Oleh pada 29 Mar 2017 kategori

Adakah anda tahu rambut di kepala anda boleh menampung berat 2 ekor gajah? Adakah anda juga tahu rambut yang paling unik adalah rambut yang berwarna merah. Bukan itu sahaja sebenarnya fakta menarik mengenai rambut.

Walaupun rambut adalah benda paling kerap dijadikan bukti di dalam penyiasatan atau C.S.I, penyiasat tidak dapat membezakan rambut adalah daripada lelaki ataupun wanita.Akar rambut manusia boleh memberi maklumat berguna tentang segalanya yang pernah wujud di dalam salur darah manusia termasuklah dadah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

akar rambut

Terdapat sekurang-kurangnya 5 juta folikel rambut di seluruh tubuh manusia.Semua folikel itu wujud sejak daripada fetus lagi iaitu lebih kurang 5 bulan usia fetus.Rambut boleh memanjang sehingga 30% daripada panjang asal ketika basah.Warna rambut paling biasa dan normal adalah warna hitam. Rambut perang atau blondes hanya merangkumi 2% populasi dunia.Warna merah adalah yang paling jarang dan unik dimiliki dengan hanya 1% daripada populasi dunia.Setiap kali rambut gugur, rambut itu akan tumbuh semula.

Kitaran rambut akan tumbuh semula adalah sebanyak 20 kali sepanjang hidup.Selepas sum-sum tulang, rambut adalah tisu tubuh kedua paling cepat tumbuh.Xie Qiuping dari China merupakan pemegang rekod dunia bagi rambut paling panjang di dunia. Beliau mula-mula menyimpan rambutnya ketika berumur 13 tahun dan setakat 8 May 2004, rambut beliau telah mencecah 5.627 meter.

xie qiuping

Untuk sesetengah masa, 90% daripada rambut anda adalah dalam keadaan memanjang manakala 10% daripada rambut tidak lagi memanjang.Rambut perang dikatakan adalah rambut pelacur pada zaman lampau Greece. Pada zaman Greeks juga, dikatakan mereka yang berambut merah akan bertukar menjadi vampires selepas mati.Manusia pada zaman Mesir kuno dikenali sebagai manusia pertama yang membuang rambut yang tidak dikehendaki menggunakan produk semulajadi.Trichoptilosis adalah nama saintifik bagi rambut yang bercabang.Orang Scotland atau Scottish merupakan populasi dunia yang memiliki jumlah mereka yang berambut merah paling ramai di dunia dengan 13%

. rambut merah 273

Adalah perkara normal apabila 40 sehingga 150 helai rambut tercabut atau gugur setiap hari kecuali anda botak.Rambut orang Afrika tumbuh secara perlahan dan lebih senang untuk rosak berbanding dengan jenis rambut lain.Cuaca tropikal atau panas dapat menggalakkan pertumbuhan rambut manakala cuaca sejuk akan melambatkan pertumbuhan rambut.Mungkin anda tertanya-tanya kenapa kepala anda mempunyai banyak rambut berbanding di tempat lain? Ini kerana tiada lapisan lemak dan rambut yang banyak bertindak sebagai tempat perlindungan.Secara purata, orang dewasa akan menghabiskan masa selama 5 bulan sepanjang hidupnya untuk mencukur janggut.Anda harus membayar harga yang agak tinggi untuk mendapat wig rambut perang kerana harganya adalah 3 kali berbanding rambut hitam.

rambut perang

Satu helai rambut boleh menahan berat 100gram. Secara purata, seorang manusia mempunyai 100,000 helai rambut di kepala, cukup kuat untuk mengangkat berat 2 ekor gajah.Trim atau memotong rambut secara kerap tidak akan membantu rambut untuk tumbuh dengan cepat. Ia hanya akan membuang rambut bercabang yang cenderung untuk rambut rosak.Manusia berambut perang memiliki lebih banyak rambut di seluruh badan berbanding manusia yang mempunyai rambut hitam.Hanya akar rambut yang terletak di bawah kulit kepala merupakan bahagian rambut yang hidup.Jangka hayat seurat rambut adalah selama 5 tahun.

Ketika bulu roma anda berdiri atau goosebump, seperti dalam ketakutan atau kesejukan, ia adalah disebabkan otot-otot di sekeliling folikel rambut bertindak balas.Tiada sesiapapun di dunia ini mempunyai rambut yang lurus. Semua jenis rambut akan cenderung untuk kerinting atau curly selama mereka hidup. Hanya satu perbezaan iaitu adakah rambut mereka begitu kuat kerinting ataupun tidak yang membuatkan sesetengah daripada kita mempunyai rambut ikal mayang dan kerinting.

rambut lebat

Sekiranya seorang lelaki tidak bercukur sepanjang hayatnya, janggut itu akan tumbuh sehingga 30-35 kaki.

janggut

Bagaimana dengan anda? Apakah fakta menarik mengenai rambut anda yang ada rasa boleh dikongsi?




Hakcipta iluminasi.com (2017)