Malaysia boleh dikatakan agak toleran dalam kebebasan agama. Walaupun negara kita meletakkan Islam sebagai agama rasmi, tidak ada banyak sekatan ke atas penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka, kecuali beberapa sekatan seperti dilarang menyebarkan agama mereka kepada orang Islam atau dilarang menggunakan perkataan 'Allah' sebagai ganti nama Tuhan bagi orang Kristian, di Semenanjung Malaysia. Bagaimana pula dengan negara lain?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah 5 negara yang secara terbuka meletakkan larangan ke atas Islam dengan cara ketat dan menindas umat Islam daripada sudut undang-undang negara mereka.

1. China

iluminasi kerajaan anti islam5

Negara China memang mengamalkan satu dasar beragama yang hanya membenarkan aktiviti beragama dilakukan ditempat-tempat yang dibenarkan kerajaan mereka. Sesiapa yang melanggar larangan tersebut akan didakwa kerana melakukan aktiviti jenayah.

Selain itu, kerana takut dengan kaum Uyghur yang tinggal di daerah Xinjiang, kebanyakannya beragama Islam, kerajaan China memperkenalkan larangan untuk mereka berpuasa. Kedai-kedai makan di situ diwajibkan dibuka pada siang hari untuk menggalakkan penduduk di situ makan.

China juga memperkenalkan larangan ke atas penyimpanan janggut bagi orang lelaki dan pemakaian niqab bagi orang perempuan. Selain itu, kerajaan China juga melarang penggunaan nama berbentuk Islamik bagi bayi yang baru dilahirkan. Antara nama yang tidak dibenarkan penggunaannya adalah 'Muhammad.'

2. Slovakia

iluminasi kerajaan anti islam

Pada tahun 2016, Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico mengatakan "I’m sorry, Islam has no place in Slovakia. It is the duty of politicians to talk about these things very clearly and openly. I do not wish there were tens of thousands of Muslims."

Terjemahannya ; Maaf, Islam tidak ada tempat di Slovakia. Ini adalah tugas ahli politik untuk menjelaskan perkara ini supaya jelas. Saya tidak mahu melihat ada berpuluh ribu orang Muslim di Slovakia." Beliau juga secara tegas mahu Slovakia terus mempertahankan tradisi Constantine-Methodist yang mereka pegang.

Islam tidak diiktiraf di Slovakia dan pelbagai undang-undang diwujudkan untuk menghalang gerakan umat Islam di sana.

3. Samoa

iluminasi kerajaan anti islam4

Gerakan Kristian di negara Samoa mula bersuara secara lantang menggesa Perdana Menteri Samoa memperkenalkan larangan untuk Islam dianuti di negara mereka serta menjadikan ajaran-ajaran Kristian sebagai asas perundangan negara mereka.

Menggunakan alasan yang jika Islam tidak dibendung akan memberikan banyak masalah kepada negara mereka pada masa depan, badan gereja Kristian mendesak kerajaan mereka menyekat penularan Islam di kalangan penduduk mereka.

4. Myanmar

iluminasi kerajaan anti islam2

Kita sudah tahu apa yang berlaku pada umat Islam di sana. Tidak diiktiraf sebagai penduduk, tidak diberikan taraf kewarganegaraan dan dijadikan mangsa kekejaman penduduk Myanmar yang rata-ratanya penganut agama Buddha.

Kaum Rohingya digelarkan sebagai mangsa penghapusan etnik terbesar di dunia ketika ini. Bermula sejak 1982 apabila kerajaan junta Myanmar membatalkan taraf warganegara kepada penduduk daerah Rakhine. Keadaan menjadi sedikit baik selepas diberikan taraf penduduk sementara pada tahun 1990, menjadikan orang Rohingya penduduk taraf kedua.

Ini semua berlaku walaupun Myanmar mengiktiraf 135 agama lain.

Dengan tiada status kewarganegaraan, warga Rohingya menghadapi kesukaran kerana tiada kebenaran untuk keluar dari negara serta tidak berhak untuk mendapat bantuan kerajaan. Penduduk di sana juga sentiasa berusaha memastikan tidak ada kemasukan orang Islam ke kawasan mereka, dengan mendirikan papan tanda amaran kepada orang ramai.




Hakcipta iluminasi.com (2017)