Oleh pada 22 Jun 2023 kategori

Panas betul cuaca sekarang ni kan? Setiap masa mudah kita merasakan tekak kering, meminta-minta air.

Walaupun digalakkan minum air ketika cuaca panas, terdapat beberapa jenis minuman yang tidak disyorkan untuk diminum; kerana boleh menyebabkan dehidrasi atau memburukkan lagi keadaan.

Senang cerita, lagi banyak anda minum - lagi dahagalah anda. Berikut adalah beberapa minuman yang sebaiknya dielakkan dalam cuaca panas:

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Minuman beralkohol

alkohol patut dielakkan

Kami yakin majoriti pembaca Iluminasi tak sentuh minuman alkohol, namun tetap perlu kami senaraikan di sini.

Alkohol mempunyai sifat diuretik, merangsang pengeluaran air kencing yang boleh menyebabkan dehidrasi pada tubuh kita. Minuman beralkohol juga mengganggu kesimbangan elektrolit tubuh, yang berperanan mengekalkan tahap hidrasi yang baik.

Oleh itu elakkan minuman beralkohol pada cuaca panas dan gantikan dengan minuman yang lebih menjaga hidrasi.

2. Minuman berkafein tinggi

kopi teh minuman elak cuaca panas

Minuman seperti kopi dan teh hitam boleh meningkatkan pengeluaran air kencing dan menyebabkan dehidrasi.

Kafein juga  mempengaruhi penyerapan air oleh badan. Jika minuman berkafein diminum dalam jumlah yang banyak, ia akan mempercepatkan proses dehidrasi.

Sekiranya anda memerlukan hidrasi yang baik, elakkan minuman berkafein dan pilihlah minuman yang tidak mengandungi kafein. 

3. Minuman tinggi gula

kopi kafein teh tinggi gula

Minuman yang mengandungi gula tinggi seperti minuman bergas, minuman berperisa dengan gula tambahan, atau minuman botol yang tinggi kandungan gula harus dielak pada cuaca panas.

Kandungan gula yang tinggi dalam minuman ini menyebabkan tahap hidrasi tubuh yang tidak seimbang dan boleh menyebabkan peningkatan gula darah secara tiba-tiba.

Sebagai ganti, pilih minuman yang rendah gula. Lebih baik lagi, minum air kosong atau air kelapa yang tidak dicampur pemanis.

4. Minuman berkarbonat dengan kafein

air berkabonat berkafein

Minuman seperti kola,  atau minuman tenaga berkafein mengandungi kombinasi kafein dan gas yang menggalakkan pengeluaran air kencing lebih banyak.

Ini akan meningkatkan risiko dehidrasi pada cuaca panas. Untuk menghindari dehidrasi dan menjaga kesegaran dalam cuaca panas, lebih baik memilih minuman yang mengandungi air, elektrolit, dan rendah gula.

5. Minuman dengan kadar sodium tinggi

jus tomato tinggi nutrien

Minuman yang berkhasiat biasanya merujuk kepada minuman yang mengandungi kandungan natrium tinggi. Natrium merupakan elektrolit penting yang diperlukan untuk mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan.

Namun bila kita mengambil terlalu banyak natrium, akan menyebabkan kesan sebaliknya pula disebabkan semakin tinggi keperluan badan kita terhadap air.

Natrium menyerap air dan boleh menyebabkan kehilangan cecair dalam badan yang tinggi melalui air kencing, mengganggu keseimbangan cecair dalam badan dan menyumbang kepada nyahhidratan.

Pengambilan natrium yang berlebihan juga boleh mempengaruhi fungsi buah pinggang, menyebabkan buah pinggang merembes lebih banyak air dan berpotensi menyebabkan terdehidrasi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)