iluminasi lima foto termahal7 850

Pada zaman sekarang, semua orang mampu jadi jurufoto kerana kelengkapannya mudah diperolehi. Kamera pula sentiasa ada di dalam poket untuk digunakan. Walaupun begitu, apa yang membezakan jurufoto sebenar dengan jurufoto sambilan atau suka-suka adalah betapa seriusnya mereka melakukan pekerjaan itu.

Kita mungkin mengambil suka-suka kerana rasa seronok tetapi jurufoto sebenarnya setiap masa menantikan detik yang dirasakan cukup berbaloi untuk dia menekan butang kamera.

Berikut adalah senarai 5 gambar paling mahal yang telah dijual setakat ini.

5. Dead Troops Talk

iluminasi lima foto termahal6

Sebenarnya foto ini bukanlah gambar sebenar yang diambil di lokasi  dan waktu yang dikatakan. Gambar tersebut merupakan rekaan semula dalam bentuk lakonan semula dengan menggunakan model dan jurumekap, bagaimana situasi sekumpulan tentera selepas diserang hendap di Afghanistan pada tahun 1986.

Gambar ini direka dan diambil oleh seorang jurufoto bernama Jeff Wall untuk menceritakan secara halus hubungan yang terjalin di antara askar-askar yang menjadi mangsa kepada peperangan antara negara. Harga lelongan gambar tersebut mencecah RM15.86 juta.

4. To Her Majesty

iluminasi lima foto termahal2

Dua orang jurufoto yang bernama Gilbert Prousch dan George Passmore merakamkan siri 37 keping gambar yang dicetak pada tahun 1973, dijual dalam acara lelongan pada tahun 2008 dengan harga RM16.28 juta

3. Untitled #96

iluminasi lima foto termahal3

Ramai yang meragui mengapa gambar gadis berbaju jingga ini mampu membawa nilai berjuta-juta ringgit. Bagaimana gambar ini menjadi sebegitu mahal ada ceritanya sendiri. Gadis dalam gambar tersebut adalah wanita bernama Cindy Sherman yang kini menjadi salah seorang simbol inspirasi jurufoto dan pengarah filem di Hollywood. Oleh kerana kejayaan beliau pada ketika ini, itu yang membuatkan gambar beliau yang diambil sendiri itu menjadi mahal. Dijual dengan harga RM16.83 juta dalam lelongan.

2. Spiritual America

iluminasi lima foto termahal5

Kami terpaksa padamkan bahagian gambar tersebut kerana imej itu tidak sesuai untuk tontonan umum. Imej itu diambil pada tahun 1981 memaparkan bintang Hollywood terkenal satu masa dulu iaitu Brooke Shields dalam keadaan tidak berpakaian seurat benang pun, ketika baru berumur 10 tahun. Kami tak mahu ulas panjang tentang gambar ini kerana itu lebih baik.

Menjadi gambar kedua paling mahal di dunia selepas dilelong pada harga RM17.189 juta pada tahun 2014.

1. Rhein II

iluminasi lima foto termahal4 175

Memaparkan Sungai Rhine di Eropah pada tahun 1999 yang merentasi beberapa negara, Rhein II pada asalnya mempunyai watak-watak lain yang dipadamkan oleh artisnya, Andreas Gursky atas alasan gambar tersebut perlu diolah untuk memaparkan sungai yang diterjemahkan dalam bentuk moden. Dilelong pada tahun 2011 dengan harga mencecah RM18.768 juta.


tags : , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)