Oleh pada 20 Feb 2017 kategori

Teh sememangnya salah satu minuman kegemaran rakyat Malaysia dengan tidak mengira kaum. Minuman ini juga sering digunakan sebagai supplement diet dalam mencegah kanser, antipenuaan dan alahan.

Meminum teh banyak khasiatnya tapi tahukah anda teh juga mampu membantu dalam kehidupan seharian dalam pelbagai cara?

1. Hilangkan bau busuk peti ais

Mesti anda biasa guna serbuk baking soda untuk menyahbau peti ais anda kan? Tahukah anda, teh pun boleh diguna untuk menghilangkan bau kepam, masam atau hanyir? Letakkan beberapa uncang teh yang telah digunakan ke dalam satu bekas kecil dan biarkan di dalam peti ais. Nanti hilanglah bau kurang enak tu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

2. Cegah peralatan dapur daripada berkarat

cegah karat periuk dan kuali

Uncang teh hitam boleh mengelakkan periuk dan kuali anda daripada berkarat. Ini kerana kandungan tanin dalam teh hitam mencegah besi daripada teroksida. Caranya ialah dengan hanya menggosokkan permukaan kuali atau periuk yang telah dicuci dengan uncang teh yang masih lembap.

3.  Melembutkan daging steak

steak lembut dengan teh

Kandungan tanin dalam teh hitam juga menjadikan ia sebagai pelembut daging yang sempurna. Anda juga boleh memerapkan daging steak kegemaran dengan bancuhan teh hitam sebelum digril untuk rasa yang lebih mencengkam jiwa. 

4. Mengurangkan mata bengkak dan lebam

teabag hilangkan eyebag mata panda

Teh juga diketahui sebagai bahan yang astringen dan bagus untuk kulit. Sekiranya anda mempunyai mata bengkak atau lebam, bolehlah meletakkan uncang teh di atas mata tertutup selama 20-30 minit untuk mengurangkan geleberan di bawah mata itu.

5. Bersihkan karpet kegemaran anda

bau karpet hilang dengan serbuk teh

Kadang-kadang anak terbuang air atau termuntah di atas permaidani di ruang tamu. Tambah pula kalau anda memelihara kucing atau anjing, karpet itu ditopup pula dengan bau-bauan lain. Nak hantar ke kedai dobi tapi susah nak bawa. Jadi, apa yang boleh anda lakukan ialah taburkan serbuk teh yang sudah digunakan di atas karpet dan biarkan selama 15-20 minit sebelum divakum. 

Sila gunakan serbuk teh yang kering ya, kalau guna serbuk teh basah nanti habis melekat warna teh di situ pula. Kalau anda gunakan serbuk teh berperisa seperti oren atau strawberi, makin wangilah karpet anda!

6. Segarkan laci atau kereta anda

uncang teh gantung dalam kereta

Untuk menyegarkan laci almari yang berbau 'lipas', letakkan uncang teh yang kering di dalam. Boleh gunakan uncang teh berperisa untuk bau-bauan yang lebih menarik. Begitu juga dengan kereta anda, boleh gantungkan uncang teh di dalam kereta sebagai penyegar kereta. Kemudian buatlah kira-kira berapa banyak penjimatan sebab tak payah beli penyegar berbentuk pokok tu dah.

7. Hilangkan gris dan minyak dalam sinki

rendam teh dalam pinggan berminyak

Kadang-kadang bila masak lauk sup daging atau menu berminyak, pinggan mangkuk anda pun turut jadi berminyak sampai susah nak cuci. Uncang teh boleh membantu menjimatkan masa menyental. Penuhkan sink dengan pinggan kotor itu dengan air suam, rendamkan dua atau tiga uncang teh yang telah digunakan dan biarkan beberapa jam. Nanti minyak melekit tu senang dicuci.

8. Perasa tambahan dalam masakan

teh dalam masakan

Orang Jepun, China dan Korea selalu guna teh dalam masakan. Mereka menyeduh pelbagai mi, ikan dan daging dengan teh untuk mendapatkan rasa yang lebih kompleks. Ada juga yang suka buat pencuci mulut berasaskan teh. Sedap-sedap belaka!

9. Hilangkan bau kaki

rendam kaki dalam teh hilang bau busuk

Siapa selalu kaki dia bau masam, angkat tangan! Kalau yang balik jogging atau dari gym tu, kadang-kadang masya Allah tak tahan sungguh bau. Menusuk. Sekarang bolehlah cepat-cepat pergi rendam kaki anda dalam air teh. Teh boleh membantu menghilangkan bau kaki anda, tahu? 

Sekiranya kasut anda berbau, letakkan uncang teh kering (yang telah digunakan) ke dalam kasut.

10. Penyubur tanaman

bunga ros dan pokok subur dengan baja teh

Teh juga boleh digunakan kompost ketika bercucuk tanam untuk menyuburkan tanah dan memberi nutrisi kepada tanaman. Cuma taburkan sahaja serbuk teh yang telah digunakan ke dalam pasu atau di sekeliling pokok.

Banyak rupanya kegunaan teh ni kan. Ingatkan sedap buat teh ais kaw je.




Hakcipta iluminasi.com (2017)