Kemewahan telah menjadi sebahagian daripada keperluan manusia selama berabad-abad lamanya. Bagi sektor perhotelan pula, kemewahan adalah keutamaan. Hotel pada masa kini penuh kemodenan dan berteknologi tinggi hanya untuk menyediakan kemewahan yang diinginkan para pelanggan yang mampu.

Walaupun hotel kini boleh ditemui di mana-mana sahaja, namun beberapa hotel yang kami ingin kongsikan ini dianggan sebagai hotel bertaraf "7 bintang". Walaupun pengiktirafan rasmi hotel hanya setakat 5 bintang sahaja, namun beberapa hotel ini dianggap lebih daripada itu kerana beberapa faktor seperti layanan, teknologi, kemewahan, seni bina dan pelbagai lagi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Marina Bay Sands - Singapura

Marina Bay Sands merupakan sebuah resort bersepadu di Singapura. Marina Bay Sands yang dimiliki oleh syarikat Las Vegas Sands ini merupakan bangun kedua paling mahal di dunia. Hotel Marina Bay Sands ini mempunyai 2,561 buah biilik.

Dibuka pada tahun 2010, Marina Bay Sands juga mempunyai beberapa kemudahan seperti teater, dewan pameran, tapak hiburan, pasaraya, restoran "celebrity chef" terkenal dan juga "infinity Pool" yang merupakan kolam renang atas bumbung paling besar di dunia. Ia dibina di atas tanah seluas 15.5 hektar.

ruang tamu chairman suite marina bay sands

Ruang tamu Chairman Suite Marina Bay Sands

Dengan segala kemudahan yang mewah yang disediakan oleh hotel terkenal di Singapura ini, kadar bilik hotel bermula dari serendah RM1,000 semalam dan bilik yang paling mahal pula adalah Chairman Suite bernilai RM 51,300 semalam. Sekiranya anda mampu atau berpeluang bermalam di sini, jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar hotel mewah ini untuk dimuat naik ke dalam Instagram anda.

4. Town House Galleria - Italy

town house galleria milan

Town House Galleria ini terletak di Milan yang merupakan ibu kota fesyen dunia. Hotel mewah ini adalah yang pertama dinobatkan sebagai hotel bertaraf 7 bintang. Town House Galleria ini mempunyai 20 bilik mewah yang terkenal dengan rekaan dalaman, layanan dan kemewahannya. Ia terletak di kawasan membeli belah mewah yang terkenal iaitu Galleria Vittorio Emanuele.

ruang tamu hotel town house galleria

Ruang tamu Suite Town House Galleria

Hotel mewah yang terletak pada bahagian atas beberapa butik mewah seperti Prada, Versace dan lain-lain lagi ini mempunyai rekaan bilik yang berbeza antara satu sama lain. Setiap rekaan dibina bagi menghormati para pemuzik terkenal di La Scala Opera.

Hotel ini menawarkan khidmat butler untuk melayan segala keperluan anda termasuk hal-hal yang terperinci seperti jenis bantal, keadaan katil, selera makan dan pelbagai lagi.

bilik di town house galleria 830

Selain layanan khas 24 jam, anda juga akan disediakan dengan kenderaan limousine siap dengan pemandu. Harga sebuah bilik di sini bermula dari harga RM 3340 ke atas. Bilik paling mahal di sini adalah Penthouse Suite di mana Raja Itali, Raja Vittorio Emanuele III sering bermalam di sini dengan harga sekitar RM 71,600. 

3. Morgan Plaza - China

hotel pangu 7 bintang

Morgan Plaza atau dikenali sebagai Hotel 7 Bintang Pangu ini merupakan antara hotel paling mewah di China. Ia dibuka pada tahun 2008 dan terkenal dengan seni binanya yang sangat baik dan mempunyai perpustakaan terbesar di China dan yang ke-4 terbesar di dunia.

lobi hotel pangu

Ruang lobi Pangu Hotel

Hotel moden ini mempunyai pemandangan indah Beijing Olympic Park di mana terletaknya Stadium "Sarang Burung" dan "Kiub Air" yang terkenal di China. Hotel ini direka oleh arkitek terkenal dengan menggunakan gaya post moden China dan reka bentuk bangunan yang melambangkan naga China.

Bangunan yang dibina berdasarkan kepercayaan feng shui ini juga mempunyai hiasan marmar Itali, sistem bunyi dari Bose, sistem lampu dari syarikat Itali iaitu Metis dan juga cadar katil menggunakan kapas Mesir yang terkenal.

bilik tidur hotel pangu

Bilik tidur Suite Pangu Hotel

Setiap pelanggan juga akan disertakan dengan perkhidmatan butler yang akan memenuhi segala keperluan anda. Harga bilik di Hotel 7 Bintang Pangu ini tidaklah semahal seperti yang anda sangka dan ianya bermula dari RM 1,300 semalam ke atas untuk bilik paling murah.

2. Burj Al Arab - Dubai

hotel burj al arab

Burj Al Arab Jumeirah yang terletak 17km di selatan Dubai ini adalah salah sebuah hotel bertaraf 7 bintang yang terbaik di dunia. Hotel Burj Al Arab ini terkenal kerana seni binanya yang moden, mewah, berteknologi tinggi dan terletak di atas sebuah pulau buatan manusia.

lobi hotel burj al arab

Lobi Hotel Burj Al Arab

Hotel Burj Al Arab ini mempunyai kira-kira 60 tingkat dan menempatkan sebanyak 202 bilik mewah serta 18 buah lif. Hotel mewah ini mempunyai beberapa kemudahan mewah seperti spa dua tingkat, dua gimnasium, dua kolam renang cantik, studio yoga, tapak helikopter mendarat dan restoran yang telah memenangi enam anugerah yang kelihatan seperti sebuah akuarium yang mengagumkan.

suite hotel burj al arab

Ruang tamu Suite Burj Al Arab

Tambahan lagi, Hotel Burj Al Arab ini mempunyai kawasan resepsi di setiap tingkat, Jacuzzi di setiap suite dan juga penangkutan mewah Rolls-Royce untuk mengambil dan menghantar anda ke lapangan terbang selain perkhidmatan butler yang tersedia 24jam untuk berkhidmat.

bilik mandi suite burj al arab 224

Bilik mandi Suite Burj Al Arab

Harga bagi sebuah bilik di hotel ini bermula serendah RM 6200 hingga RM 125,000 mengikut pakej yang anda pilih. Pastikan anda mempunyai lebihan wang yang banyak selain harga bilik kerana hampir segalanya di sini adalah mahal. 

1. Emirate Palace - UAE

hotel emirate palace

Hotel Emirate Palace yang terletak di Abu Dhabi, UAE ini adalah sebuah hotel mewah 7 bintang yang mempamerkan budaya Arab melalui seni bina dan reka bentuknya. Hotel yang merupakan lambang kemegahan hebat ini mempunyai 394 bilik dan suite. Ia dikelilingi oleh taman seluas 85 ekar dan pantai persendirian seluas 1.3 km.

lobi hotel emirate palace

Lobi Hotel Emirate Palace

Emirate Palace yang merupakan antara hotel termahal pernah dibina ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti kolam renang dengan pelbagai permainan taman tema air, gelanggang sukan, peralatan sukan air untuk dimainkan di pantai dan dua buah gimnasium.

spa hotel emirate palace

Spa Hotel Emirate Palace

Di samping itu, Hotel Emirate Palace juga mempunyai spa ekslusif dan butik-butik mewah untuk anda berbelanja. Untuk memberikan anda layanan istimewa sepanjang berada di sini, hotel ini mempunyai 1,300 orang kakitangan dari 58 negara yang berbeza.

ruang tamu suite emirate palace

Ruang tamu suite Hotel Emirate Palace

Tujuan utama hotel ini dibina bukanlah untuk keuntungan tetapi lebih kepada sebagai lambang kemegahan. Harga sebuah bilik di hotel ini boleh didapati dengan serendah RM 3000 untuk tempahan awal bilik paling asas dan boleh mencecah sehingga lebih daripada RM 50,000 semalam, mengikut pilihan bilik.




Hakcipta iluminasi.com (2017)