Oleh pada 14 May 2017 kategori

Kalau anda sedang bercinta, sudah berkahwin ataupun masih tercari-cari wanita idaman, bolehlah baca artikel ini. Kalau si dia memenuhi tanda-tanda dalam senarai ini, pegang hati dia kuat-kuat dan jangan lepaskan sampai bila-bila!

tanda pasangan girlfriend isteri awesome cool

Tak dapat penuhi kesemua 15 ciri pun, dapat yang ada 3 - 4 ciri pun dah syukur Alhamdulillah. Jom baca:


#1 Dia meminati benda yang sama

Susah nak jumpa wanita yang meminati perkara yang sama seperti lelaki, apatah lagi kalau wanita itu jenis 'gegirl' yang amat. Cukuplah sekadar berkongsi hobi yang sama seperti suka menonton wayang, menyertai marathon atau jalan-jalan cari makan.

tanda pasangan girlfriend isteri awesome cool 2

Tapi kalau anda boleh jumpa wanita rare yang ambil tahu pasal ranking EPL, bermain game MMO, suka baca komik, tonton cerita sains fiksyen atau action, layan lagu genre yang anda minati, pakar pasal dunia motor/kereta seperti anda dan pada masa yang sama tahu masak makanan kegemaran anda, maka anda mungkin dah berjumpa dengan soulmate sejati. Jaga si dia baik-baik!


#2 Dia tak pernah ganggu kerja anda

Sekiranya teman wanita anda benar-benar memahami jadual harian anda, si dia tak akan sibuk-sibuk mesej atau cuba menelefon anda setiap 5 minit. Itu tanda-tanda teman wanita yang clingy dan asyik nak berkepit dengan anda.

girlfriend isteri wanita clingy

Adakalanya anda perlu bekerja sehingga lewat malam kerana inginkan kenaikan pangkat yang telah ditunggu sekian lama. Jika pasangan anda tidak cemburu, tidak syak wasangka terhadap anda kerana pulang lewat dan sentiasa menyokong usaha gigih anda di tempat kerja, maka mungkin si dialah wanita dunia akhirat buat anda.


#3 Dia sentiasa beritahu kenapa dia bad mood

Kebiasaannya wanita suka menyimpan perasaan taknak luahkan kepada pasangan. Mereka fikir orang lelaki ni mempunyai kuasa psikik boleh membaca apa yang ada dalam kepala mereka. Tahu-tahu saja dah tarik muka masam dan tak mahu balas mesej.

tanda pasangan girlfriend isteri awesome cool3

Anda sangat bertuah sekiranya mendapat pasangan yang boleh memberitahu dengan jujur kenapa dia bersikap dingin ataupun kenapa dia berasa marah dengan anda. Inilah yang dikatakan komunikasi paling berkesan.


#4 Dia menerima anda seadanya

Ada sesetengah wanita yang mengejar rupa, harta, pangkat dan tahap populariti dalam memilih pasangan. Namun, tiada satu pun nilai yang dikejar ini boleh berkekalan sampai bila-bila.

Jika si dia boleh menerima segala baik dan buruk anda, sanggup susah senang bersama-sama anda, insya Allah anda akan kekal bahagia bersamanya. Orang putih kata "through thick and thin."


#5 Dia tidak cuba mengubah anda

Mungkin memang ada sesetengah perkara boleh diperbaiki dalam diri anda, maklumlah tiada manusia sempurna dalam dunia. Tapi kalau si dia kerapkali mencuba mengubah anda menjadi Mr. Perfect di matanya dan menyebabkan anda tidak selesa, maka mungkin dia bukanlah calon sesuai untuk anda.

tanda pasangan girlfriend isteri awesome cool 4

Wanita yang terbaik adalah mereka yang boleh menyesuaikan diri dengan ketidaksempurnaan atau perubahan diri anda. Mungkin anda ingin menyimpan sedikit jambang ataupun telah 'tertambah' sedikit berat badan tapi si dia masih tetap menyayangi anda seadanya.


#6 Dia yakin dengan tubuh badan sendiri

Ramai wanita yang merungut mahu diet dan menguruskan badan menjadi seperti seorang supermodel. Setiap kali tahun baru, mereka pun memasang azam untuk mengurangkan berat badan. Masuk tahun ini, mungkin dah 8 tahun azam itu masih belum tercapai.

tanda pasangan girlfriend isteri awesome cool 5

Carilah pasangan yang confident, selesa dengan diri sendiri dan tidak obses untuk berdiet sehingga makan daun saja setiap hari.


#7 Dia seorang pendengar setia

Kadangkala ada sesetengah orang perempuan lebih suka bercakap daripada mendengar. Asyik cerita pasal diri sendiri sahaja. Letihlah, penatlah, mengantuklah. Tak pernah tanya langsung pun pasal anda.

tanda pasangan girlfriend isteri awesome cool 6

Kalau anda mempunyai pasangan yang sanggup bertanya, mendengar cerita dan keluh-kesah anda, maka anda seorang yang bertuah. Dia juga tidak pandai-pandai 'mengajar' anda dan hanya akan memberi nasihat kalau anda minta. Awesome kalau dapat wanita macam ni!


#8 Dia sangat 'click' dengan anda

Apabila anda bersembang dengannya, anda sering mempunyai pandangan dan penilaian yang sama terhadap perkara-perkara umum dalam kehidupan. Misalnya anda berkongsi pendapat yang sama tentang kepentingan pendidikan sivik dalam masyarakat dan pandangan mengenai adab perhubungan dengan orang lain.

tanda pasangan girlfriend isteri awesome cool phoebe mike friends

Pendek kata, sembanglah apa-apa topik sekalipun, hatta bidang politik, ekonomi, sosial ataupun kerohanian, anda berdua mempunyai wavelength yang sama. Bayangkanlah betapa harmoninya hidup berdua sehingga ke akhir hayat.


#9 Dia bersikap terbuka tentang dirinya

Anda perlu jaga baik-baik teman wanita yang tidak berahsia dengan anda. Anda tahu latar belakang keluarga dan cerita zaman kanak-kanaknya, anda tahu segala masalah hidupnya, anda tahu setiap perkara yang merisaukannya dan anda juga tahu setiap obsesi dirinya sepanjang kehidupan.

tanda pasangan girlfriend isteri awesome coolboleh berbincang secara terbuka

Dia menceritakan segala-galanya kerana dia menginginkan anda menyayanginya seadanya. Bukan ibarat muka berjerawat tapi dilindungi oleh bedak setebal 4 inci. Itu dusta namanya.

Jika dari awal perhubungan lagi si dia bersikap terbuka tentang setiap perkara, insya Allah hubungan anda berdua boleh kekal lama.


#10 Anda sentiasa terhibur dan seronok bersamanya

Anda sentiasa terhibur dan have fun apabila bersama dengannya. Anda juga menghargai setiap lawak bodohnya, meme atau video lucu yang dikongsi dan boleh ketawa berdekah-dekah tentang perkara kelakar yang sama.


#11 Dia tidak tanya soalan 'membunuh'

Ada sesetengah wanita suka bertanya soalan 'membunuh' seperti "Saya gemuk tak?" ataupun "Nak pakai baju yang ini ataupun yang ini?" Kadangkala anda berasa tersepit tidak tahu nak jawab apa. Maklumlah, orang perempuan ini agak unpredictable. Kalau jawab A salah, jawab B pun salah.

tanda pasangan girlfriend isteri awesome cool tak tanya soalan membunuh saya gemuk tak pakai baju ni

Pokok pangkalnya, ini berbalik kepada poin #6. Wanita yang yakin dengan diri sendiri sebenarnya tidak perlukan pendapat anda pun tentang apa yang dipakai. Malah, dia yang akan bantu pilihkan padanan baju dan kasut yang sesuai untuk anda. Kalau dapat wanita begini, she's a keeper, dude!


#12 Dia tidak clingy dan sibuk nak jadi belangkas

Dipendekkan cerita, dia tak merungut kalau anda busy dan perlu siapkan banyak perkara. Dia membiarkan sahaja anda punya waktu peribadi dan tak kuat cemburu buta.

dia suka melepak bersama rakan anda


#13 Dia suka berjumpa ahli keluarga dan kawan-kawan anda

Dia tak kisah ikut giliran balik beraya ke kampung anda kerana dia faham tanggungjawab anda sebagai anak lelaki. Wanita yang cool juga boleh menerima rakan-rakan anda dan lebih cool jika boleh turut serta melepak minum teh tarik bersama anda dan rakan-rakan.


#14 Dia pandai buat surprise untuk anda

Kebiasaannya kaum wanita sahaja yang selalu mengharapkan lelaki nak buat kejutan romantik untuk mereka. Nak bunga di pejabat, nak cincin dalam cawan, nak surprise party, nak kunci kereta dalam kasut.

surprise

Tapi kalau anda dapat isteri atau girlfriend yang suka beri kejutan kepada anda dan tahu jenis hadiah kejutan yang anda minati, si dia boleh mengelakkan kebosanan dalam perhubungan.

Contohnya, isteri tiba-tiba ajak anda keluar makan nasi kandar tengah malam buta, ataupun si dia dalam diam kumpul duit belikan sport rim yang anda idam-idamkan selama 3 tahun. Haa, bertuah kan?


#15 Dia tak kuat membebel

Perkara terakhir ini selalunya yang paling ditakuti dan digeruni oleh orang lelaki. Pasangan wanita yang awesome adalah mereka yang tidak suka mencari kesalahan, boleh mengabaikan benda remeh-temeh dan tak kuat berleter.

tak kuat membebel

Kalau dapat kahwin dengan perempuan macam ni, alangkah bahagianya hidup, kan?


tags : , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)