Oleh pada 01 Feb 2024 kategori

         

Jika anda mencari hiburan tontonan, filem dan drama cinta romantik adalah pilihan yang tepat. 

           

romantic movies on netflix hollywood 395

filem terbaru 94814

Kredit foto: Instagram The Summer I Turned Pretty

         

Dalam artikel ini, kami mengumpulkan 10 tajuk yang pasti menyentuh perasaan anda. Terdapat pelbagai pilihan dari era 2010an hingga 2020an yang boleh ditonton secara online. Jadi, siapkan tisu anda dan bersedia untuk terbuai dalam kisah-kisah cinta yang mengasyikkan!

         

Filem

       

Midnight Sun

filem romantik 12146   

Midnight Sun mengisahkan Katie Price, seorang remaja 17 tahun yang menghadapi kesukaran berada di bawah cahaya matahari, kerana membawa risiko kepada nyawanya. Tiap kali selepas senja, dia membuka dunianya dengan memetik gitar untuk menghiburkan para pelancong.

Pada suatu malam, Katie bertemu dengan Charlie, lelaki pujaan hatinya yang selama ini menjadi 'crush'-nya dan ketika mereka jatuh cinta, penyakitnya bertambah teruk, mendorongnya untuk menyembunyikan keadaan itu dari pengetahuan Charlie.

        

Chemical Hearts

filem hollywood 84815

Sebagai editor akhbar sekolah, Henry Page mengejar impian untuk menjadi penulis berjaya suatu hari nanti; satu rahsianya: dia belum pernah merasai cinta. Dalam perjalanan persahabatannya dengan Grace Town, hatinya terpaut pada gadis yang bermasalah dan baru saja memulakan pengajian di sekolah tersebut. Bagaimanapun, Grace Town sentiasa mengelak seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu, kerana dia bersembunyi di balik satu rahsia yang amat menyentuh perasaan.

          

Platform online: Amazon Prime Video

          

The Fault In Our Stars

top 10 romantic movies

Hidup Hazel Grace mengalami perubahan ketika dia berkenalan dengan Augustus Waters dalam satu kumpulan sokongan kanser. Dua remaja yang menghidap kanser ini memulakan perjalanan melawat seorang penulis buku yang sangat dikagumi oleh Hazel Grace, yang menjalani hidupnya bersendirian di Amsterdam. Mereka menyusuri kisah cinta yang mengubah hidup melalui pengalaman berdepan kematian.

        

Love Hard

netflix movie 98445

Dalam dunia cinta yang penuh malang, Natalie terjebak dalam cinta online bersama Josh melalui aplikasi janji temu. Sebagai kejutan sempena perayaan, dia merancang ingin menerjah Josh namun terkejut apabila mendapat tahu Josh sebenarnya menggunakan gambar kawannya, Tag, lelaki yang tinggal berdekatan. Natalie bersetuju untuk berpura-pura menjadi kekasih Josh selama Christmas, namun balasannya, Josh perlu menyusun pertemuan antaranya dengan Tag.

        

Platform online: Netflix

        

Looks That Kill

filem best 82575

Max, pada usia 16 tahun, dihadapkan dengan keadaan yang sangat unik: ketampanan wajahnya yang luar biasa boleh membawa maut jika dilihat! Hingga Max bertemu dengan Alex, seseorang yang tak dijangka sehati dengannya, menghadapi masalah jantung yang jarang terjadi. Alex memberikan bantuan kepada Max yang menghidap depresi supaya dapat kembali menikmati kehidupan dan kegembiraan.

       

6 Balloons

netflix movies 95244

Dalam kisah ini, seorang kakak yang penuh cinta dan kasih sayang pada adik lelakinya, sanggup melakukan pengorbanan besar walaupun perlu mengabaikan perasaannya sebagai mangsa situasi.

Suatu malam, mereka memandu di Los Angeles bersama-sama, apabila adik lelakinya terjerumus semula dengan penggunaan heroin. Di awal, mereka mencari pusat pemulihan, tetapi keadaan berubah apabila adik lelakinya merayu agar dia membeli dadah untuknya. Dengan penuh kasih sayang dan simpati, si kakak melaksanakan permintaan tersebut.

       

Platform online: Netflix

        

All The Bright Places

filem netflix 98765

Di suatu jambatan, Finch dan Violet bertemu di tempat yang menjadi kenangan tragis – di situlah adik Violet meninggal dunia dalam kemalangan kereta sembilan bulan lepas. Violet berjaya mengelak daripada tragedi itu, namun sejak kejadian itu, dia tidak lagi menggunakan kenderaan.

Dalam usaha menyembuhkan luka emosi dari pengalaman lampau, Finch dan Violet menjadi rapat, membantu satu sama lain dan berjaya mengubah haluan hidup mereka ke arah lebih positif.

        

Platform online: Netflix

        

Last Christmas

best netflix movies 18443

Pada titik terendah dalam hidup Kate, dia sedang melalui siri malang tanpa hujung. Namun, mujur dia berkenalan dengan Tom, lelaki baik hati yang penuh misteri. Selepas mengenali Tom, hidup Kate berubah sepenuhnya. Persoalannya, siapakah sebenarnya jejaka itu?

       

Drama Bersiri

        

The Summer I Turned Pretty

filem 317645

"The Summer I Turned Pretty" adalah kisah cinta penuh romantik mengenai Belly, seorang gadis yang terperangkap dalam cinta tiga segi antara dua adik-beradik lelaki, Conrad dan Jeremiah, ketika mereka menghabiskan musim panas yang penuh kenangan dan drama.

Musim panas itu tidak sekadar menjadi saksi cinta pertama Belly, tetapi juga perjalanan untuknya mencari diri sendiri dan tahu apa sebenarnya dia ingin dalam hidup ini.

        

Platform online: Amazon Prime Video

        

My Life With The Walter Boys

netflix series 15472

Jackie Howard, gadis dari Manhattan yang baru sahaja kehilangan ibu bapanya, menjadi tumpuan utama dalam siri ini.

Selepas diterima oleh keluarga Walters, dia berpindah ke kampung, tinggal bersama keluarga saudaranya itu yang mempunyai tujuh orang anak lelaki dan satu anak perempuan.

Sepanjang masa itu, dia mendalami makna sebenar cinta, harapan dan persahabatan. Dia memendam perasaan terhadap dua beradik, Cole dan Alex, yang mempunyai personaliti yang berbeza.

        

Platform online: Netflix

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)