Bandar dan pekan adalah sangat penting untuk kehidupan kita. Sebagai pusat perdagangan, komuniti, dan seni, ia adalah tempat di mana perkara menarik berlaku dan kemajuan dihasilkan.

Keseluruhan tamadun telah didorong oleh bandar-bandar berkuasa seperti Rom, London, dan Paris. Tetapi kadang-kala, bandar-bandar musnah akibat alam semula jadi.

Bandar-bandar boleh bertahan daripada kebanyakan bencana alam tetapi banjir bukan salah satu daripadanya. Namun terdapat kebaikan daripada bencana banjir ini di mana ia sebenarnya boleh melindungi monumen-monumen dengan baik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 5 bandar terbiar yang kini tenggelam di bawah air.

5. Thonis-Heracleion

thonis heracleion bandar terbiar bawah air

Thonis-Heracleion hampir tidak diketahui pada hari ini, namun ia merupakan satu bandar terpenting zaman dunia kuno.

Dipaparkan dalam banyak kisah Yunani purba, ia adalah tempat Hercules pertama kali menjejakkan kaki di Afrika.

Ia juga merupakan salah satu bandar terpenting di Mesir kuno sebelum itu, pusat perdagangan maritim antarabangsa dan tempat tinggal orang ramai yang berbeza latar belakang dan warganegara.

Ia pertama kali dihuni lebih dari 4,000 tahun yang lalu dan berfungsi sebagai pusat perdagangan Mesir untuk lebih daripada satu milena.

Perisai dan senjata Yunani dan Mesir telah ditemui bersama-sama di bandar yang tenggelam di dasar lautan ini di samping patung-patung yang mempunyai gaya seni Hellenic dan Mesir.

Ia juga merupakan pusat penyatuan agama iaitu sebuah tempat di mana dinasti Ptolemaic Yunani yang baru telah mula disembah dan digambarkan dalam seni sebagai orang Mesir.

thonis heracleion 2 bandar terbiar bawah air

Dalam banyak segi, ia adalah serupa dengan Venice zaman moden di mana sebahagian besarnya dibina di atas beberapa pulau kecil di kawasan dataran rendah di pantai Mesir.

Bandar ini lebih kepada bandar maritim, dipenuhi dengan laluan air dan terusan yang sibuk dengan kapal-kapal. 

Dan seperti Venice hari ini, ia tenggelam secara perlahan-lahan. Hampir akhir abad kedua Sebelum Masihi, tanah ini akhirnya "menyerah kalah" dan sebahagian besar bandar tersebut telah tenggelam sama ada disebabkan oleh pencairan atau tergelincir ke dalam laut.

Ia terus berfungsi sebagai sebuah wilayah yang tidak penting sehingga seluruh bandar tenggelam dan dilupakan sekitar 800 Masihi.

4. 9 perkampungan di Ontario

perkampungan di kanada yang tenggelam

Pada tahun 1950-an, Amerika Syarikat dan Kanada memulakan projek bersama untuk menyambungkan Great Lakes ke Atlantik, membolehkan kapal berlayar sejauh ke pedalaman sebagai Minnesota.

Projek yang dikenali sebagai Saint Lawrence Seaway bermula pada tahun 1954 dan selesai pada tahun 1959. Ia merupakan satu kejayaan besar tetapi dengan satu syarat, iaitu projek ini terpaksa membanjirkan 9 buah kampung di Kanada.

Kampung Aultsville, Maple Grove, Wales, Santa Cruz, Dickinson's Landing, Farran’s Point, Moulinette, Mille Roches, dan Pulau Sheek semuanya tenggelam bersama sebahagian daripada Lebuhraya Kanada 2, yang perlu dibina semula di dataran tinggi.

Bahagian di Ontario ini adalah salah satu yang tertua di Kanada.

Kebanyakan dari kampung ini mula dibina pada tahun 1700-an dan ada yang dibina di tapak bekas perkampungan asli Amerika.

Sebelum ketibaan Eropah, sebahagian besar kawasan itu adalah wilayah Mohawks. Secara keseluruhan, lebih daripada 6,000 orang dan lebih 500 bangunan dipindahkan ke bandar-bandar yang baru dirancang.

perkampungan di kanada yang tenggelam 2

Bertentangan dengan apa yang dijanjikan kepada mereka, penduduk mengadu bahawa rumah baru mereka tidak sama dengan nilai yang terpaksa mereka serahkan.

Hari ini, kampung-kampungini semuanya tidak dapat diakses, tenggelam di dasar lorong perkapalan yang sibuk. Walau bagaimanapun, ia kadang-kala boleh dilihat di bawah air terutamanya apabila air surut.

Apa yang sangat menghantui tentang kampung-kampung yang hilang ini adalah bahawa ia berlaku tidak lama dahulu.

Ini bermakna terdapat banyak gambar di seluruh dunia ketika kampung-kampung ini masih dihuni, memaparkan orang-orang menjalani kehidupan seharian mereka.

3. Potosi

bandar potosi yang tenggelam

Pada tahun 1985, kerajaan Venezuela juga merancang membanjirkan lembah yang didiami untuk membina empangan hidroelektrik.

Mereka melakukannya dengan cara yang kurang bijak. Presiden negara pada ketika itu iaitu Carlos Andres Perez terbang ke bandar tersebut dengan helikopter lalu memberitahu penduduk bahawa tanah mereka akan dirampas dan mereka terpaksa berpindah.

1,200 penduduk kawasan tersebut terpaksa untuk hidup dengan keluarga dan rakan-rakan di seluruh Venezuela, dan sebahagian besar bandar telah dirobohkan.

Untuk tempoh yang agak lama, satu-satunya tanda yang tinggal di bandar itu adalah menara gereja, yang timbul di atas air dan digunakan oleh penduduk setempat orang sebagai penanda air tinggi.

Sehinggalah pada tahun 2010, ketika Venezuela terkesan oleh El Nino yang sangat teruk yang telah mencetuskan kemarau yang melanda banyak kawasan di negara ini.

penduduk melawat kampung halaman mereka yang ditenggelami air

Tahap air takungan menurun sebanyak 30 meter, mencetuskan catuan tenaga di seluruh Venezuela.

Tetapi ini juga bermakna bahawa seluruh gereja termasuk kawasan perkuburan, sekali lagi "wujud" bersama dengan beberapa rumah lama dan dataran bandar.

Sesetengah penduduk lama mengambil peluang untuk melawat rumah lama mereka dan memberi penghormatan sebelum ia tenggelam sekali lagi apabila musim kemarau berakhir. 

2. Petersburg

petersburg yang tenggelam menjadi sebuah tasik

Lake Strom Thurmond adalah destinasi popular bagi pelancong dan perenang di Georgia pada hari ini.

Apa yang kurang diketahui adalah ia menyembunyikan bandar Petersburg yang satu ketika dahulu meriah di bawah airnya yang tenang.

Petersburg mula diduduki pada tahun 1786 oleh Dionysius Oliver untuk memanfaatkan ekonomi perladangan yang berkembang di rantau Lembah Sungai Broad.

Ia dengan pantas menjadi saluran utama dalam industri tembakau dan salah satu tempat utama di mana penghantaran diperiksa.

Menjelang tahun 1801, ia adalah bandar ketiga terbesar di Georgia. Pelawat menggambarkannya sebagai sebuah bandar indah yang merupakan pusat perdagangan dan kebudayaan serta membantu meningkatkan popularitinya.

Pada tahun 1810, industri kapas telah mengambil alih dan Petersburg mula merosot. Pekan ini secara praktikalnya terbiar dan tidak berpenghuni menjelang ketika pejabat posnya hilang pada tahun 1844.

Menjelang tahun 1952, ketika Kor Jurutera Amerika Syarikat mula mengisi lembah ini untuk membuat tasik, bandar ini telah ditinggalkan dan dilupakan.

Oleh itu, penduduk tempatan terkejut apabila kemarau telah menyebabkan bandar itu muncul semula dari tasik pada tahun 2002.

Pagar lama, potongan tembikar dan tapak rumah semuanya boleh dilihat dengan jelas sebelum air kembali memenuhi tasik itu.

1. Shi Cheng

shi cheng bandar tenggelam

Pada masa lalu, China telah dikritik kerana menggerakkan sejumlah manusia yang sangat ramai dalam usaha mendapatkan projek-projek awam.

Penghasilan Tasik Qiandao memerlukan pemindahan lebih dari 300,000 orang, yang mana sesetengah daripadanya terdiri daripada keluarga yang telah tinggal di rantau ini untuk beberapa generasi.

Namun, salah satu tragedi terbesar dalam operasi ini adalah kehilangan kota imperial Shi Cheng, sebuah bandar lama Ming dengan monumen yang mengagumkan yang telah wujud sejak sekurang-kurangnya seawal tahun 1500-an dan mungkin berabad-abad sebelum itu.

Sebuah bandar telah wujud di sana sejak tahun 208. Rantau ini mengalami banjir pada tahun 1959 dan kini ia terletak di bawah tasik dengan kedalaman 40 meter.

shi cheng bandar tenggelam 2

Kota ini dilupakan sehingga 2001 apabila kerajaan China menganjurkan ekspedisi untuk meninjau runtuhan dan mengetahui apa yang tersisa.

Apa yang mengejutkan mereka adalah banjir tersebut telah memelihara bangunan batu lama dengan sangat baik. Terpelihara daripada tanah biasa, angin, dan hakisan hujan, bandar kini kelihatan hampir sama seperti ketika banjir melanda.

Shi Cheng berfungsi sebagai salah satu koleksi artifak yang terpelihara dengan baik dari Tempoh Imperial di seluruh China.

Pada tahun 2011, sebuah projek untuk mencipta semula bandar yang serupa sebelum ia tenggelam telah mendapat perhatian orang awam.

Shi Cheng sering dirujuk sebagai "Atlantis of the East".

Rujukan:

1. Only In Your State

2. BBC

3. Independent

4. Mental Floss




Hakcipta iluminasi.com (2017)