai perkhidmatan percuma, Amerika Syarikat telah melebarkan pengaruh strategik dan diplomatik ke tahap global.

Kerajaan negara-negara luar akan turut mendapat manfaat hasil penggunaan GPS dalam merencanakan dasar mereka sendiri, dengan GPS memainkan peranan sangat besar dalam aspek seperti negara dilanda kecemasan, keperluan pengurusan bencana, dan pembangunan infrastruktur.

Berapakah kos tahunan GPS yang ditanggung Amerika Syarikat?

Dianggap sebagai salah satu aset utama milik kerajaan Amerika Syarikat, kos penyelenggaraan dan pengendalian sistem GPS dibiayai melalui Jabatan Pertahanan negara itu.

Walau bagaimanapun jumlah bajet tahunan yang diperuntukkan untuk GPS tidak didedahkan kepada orang awam.

Bajetnya dikatakan cukup besar kerana merangkumi perbelanjaan berkaitan dengan pembangunan, pelancaran dan penyelenggaraan satelit, stesen kawalan darat dan infrastruktur keseluruhan yang perlu dibina.

Selain Amerika Syarikat, beberapa negara lain turut mengendalikan sistem navigasi satelit sendiri. Sistem seperti GLONASS Russia dan BeiDou China, namun setakat ini GPS tetap dianggap standard utama di kalangan pengguna di seluruh dunia.

Jenama 'GPS' sudah sebati dengan keperluan navigasi satelit kita.




Hakcipta iluminasi.com (2017)