Karier pelakon Will Smith ketika ini berdepan gelora selepas insiden tamparan jantan yang dilakukannya terhadap Chris Rock semasa majlis anugerah Academy.

Beliau digantung daripada menyertai mana-mana majlis anjuran Academy of Motion Picture Arts and Sciences, sama ada berbentuk langsung mahupun maya selama 10 tahun bermula 8 April 2022 selepas mengumumkan perletakan jawatan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sudah melakukan permohonan maaf, kerjaya beliau sebagai pelakon nyata diuji. Beberapa filem yang dipersetujui telah mengumumkan dibatalkan atas penglibatan beliau.

Adakah karier Smith sebagai pelakon di Hollywood bakal berakhir? Kita tidak tahu.

Apa yang kita tahu, Smith sebagai pelakon mempunyai senarai filem yang prolifik dan lima filem terbaik beliau menjadi bukti persepsi ini.

1. Independence Day

will smith independence day id4

Kami berbelah bahagi sama ada mahu meletakkan filem ini atau filem 'I Am Legend' dalam senarai kami, tetapi kami memilih 'Independence Day'.

Filem ini membawa perubahan besar bukan saja kepada karier Smith, malahan melonjakkan pembangunan teknologi kesan khas dalam filem di Hollywood serta menyemarakkan kembali filem bergenre sains fiksyen.

Semasa tayangannya, Independence Day atau lebih dikenali sebagai ID4 mencetuskan fenomena, digarap dalam skop besar yang mencakupi siri novel, rancangan radio, permainan video serta siri figura.

Kempen promosi itu berjaya meletakkan ID4 sebagai filem paling laris kutipannya bagi tahun 1996. 

Smith memainkan watak seorang juruterbang yang bercita-cita ingin menjadi angkasawan.

Bergandingan dengan seorang penyelidik, lakonan aktor Jeff Goldblum - keduanya perlu mengetepikan perbezaan bagi menyelamatkan bumi selepas kehadiran makhluk asing dalam pesawat gergasi yang menutupi langit.

Pemilihan Smith sebagai pelakon utama filem ini pada awalnya mendapat tentangan produser terlibat, ekoran warna kulitnya.

Hanya selepas pengarah filem ini iaitu Roland Emmerich berjaya meyakinkan mereka bahawa Smith adalah calon terbaik bagi menggantikan pilihan awal mereka pelakon Ethan Hawke; barulah Smith ditawarkan watak tersebut.

2. Enemy of the State

will smith enemy of the state 02

Selepas kejayaan filem aksi komedi 'Men in Black' di mana Smith mencetuskan fenomena bukan saja sebagai pelakon komedi yang berjaya malahan penyanyi rap yang mengungguli carta, beliau kembali dengan watak dramatik dalam filem politik 'Enemy of the States.'

Smith memegang watak seorang peguam yang secara tidak sengaja terlibat dalam satu konspirasi melibatkan agensi kerajaan Amerika Syarikat, di mana dia dipersalahkan - menjadi kambing hitam gerakan itu.

Bagi menyelamatkan diri, wataknya mendapat bantuan seorang perisik veteran berpengalaman lakonan Gene Hackman; satu-satunya individu yang mampu membongkar apa yang berlaku serta membersihkan nama Smith.

Mendapat kutipan yang memberangsangkan, lakonan Smith dalam filem ini serta keserasiannya dengan Gene Hackman dipuji pengkritik.

3. King Richard

will smith king richard

Untuk ramai pengkritik filem, mereka melihat karier Smith agak kurang konsisten dalam hasil lakonannya serta kerap menyertai projek-projek tidak berkualiti. 

Tetapi tidak ada sesiapa pun yang mampu menyangkal penampilan Smith dalam filem 'King Richard' sebagai satu kajian watak untuk lakonan yang berada dalam satu tahap luar biasa.

Smith melakonkan watak Richard Williams, ayah kepada pasangan kembar pemain tenis Amerika Syarikat, Venus dan Serena - yang sanggup melakukan apa saja demi karier pemain tenis profesional kedua anaknya.

Tinggal di kawasan yang terkenal dengan kadar jenayah, usaha keluarga Williams walaupun berdepan suasana sukar akhirnya berhasil selepas bakat yang cuba diasah mula membawa kepada kejayaan demi kejayaan sehinggalah kedua-duanya bergelar pemain nombor 1 dunia.

Lakonan Smith dalam filem ini dipuji ramai, membawakan beliau anugerah pelakon lelaki terbaik Academy pertama dalam karier panjang Smith.

Malangnya, sebelum diumumkan pemenang, kita sudah tahu apa yang telah berlaku antara beliau dan Chris Rock yang jelas mencacatkan hari yang sepatutnya detik bahagia Smith.

4. Six Degrees of Separation

will smith six degrees of separation

Sekiranya karier filem Will Smith menjadi perbualan, jarang sekali filem Six Degrees of Separation menjadi sebutan peminat filem, melainkan dia benar-benar seorang peminat filem.

Filem ini merupakan filem rujukan kebanyakan pengarah, yang memperkenalkan mereka kepada bakat sebenar Smith sebagai seorang pelakon serius.

Ditayangkan pada tahun 1993, filem ini yang diadaptasi daripada pementasan teater dengan judul serupa, membariskan Smith sebagai seorang anak muda yang mempunyai kaliber dan karisma mempesonakan sesiapa saja yang mengenalinya.

Pengetahuannya dalam bidang seni dan sejarah serta kemampuannya untuk mengungkapkan bait-bait ayat terkenal dalam penulisan mencairkan sesiapa yang mendengar.

Namun akhirnya rahsianya terbongkar satu demi satu, mendedahkan siapakah dirinya yang sebenar. Uniknya, filem ini seperti jalan cerita asal teaternya -  tidak benar-benar menjawab semua persoalan kita.

Hadir ketika Smith sedang popular dalam siri drama TV Fresh Prince of Bel Air, kemampuan Smith memainkan watak berbeza dipuji pengkritik.i

Filem ini membuktikan bakat lakonan yang ada pada Smith bukanlah calang-calang sebenarnya, layak digarap untuk menjadi seorang aktor unggul di Hollywood.

5. Ali

will smith ali filem

Filem 'Ali' yang menceritakan kisah legenda sukan tinju dunia Muhammad Ali dikritik ekoran jalan cerita yang kurang kemasa.

Bagaimanapun, lakonan Will Smith dalam filem ini disambut baik majoriti pengkritik khasnya apabila melibatkan dedikasi beliau untuk menjayakan watak ikonik itu. 

Smith mengambil masa hampir dua tahun mempersiapkan dirinya untuk memainkan watak Muhammad Ali, mendalami kehidupan beliau serta mempelajari agama Islam.

Paling sukar adalah untuk melatih dirinya dalam sukan tinju. Tidak menghairankan berkat usahanya, Smith tercalon dalam kategori pelakon lelaki terbaik anugerah Academy tahun 2002 walaupun gagal memenanginya.

Walaupun demikian 'Ali' gagal teruk dari segi kutipan mengakibatkan kerugian lebih $100 juta.

Tarikh tayangannya yang jatuh.hampir dengan filem kedua dalam trilogi Lord of the Rings, dikatakan menjadi punca utama kegagalan filem ini.

Namun kegagalan itu tidak menghalang 'Ali' daripada menjadi filem paling disayangi Will Smith, sepanjang karier beliau dalam industri perfileman Hollywood.

Filem lain yang disyorkan : I Am Legend, I-Robot, Pursuit of Happyness, Bad Boys, Men in Black, Hancock

Elakkan :

Wild Wild West, After Earth




Hakcipta iluminasi.com (2017)