Nama-nama seperti selesema Wuhan, coronavirus China atau virus COVID-19 tak perlu diperkenalkan lagi. Ia merupakan satu gangguan dahsyat terbaru yang kita semua sedang hadapi ketika ini.

Ia mula-mula muncul di China pada penghujung tahun 2019 dan telah merebak ke semua benua di atas muka Bumi ini. Jumlah kematian terkini telah melepasi 5,000 orang dan kes jangkitan mencecah 140,000 di seluruh dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kebanyakan orang bersetuju bahawa virus ini mula-mula muncul di sebuah pasar makanan laut di Wuhan China. Akan tetapi, ada ahli teori konspirasi yang tidak mempercayai kisah ini dan mendakwa bahawa ia direka untuk menutup asal sebenar virus ini.

iluminasi.com kongsikan 10 teori konspirasi paling gila melibatkan coronavirus.

1. Kerajaan Amerika Syarikat

kerajaan amerika syarikat konspirasi coronavirus 935

Apabila sesuatu yang sangat besar berlaku di dunia, Amerika Syarikat tidak terlepas daripada dikaitkan dengannya. Terdapat khabar angin yang mendakwa bahawa kerajaan AS adalah pihak yang bertanggungjawab mencipta coronavirus ini.

Dakwaan ini pertama kali dibuat oleh rangkaian berita Rusia iaitu Channel One semasa siaran berita secara langsung.

Penyampai berita berkata bahawa kerajaan AS mencipta virus bertujuan untuk memusnahkan ekonomi pesaing terdekatnya iaitu China dan menambah bahawa AS mungkin juga telah menciptanya supaya mereka boleh menjual vaksin kepada kerajaan China.

Penyampai itu mendasarkan dakwaannya terhadap hakikat bahawa "corona" membawa bermakna mahkota dalam bahasa Rusia dan Latin.

Bagi yang tak tahu, Presiden AS Donald Trump pernah menjadi hakim bagi pertandingan ratu cantik dan pernah mengambil bahagian memakaikan mahkota kepada pemenang.

Penyampai berita tersebut berkata ini adalah sebab mengapa virus ini dinamakan bersempena nama mahkota. 

Sementara itu, para saintis mengatakan bahawa mereka menamakan nama tersebut kerana virus itu mempunyai bentuk seperti mahkota. 

2. Bill Gates

teori konspirasi bill gates dan koronavirus 267

Jika anda tidak tahu bagaimana Bill Gates dikatakan berkait dengan semua ini, maka kita perlu ulang masa kembali ke Oktober 2019.

Pada bulan tersebut, Yayasan Bill & Melinda Gates bekerjasama dengan Forum Ekonomi Dunia dan John Hopkins Center for Health Security untuk menguji sejauh mana kita bersedia untuk berhadapan dengan wabak.

Dan secara "kebetulan", virus Covid-19 muncul dua bulan kemudian. Para ahli konspirasi teori berkata bahawa program itu merupakan permulaan kepada wabak yang bakal berlaku, yang mana yang telah dirancang oleh ketiga-tiga organisasi ini selama ini.

Dalam satu rancangan dokumentari Netflix pada tahun 2019 iaitu "The Next Pandemic", Bill Gates telah meramalkan bahawa wabak seperti coronavirus akan berlaku, bermula dari sebuah pasar di China.

Sementara itu, John Hopkins Center for Health Security telah menafikan sebarang hubungan antara kejadian itu dan wabak Covid-19.

Ahli teori konspirasi menyokong dakwaan mereka dengan hakikat bahawa Yayasan Bill & Melinda Gates terlebih awal telah menyediakan pembiayaan untuk Institut Pirbright yang berpangkalan di UK, yang mempunyai paten bagi vaksin koronavirus.

Mereka berkata Bill Gates bekerjasama dengan institut itu untuk memulakan wabak ini agar beliau boleh menjual vaksin.

Pirbright Institute menafikan sebarang hubungan antara organisasi mereka dan virus Covid-19. Seorang jurucakap Pirbright Institute berkata mereka hanya meneliti coronavirus yang menjejaskan burung dan bukan manusia.

Vaksin mereka tidak memberikan kesan kepada manusia mahupun haiwan.  

3. Internet 5G

konspirasi 5g wuhan coronavirus 295

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa Wuhan adalah salah satu daripada bandar-bandar China yang terawal untuk mendapatkan internet 5G. Dan ia merupakan bandar di mana Covid-19 mula-mula muncul. Kebetulan?

Dana Ashlie yang merupakan seorang ahli teori konspirari percaya bahawa virus ini disebabkan oleh gelombang radiasi yang dikeluarkan oleh internet 5G. Dakwaan Dana adalah berdasarkan kertas penyelidikan berusia dua dekad yang mendedahkan 5G adalah berbahaya kepada kesihatan manusia.

Dia berkata bahawa koronavirus ini sebenarnya adalah satu keracunan radiasi yang menyebabkan sistem imun menjadi lemah sekaligus membuatkan seseorang itu terdedah kepada penyakit.

Namun, mereka yang berada di pihak lain mengatakan bahawa Dana hanyalah seorang ahli teori konspirasi. Kumpulan ini menyatakan bahawa kajian tahun 2000 yang dipetik oleh Dana telah disangkal oleh satu kajian tahun 2005 yang membuktikan 5G tidak berbahaya kepada manusia.

Mereka juga menegaskan bahawa Wuhan hanyalah salah satu daripada 16 bandar China yang mendapat internet 5G pada masa yang sama.

4. Kerajaan China

presiden xi jinping coronavirus 879

Sesetengah orang percaya bahawa China mencipta virus Covid-19 sebagai sebahagian daripada program senjata biologinya. Mereka berkata bahawa virus tersebut tersebar dari sebuah makmal yang seterusnya menyebabkan epidemik.

Makmal yang dimaksudkan adalah Makmal Biokeselamatan Kebangsaan dan merupakan satu-satunya kemudahan milik kerajaan China untuk menjalankan kajian ke atas virus-virus berbahaya.

Ia merupakan sebahagian daripada Institut Virologi Wuhan, yang terletak di Wuhan di mana virus ini berasal. Dakwaan ini dibuat disebabkan oleh kenyataan yang dibuat oleh Presiden Xi Jinping sebaik sahaja wabak ini bermula.

Xi berkata bahawa keselamatan makmal-makmal adalah isu kebangsaan. Pada hari berikutnya, Kementerian Sains dan Teknologi China mengeluarkan arahan mengenai bagaimana untuk memastikan makmal-makmal bagi mengelakkan virus daripada tersebar virus.

Ahli teori konspirasi menyokong dakwaan mereka dengan fakta bahawa virus-virus sebelum ini telah bocor dari makmal Cina. Sebagai contoh, Sindrom Pernafasan Akut Pernafasan Akut (SARS) yang telah bocor sebanyak dua kali.

5. Kerajaan Kanada

justin trudeau konspirasi coronavirus 81

Kanada juga tidak terlepas daripada dikaitkan dengan isu ini. Sesetengah orang percaya bahawa kerajaan Kanada yang dipimpin oleh Justin Trudeau telah mencipta virus Covid-19 di Makmal Mikrobiologi Kebangsaan di Winnipeg, Kanada.

Makmal ini merupakan milik kerajaan Kanada yang menjalankan kajian ke atas virus-virus membunuh, sama seperti yang terdapat di Wuhan. 

Para ahli konspirasi teori berkata bahawa 2 perisik Cina telah mencuri virus itu dan menghantarnya ke Institut Virologi Wuhan di mana ia akhirnya menyebabkan epidemik.

Perisik yang dimaksudkan adalah Dr. Keding Cheng dan isterinya, Dr. Xiangguo Qiu.

Pasangan ini bekerja di makmal tersebut sebelum diberhentikan pada tahun 2019. Ahli konspirasi berkata bahawa mereka dipecat kerana mencuri sampel virus itu dan menghantarnya ke China, tetapi polis Kanada pula berkata ia disebabkan oleh masalah-masalah dasar dan pentadbira.

Pihak mana sebenarnya yang memberitahu perkara sebenar?

6. Letupan meteorit 2019

letupan meteorit china konspirasi teori coronavirus 93

Sesuatu yang menakjubkan telah berlaku di timur laut China pada awal pagi 11 Oktober 2019.

Sebuah meterori meletup di langit sejurus selepas tengah malam dan menyebabkan cahaya dahsyat yang membuatkan langit cerah seperti sian.

Para ahli teori konspirasi mengulas tentang kejadian ini dengan mengatakan bahawa meteorit itu membawa virus Covid-19 dari angkasa lepas.

Para saintis pula berkata ia tidak mungkin kerana meteor itu tidak mendarat di Bumi. Dan jika ia mendarat sekalipun, saintis pecaya bahawa ia tidak akan bertahan disebabkan oleh suhu yang sangat tinggi ketika ia mendarat.

Meteor yang tidak terbakar di atmosfera boleh mencecah suhu 647.8°C sebaik sahaja ia menghentam Bumi dan in sudah cukup untuk membunuh virus beberapa kali.

Pakar penyakit berjangkit iaitu Dr. Dominic Sparkes menambah bahawa virus Covid-10 mungkin berasal dari Bumi kerana ia hampir sama dengan SARS dan MERS.

Ketiga-tiga virus ini tergolong dalam kumpulan yang sama dikenali sebagai koronavirus. Kita tahu kedua-dua SARS dan MERS berasal dari Bumi, tetapi adakah Covid-19 pun sama?

7. Dihasilkan dari HIV

hiv dan coronavirus 216

Teori ini dicadangkan oleh sekumpulan penyelidik India. Mereka berkata bahawa virus Covid-19 mirip dengan virus dan ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa seseorang telah mengubahsuai HIV untuk mencipta virus baru,

Mereka menerbitkan kertas tersebut dalam bioRxiv, sebuah laman sesawang untuk kertas-kertas kajian yang bakal disemak. Para penyelidik tersebut tidak memberikan nama, jadi kita tidak akan tahu siapa yang bertanggungjawab.

Hasilnya, kertas ini mencetuskan kontroversi dan membuatkan para penyelidik terbabit untuk menarik balik apa yang didakwa.

Rujukan:

1. HA Asia

2. NY Post

3. BBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)