Pendedahan penulis tentang hartawan Donald Trump bermula selepas dia menerbitkan rancangan realiti televisyen 'The Apprentice' yang mendapat sambutan hangat. Dari situ, timbul rasa hormat penulis dengan Trump.

Kemudian Trump mula menyertai politik, lama kelamaan menghakis topeng wajahnya sehingga menampakkan dirinya yang sebenar. 

Tidak dapat dinafikan dia adalah seorang yang lucu, apatah lagi semasa menghadapi wabak Covid-19; mengeluarkan idea yang membuatkan kita menggelengkan kepala. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Hydroxychloroquine

donald trump idea lucu

Pada awal penyebaran wabak Covid-19, Donald Trump mengumumkan dia mengesyorkan agar penggunaan ubat yang dinamakan sebagai hydroxychloroquine, sejenis ubat bagi melawan penyakit malaria, mula diamalkan di negara tersebut.

Bagaimanapun, berbeza dengan pendapat yang dikeluarkan oleh pakar perubatan, Trump hanya mengeluarkan pendapat bersandarkan kepada ura-ura yang didengarnya berkenaan keberkesanan kesan ubat tersebut.

Trump juga mengaku seandainya dia dijangkiti, dia akan mengambil ubat itu kerana pada dia - "apa lagi yang perlu dibimbangkan?"

hydroxychloroquine trump

Apa yang Trump tidak ceritakan adalah kesan ubat itu kepada jantung serta tiada kajian yang setakat ini membuktikan penggunaan itu benar-benar membantu.

Itu tidak menghalang permintaan rakyat Amerika Syarikat selepas jualan ubat itu meningkat 46 kali ganda berbanding biasa.

Pakar kesihatan Amerika Syarikat, Dr. Anthony S. Fauci menafikan keberkesanan ubat itu seperti yang didakwa serta keupayaan dadah di dalamnya mengganggu pergerakan jantung - tetapi permintaannya tetap terus kekal tinggi.

2. Bahan pencuci

trump coronavirus pembentangan

Sekiranya untuk tempoh minggu-minggu akan datang anda mendengar kes-kes keracunan atau kematian warga Amerika Syarikat disebabkan oleh meminum bahan pencuci - salahkan Donald Trump.

Ini kerana pada 23 April 2020, dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Presiden Trump - beliau menasihatkan agar rakyat Amerika mengambil dos bahan pencuci sama ada melalui kaedah oral ataupun dengan menyuntiknya ke dalam tubuh.

Trump percaya bahawa kaedah itu mampu membasmi virus yang ada dalam badan.

Pandangan itu mendapat reaksi keras serta bantahan daripada pakar perubatan seluruh dunia, menyifatkan apa yang disyorkan sebagai satu cadangan tak masuk akal.

Tidak bagi rakyat Amerika Syarikat!

Selepas pengumuman tersebut, kes-kes keracunan melibatkan bahan kimia dalam larutan pencuci mula dilaporkan.

clorox basmi kuman trump

Di New York saja, dilaporkan lebih 30 kes diterima laporannya melibatkan 9 kes semburan anti bakteria jenama Lysol, 10 kes melibatkan peluntur pakaian dan 11 kes lagi melibatkan bahan-bahan pencuci lain. Ini belum mengambil kira laporan di neger-negeri lain yang turut sama menerima kes-kes hampir serupa.

Kontroversi yang tmbul menyebabkan Trump menarik kembali kenyataan awalnya - pada 25 April 2020, Trump dipetik mengakui hanya cuba menjadi sarkastik semasa menyebut tentang isu tersebut.

3. Cahaya ultra lembayung

trump bentang eksperimen baru haba

Pasti sukar nak mengawal seorang Presiden seperti Trump daripada berkata-kata.

Itulah yang berlaku dalam satu insiden hampir serentak dengan komentarnya tentang meminum bahan pencuci - apabila dia mengumumkan bahawa jabatan kerajaan Amerika Syarikat sedang berusaha mengkaji penggunaan cahaya sebagai penawar Covid-19.

Trump mendedahkan usaha penyelidik kajian menggunakan cahaya dihasilkan dengan lampu yang mempunyai fungsi ultra lembayung (UV) atau sekadar berkuasa tinggi, didapati berupaya membunuh virus dalam tempoh 1 minit saja.

Jurucakap bahagian sains dan teknologi di Jabatan Homeland Security Amerika Syarikat mengesahkan memang wujud kajian dijalankan ke atas kesan cahaya pada virus, yang berada di atas permukaan tertentu.

Bagaimanapun, kajian dijalankan bagi mengenalpasti keupayaan haba yang terhasil daripada cahaya tersebut, adakah mampu membunuh virus Covid-19 yang ada pada permukaan persekitaran.

trump suria cahaya uv

Kenyataan Donald Trump mendaoat kritikan, disifatkan apa yang disebutkannya hanyalah satu omongan kosong yang tidak berasas serta jauh terpesong daripada apa yang sedang diusahakan.

Seperti biasa, selepas diasak oleh wartawan selepas pengumuman yang dilakukannya, Trump menyifatkan pandangan wartawan itu hanyalah penghalang kepada usaha yang sedang kerajaan Amerika Syarikat sedang lakukan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)