Bola sepak satu ketika dulu adalah sukan yang dimainkan oleh golongan pekerja.

Perlawanan biasanya dipertandingkan dua persatuan pekerja setempat seperti di England, dengan penyokong-penyokong kedua-dua pasukan dibenarkan menonton perlawanan secara percuma atau dikenakan bayaran tiket yang murah untuk hadir.

Bagaimanapun nilai komersial pertandingan dan liga mula dieksploitasi untuk menjana keuntungan. Daripada sukan pekerja, akhirnya bola sepak kini sudah menjadi sukan yang dimainkan jutawan, diuruskan hartawan namun kekal disaksikan peminat yang datang dari kumpulan orang kebanyakan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Nilai tiket ke stadium semakin lama semakin meningkat, hanya yang mampu atau sanggup mengikat perut dapat menonton aksi di stadium. Kelab manakah yang memiliki purata harga tiket paling tinggi di Eropah berdasarkan kaji selidik UEFA sebelum pandemik?

10. FC Koln (RM303.36)

fc koln harga purata tiket

FC Koln bukanlah nama yang biasa disebut, apabila kita membicarakan berkenaan liga bola sepak Jerman - tetapi bandar itu merupakan antara bandar yang kaya di negara tersebut.

Cologne merupakan lokasi industri perbankan dunia antara yang terbesar serta merupakan pusat sambungan utama jalinan jalan kereta api Eropah, menggiatkan bandar ini sebagai kawasan ekonomi aktif.

Dari segi ekonomi, pendapatan per kapita Cologne berada pada kedudukan ke 5 di antara semua bandar di Jerman; yang menyebabkan tiket bola sepak di Cologne juga agak tinggi.

9. Manchester United (RM306.31)

cristiano ronaldo manchester united

Kelab paling terkenal di dunia satu masa dahulu, Manchester United semasa zaman kemuncaknya menjadi kegilaan peminat sukan dan juga peminat setia David Beckham.

Namun dari segi ekonomi, bandar Manchester bukanlah kuasa ekonomi di England berbanding London. Kadar pendapatan penduduk Manchester berada pada kedudukan ke 15 jika dibandingkan kesemua bandar-bandar utama United Kingdom.

Tetapi itu tetap tidak menghalang peminat bola sepak membayar kos tinggi untuk ke Theatre of Dreams.

8. Liverpool FC (RM336.85)

liverpool harga tiket

Sebuah bandar pelabuhan, Liverpool FC kini diiktiraf sebagai antara pasukan terkuat dalam Liga Perdana Inggeris dan perubahan itu boleh dilihat, selepas mereka memintas Manchester United dari segi kos seseorang untuk ke stadium.

Walaupun demikian - bandar Merseyside di mana Liverpool FC berpusat, terus dihantui stigma 'bandar miskin.' Kajian menunjukkan 25.6% kanak-kanak di Liverpool hidup dalam situasi kemiskinan.

7. Bayern Munich FC (RM353.59)

bayern munich kos tiket

Kelab gergasi Jerman ini berpusat di pusat ekonomi Jerman, memberikan mereka kelebihan besar dari segi potensi kutipan tiket stadium yang tinggi.

Munich duduk di kedudukan ke-4 dalam senarai bandar paling kaya di Eropah jadi tidak menghairankan bagaimana peminat kelab bola sepak ini juga perlu membayar harga lebih tinggi untuk menonton satu perlawanan.

6. Arsenal FC (RM356.05)

arsenal kos stadium

Projek jangka panjang Arsenal FC berpindah ke stadium baru, memang memberikan mereka kelebihan dari segi kutipan tiket setiap perlawanan.

Apatah lagi kelab itu bertapak di pusat ekonomi United Kingdom, membolehkan mereka mengenakan harga lebih tinggi. Malangnya, kualiti bola sepak yang dimainkan juga semakin menurun tahun ke tahun.

Jika prestasi Arsenal kekal seperti semasa artikel ini ditulis, mungkin tahun depan Arsenal yang perlu membayar penonton untuk ke stadium semasa bermain dalam divisyen dua England.

5. Chelsea FC (RM404.32)

chelsea tiket kos stadium

Sama seperti jirannya Arsenal FC, Chelsea juga berpusat di London. Kedua-dua kelab dari London ini memang terkenal sebagai gergasi bola sepak bandar tersebut,

namun Chelsea bernasib baik mendapat suntikan hartawan Russia, Roman Abramovich yang benar-benar memberikan impak besar perubahan kelab itu berbanding 20 tahun sebelum ini.

Jika satu masa dahulu Chelsea sering diayamkan Arsenal, kini situasi sudah terbalik. Kos menonton bola sepak Chelsea FC juga semakin meningkat - memberikan gambaran jelas perubahan kuasa di antara dua kelab London itu.

4. Hamburger SV (RM414.16)

hamburger sv 2020 2021 home kit

Pasti tidak ramai menjangka kelab yang lebih senang digelarkan Hamburg ini berada agak tinggi pada senarai ini bukan?

Tetapi itulah realitinya. Hamburg merupakan bandar ke 10 paling kaya di Eropah dan kos menonton bola sepak di sana, mencerminkan realiti itu.

Dari segi pendapatan kasar per kapita, warga Hamburg menikmati kadar 132% lebih tinggi berbanding purata bandar-bandar Eropah lain - meletakkan penduduk Hamburg sebagai antara golongan berkemampuan di sana.

3. Real Madrid CF (RM426.48)

real madrid kos tiket 344

Perlu diberitahu, sekiranya semua bandar-bandar di Sepanyol dibandingkan nilai KDNK mereka - Madrid terletak pada kedudukan nombor satu.

Bandar itu merupakan bandar paling kaya sekali di Sepanyol melayakkan mereka mengenakan kadar tinggi dalam jualan tiket.

Walaupun dari segi puratanya mereka tewas dengan satu lagi kelab gergasi Sepanyol iaitu Barcelona yang duduk di kedudukan kedua artikel ini - stadium di mana Real Madrid beraksi hanya mampu menempatkan 81,044 orang dalam satu-satu masa.

Camp Nou yang menjadi lokasi FC Barcelona pula mempunyai kapasiti 99,354 orang. Perbezaan hampir 18 ribu orang itu besar kemungkinan menjadi penyebab utama Real Madrid duduk dalam kedudukan ketiga di bawah pesaing utamanya.

2. FC Barcelona (RM457.01)

barcelona kos tiket

Kita belum tahu apakah impak ketiadaan pemain terbaik dunia, Lionel Messi yang memilih untuk meninggalkan kelab Sepanyol ini - kepada jumlah kutipan tiket mereka.

FC Barcelona kini sudah semakin hilang serinya, selepas terpaksa memilih untuk menjual pemain-pemain bintang mereka bagi menyelesaikan masalah hutang mereka.

Ramai pemain terpaksa terpaksa menerima potongan gaji, untuk membolehkan kelab gergasi itu mendapatkan khidmat pemain-pemain baru.

Ketika ini, Barcelona sedang berhadapan krisis selepas kerajaan tempatan Catalunya memilih untuk hanya membenarkan 35% kapasiti penonton ke stadium itu, berbanding kerajaan pusat Sepanyol yang membenarkan 60% kapasiti maksima.

1. Paris Saint-Germain FC (RM461.93)

qia qatar psg messi

Kelab paling kaya dan paling mewah berbelanja ekoran pemilikan oleh Qatar Investment Authority, kelab Paris Saint-Germain FC atau PSG ini sedang mula mengalami transformasi besar mahu menjadi kelab nombor 1 dunia bukan saja dari segi kewangan - bahkan juga pertandingan.

PSG memang merupakan gergasi bola sepak Perancis, dibantu oleh kemampuan ekonomi bandar Paris - bandar terkaya di Eropah. Kehadiran pelaburan Qatar melonjakkan mereka ke satu tahap yang jauh berbeza.

Kini, PSG sudahpun memiliki barisan tiga pemain terbaik iaitu Lionel Messi, Neymar Jr. dan Kylian Mbappe - meletakkan 3 penyerang utama itu sebagai trio terbaik dunia. Jadi janganlah kita terkejut pula sekiranya purata kos menonton perlawanan PSG di masa hadapan akan meningkat.




Hakcipta iluminasi.com (2017)