Oleh pada 25 Oct 2017 kategori

Kejuruteraan merupakan satu kerjaya memerlukan kepakaran yang tinggi dan proses pembelajaran untuk mendapat ijazah dalam kejuruteraan memerlukan kecekalan kerana proses pembelajarannya bukanlah mudah. Pekerjaan jurutera sedang berkembang pesat dan mempunyai peluang yang cerah dalam dunia global hari ini.

Penulis membuat senarai ini berdasarkan laporan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang dibuat untuk menganggarkan permintaan kursus ini dalam jangka masa 5-10 tahun dan menurut laporan ini kursus kejuruteraan ini akan terus berkembang sehingga masa hadapan. Kursus kejuruteraan akan berubah mengikut permintaan ekonomi semasa

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Kejuruteraan Kimia

jurutera kimia

Kejuruteraan kimia banyak mendapat permintaan terutamanya bagi mereka yang bekerja dalam bahagian cari gali minyak. Jurutera kimia bukan sahaja boleh bekerja dalam bahagian kejuruteraan tetapi boleh juga masuk ke bahagian industri pemprosesan produk yang diguna setiap hari seperti ubat-ubatan, sabun dan makanan

Jurusan kejuruteraan kimia dapat masuk ke bahagian lain kerana tugas utama mereka ialah untuk mengaplikasikan ilmu sains dalam menginovasikan proses-proses dan produk-produk seharian. Mereka menukarkan bahan-bahan kimia mentah kepada produk yang kita guna hari ini seperti proses pembuatan sabun daripada minyak kelapa sawit.

4. Kejuruteraan Elektronik

jurutera elektronik

Teknologi dan gajet hari ini dapat diinovasikan kerana sumbangan jurutera elektronik. Kursus ini merupakan pecahan bidang kejuruteraan elektrik kerana kursus kejuruteraan elektronik ini memerlukan kepakaran lebih dalam menghasilkan produk yang diguna pakai hari ini.

Disebabkan perkembangan teknologi yang semakin berkembang luas seperti penghasilan telefon pintar touchscreen yang tidak lagi memerlukan papan kekunci, permintaan dalam bidang kejuruteraan ini semakin meningkat. Kursus ini mendapat peluang yang cerah pada hari ini dan mampu untuk memajukan lagi negara kita.

3. Kejuruteraan Awam

kejuruteraan awam

Kejuruteraan awam melibatkan proses mereka, pembinaan dan penyelenggaraan bangunan-bangunan yang kita lihat pada hari ini. Malaysia sedang berkembang pesat dan banyak bangunan-bangunan yang dicadangkan akan dibina jadi ini memerlukan kepakaran kejuruteraan awam.

Tidak dapat dinafikan permintaan pekerjaan bagi pemegang ijazah kejuruteraan awam. Banyak syarikat yang memerlukan kepakaran ini dan bukan sahaja tertakluk kepada bangunan sahaja tetapi jalan raya, pengangkutan awam, jambatan dan banyak lagi. Ini menambahkan nilai permintaan bagi mereka yang mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan awam.

2. Kejuruteraan Elektrikal

kejuruteraan elektrikal

Dunia hari ini tidak lagi seperti dahulu kerana elektrik sudah menjadi seperti satu kewajiban buat semua rakyat Malaysia. Kipas dan lampu hari ini masih dapat berfungsi kerana wujudnya elektrik dan menjadi satu tanggungjawab jurutera elektrikal untuk memastikan elektrik ini berfungsi.

Dimana sahaja memerlukan kepakaran elektrik, di situ adanya pekerjaan untuk jurutera elektrik. Permintaan ini terus meningkat tinggi selaras dengan arus perkembangan teknologi dan negara yang pesat membangun. Malaysia akan terus meningkatkan kemajuannya jadi sudah tentu kepakaran jurutera elektrikal diperlukan bagi mencapai hasrat ini.

1. Kejuruteraan Mekanikal

jurutera mekanikal

Jurutera mekanikal merupakan kursus yang sangat popular dalam mereka yang mengambil kursus kejuruteraan. Menurut laporan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia pada tahun 2006, dianggarkan sebanyak 24% permintaan akan meningkat dari 58000 kepada 72000 dalam jangka masa 10 tahun.

Kursus mekanikal ini sangat popular disebabkan fleksibiliti graduannya untuk bekerja dalam industri yang berlainan. Mereka yang memegang ijazah ini boleh mendapat pekerjaan dalam industri penerbangan, automotif dan macam-macam lagi. Jurutera mekanikal ini diperlukan di mana-mana sahaja bukan sahaja untuk membuat kapal terbang tetapi juga diperlukan untuk membuat cakera keras (hard drive)

sumber:https://eduspiral.com/2013/06/26/engineering-jobs-demand-good-malaysia/




Hakcipta iluminasi.com (2017)